Friday, May 31, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

1. Piala FA Malaysia.

Kelantan layak ke Akhir. Manakala JDT dan Pahang masih lagi tak buat keputusan siapa yang nak jumpa dengan Kelantan.


2. Crystal Palace.
Crystal Palace melengkapkan slot ketiga untuk ke Liga Perdana Barclays musim depan selepas menewaskan Watford 1-0 dalam perlawanan kelayakan.


3. Champions League.
Bayern Munich muncul Juara selepas ketiadaan Chelsea. Huh!!


4. Rafael Benitez.
Selepas membantu Chelsea menjadi juara Eropah, Rafa Benitez berkelana ke Itali untuk menguruskan pasukan Napoli. Syukurla masih ada kerja.


5. Neymar.
Barcelona berjaya mendapatkan khidmat Neymar untuk musim depan apabila membeli pemain tersebut dari Santos dengan harga £23.9 million.


6. Denda.

Kesan daripada kekecohan di Stadium Darul Makmur, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing masing di denda 100K dan 20K. Perlawanan ditunda pada 1 Jun 2013 di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam. Tiket lama boleh ditebus semula untuk mendapatkan tiket baru. Manakala tiket baru pula dijual pada harga RM15.


7. A$ Monaco.

Radamel Falcao merupakan pemain ke-5 berprofil tinggi yang berjaya dibeli oleh Monaco selepas Joao Moutinho dan James Rodriguez dari Porto dengan jumlah €70 million, Ricardo Carvalho dari Real Madrid menerusi Bosman Rules serta Victor Valdes yang power itu.


8. Persahabatan Antarabangsa

England hanya mampu seri 1-1 denga Republic of Ireland hasil jaringan Frank Lampard dan Shane Long.


9. JM

Okeh, Jose Mourinho dan sah menyertai Chelsea. Angkuh!!!


10. Malaysia XI vs Chelsea.

Tiket-tiket perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea sudah mula dijual. Mari dapatkannya!!!(gaya kamdar promosi kain)

Buang Kebencian Itu



Aku: 

Pahang vs JDT pagi jam 8.00am? Dah macam pendidikan jasmani pulok. Ini semua salah JDT. Sejak JDT wujud sekitar Nov 2012, Malaysia tak menang semua friendly pra AFF Cup, gagal menang AFF Cup & kalah 4 dalam 5 perlawanan terakhir. Pahang rekod bersih tak pernah penyokong merusuh, boleh jadi hal hari ni sebab JDT. Cara terbaik mansuhkan JDT. Liga Malaysia sebelum ni terkawal sebelum JDT wujud.


Puyol:

Apa Statement kau ni daie? Kau ni orang Johor kan? Kenapa kau benci sangat dengan JDT?


Aku: 

Aku bingkas bangun dan menjawab soalan itu dengan jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan...Esok aku nak balik Tangkak, mohon jangan sambut kepulanganku dengan buluh runcing.

Wednesday, May 29, 2013

Kerana saya masih muda, dan perjalanan saya masih jauh. Jadi anda bayangkan apa yang mampu dicapai oleh PBNJ dalam tahun-tahun yang mendatang.



17 Januari 2013 - Kelantan vs JDT: Tentera bersenjata dibawa oleh PBNJ ketika perlawanan ini atas alasan prosedur diraja.




2 Mac 2013 -  Negeri Sembilan vs JDT: JDT didenda RM30,000 atas insiden pembakaran suar oleh penyokong ketika menentang Negeri Sembilan. Korang mesti ingat kambek JDT selepas asap memenuhi stadium bukan????




29 April 2013 - Perak vs JDT: Penyokong kedua-dua pasukan bertembung di pintu keluar stadium walaupun diarahkan keluar mengikut pintu yang berasingan.




22 May 2013 - JDT vs Kelantan: Perlawanan ke-18 bagi kedua-dua pasukan ini dimulakan lewat 40 minit apabila pegawai perlawanan dan keselamatan terpaksa mengasingkan penyokong Johor DT dan Kelantan selepas salah seorang penyokong mengalami kecederaan di kepala akibat terkena balingan objek keras.


25 May 2013 - JDT vs Pahang: Ade segelintir penyokong JDT yang datang ke tempat latihan pasukan Pahang dan membuat kacau atau dalam kata lain provokasi. Alah stail Fans Indonesia buat dekat Harimau Malaya masa AFF tuh.




28 May 2013 - Pahang vs JDT: Memang salah PBNP. Tetapi sekali lagi ia melibatkan pasukan JDT. Kalau lawan Melaka takdelah jadi macam gini.




Usia pasukan baru sahaja menjangkau 5 bulan. Tapi ceritanya mengalahkan kegemilangan pasukan Brazil. Betollah kata Presidennya "Kerana saya masih muda, dan perjalanan saya masih jauh. Jadi anda bayangkan apa yang mampu dicapai oleh PBNJ dalam tahun-tahun yang mendatang."

#TheStoriesContinue



Hidup JDT!!!! - Satu Melankolik Plastik




Khas kepada semua penyokong JDT yang baru nak berjinak dengan bola sepak Malaysia selepas pasukan anda direvolusikan oleh anak raja kesayangan kamu tu. Pernah tak kamu ambil tahu apa yang berlaku pada bola sepak Johor sejak 20 tahun ini? Kalau setakat kenal sokong JDT ikut suamila...ikut pakwela..ikut kawan-kawanlah tanpa mengetahui stadium Larkin dan Pasir Gudang sentiasa kosong sejak 1992, baik jangan bicara soal patriotik. Kamu semua plastik!! Pasukan negeri yang patut kamu sokong ialah Johor FA yang sedang main dalam liga perdana tu. Kamu kenal siapa pemain dia? Kitman dia? Umur penjaga gol dia? Kamonla..itu pasukan Johor sebenar. Yang sedang bertarung dalam Liga Perdana sejak 10 tahun yang lalu. JDT yang kamu agung-agungkan ni hasil daripada kuku besi yang kononnya berpaksikan FOOTBALL REVOLUTION. Ya, menghalalkan segala cara demi mencapai kejayaan. 

Tuesday, May 28, 2013

Juara Liga Serata Eropah

Berikut adalah senarai JUARA LIGA SERATA EROPAH

BUNDESLIGA - BAYERN MUNICH



TURKISH SUPER LIG - GALATASARAY.






SERIE A - JUVENTUS.





BARCLAYS PREMIER LEAGUE - MANCHESTER UNITED




LIGUE 1 - PARIS SAINT GERMAIN




EREDIVISIE - AJAX AMSTERDAM




LA LIGA - BARCELONA




Portuguese Premier League - F.C Porto


 

Friday, May 24, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

1. David Beckham

PSG telah meraikan David Beckham satu majlis perpisahan yang amat beremosi yang turut sama diadakan serentak ketika PSG menjulang kejuaraan Ligue 1.


2. Nogori Power!!!

Nogori Sembilan mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan ATM 2-1.


3. BPL

Kedudukan muktamad BPL adalah seperti berikut. Man Utd, Man City, Chelsea (UCL), Arsenal (Q-UCL) dan Spurs (EL).


4. Atletico Madrid.

Kelab ini telah selamat sampai di bumi Temasik pada hari Isnin untuk sesi jelajah perlawanan persahabatan.


5. Roberto Carlos

Susuk hebat dari Brazil ini akan membimbing kelab Turki, Sivasspor musim depan.


6.  Piala FA Malaysia Separuh Akhir 25 May 2013

Kelantan vs Terengganu | Johor vs Pahang.


7. UCL Final.

Borussia Dortmund vs FC Bayern München  2.45 AM | 26 May 2013.


8. Melantun

Perlawanan antara JDT dan Kelantan terpaksa ditangguhkan selama 40 minit gara-gara kegagalan pihak stadium mengawal jumlah kemasukan penonton yang melebihi had. Sengal melantun-lantun.


9. Bodoh

Setelah Kelantan tewas 2-0 kepada JDT. Anuar Musa telah bertitah " Taktikal paling bodoh musim ini...!!!!"


10. Harimau Malaya.


26 pemain call-up Malaysia national football team: khyril, farizal marlias, amri, mahali, norazlan, bunyamin, asra, guru, kuna, aidil, matyo, safee, safiq, azwan roya, farid ramli, alex, apek, nik sharul, shakir, piya, faiz subri, faizal muhamad, nazrin nawi, amir taj, reuben & nizad.

12 waiting list: shahrom, yong, shukur jusoh, shakir ali, poyeng, kancung, koji, zubir, fitri omar, farizal harun, helmi remeli & nazmi faiz.

Lapor diri di FAM 29 Mei, tp bukan utk friendly lwn Spore, hanya latihan & friendly di Canberra/Sydney  dan mungkin Korea dari 3 hingga 15 Jun.

Thursday, May 23, 2013

Piala FA Malaysia 2013 - Separuh Akhir


Separuh Akhir

25 Mei 2013 | 28 Mei 2013


Kelantan vs Terengganu



Johor Darul Takzim vs Pahang



Akhir

26 Jun 2013

Prebiu Final Champions League: Borussia Dortmund vs Bayern Munich



Naib Juara musim lepas Bayern Munich bertemu pasukan bukan pilihan ketika pra-kejohanan iaitu Borussia Dortmund. Sememangnya ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan agung. Bayern Munich seperti dijangka dengan mudah menewaskan Barcelona di peringkat separuh akhir umpama mengopek kulit pisang...kemas dan cantik. Buat masa ini tiada apa yang perlu diragukan tentang taktikal yang digunakan mereka. Taktik menyerang membabi buta dan bertahan bagai hanjeng yang diamalkan oleh jurulatih Jupp Heynckes begitu berkesan sehingga berjaya menunjukkan Barcelona sama seperti pasukan Arsenal yang bermain bola tanpa hala tuju dan terkial-kial.


Melihat bagaimana cara Dortmund menjinakkan Real Madrid mencerminkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang lemah. Dortmund juga mempunyai seorang penjaga gol yang bertaraf dunia, Roman Weidenfeller. Walaupun namanya tidah segah Neuer, tetapi dia telah melakukan 39 aksi menyelamat untuk pasukannya dalam Champions League musim ini. Bolos 12 gol dan hanya mampu memiliki 3 clean sheet. Namun siapa yang boleh melupakan aksi menyelamatnya ketika bertemu Real Madrid? Sekurang-kurangnya dia berjaya mengecewakan Ronaldo dan Ozil sehingga membawa Dortmund ke perlawanan akhir. Tugasnya mungkin lebih mencabar apabila akan berhadapan sama ada Mario Gomez atau Mario Mandzukic yang sememangnya bahaya dihadapan gol.

Penjaga gol berjiwa pahlawan.

Menjelang pertemuan dengan Dortmund, Bayern akan kehilangan khidmat Badstuber. Sedikit sebanyak sudah semestinya ia akan memberi kesan yang besar kepada aksi keseluruhan barisan pertahanan Bayern. Namun pemain seperti Dante, Boateng dan Buyten terbukti bersedia untuk menggalas tugas yang ditinggalkan Badstuber itu. Bayern Munich juga tidak tewas dalam 4 perlawanan bertemu Dortmund musim ini termasuk berjaya menewaskan mereka 2-1 dalam Supercup, 1-0 dalam Pokal dan seri kedua-dua perlawanan liga. Sudah pasti pemain seperti Arjen Roben, Muller, Philipp Lahm, David Alaba, Javi Martinez dan Bastian Schweinsteiger yang merupakan nadi utama Bayern musim ini begitu berkobar-kobar untuk mempertahankan rekod ini.


Rekod Borussia Dortmund dalam kejohanan ini juga amat baik. Hanya tewas 1 perlawanan iaitu kepada Real Madrid 2-0 dalam aksi kedua separuh akhir tempohari. Rekod tanpa kalah mereka lebur selepas mempamerkan aksi negatif dengan lebih banyak bertahan dan ia membuka ruang buat pemain Real menembusi pertahanan mereka yang diketuai oleh Mats Hummels. Hummels yang memulakan kariernya di Allianz Arena akan membentuk gandingan mantap dihadapan gol Dortmund bersama-sama Neven Subotic, Lukasz Piszczek, dan Marcel Schmelzer. Serangan Dormtund pula melibatkan Lewandowski yang akan dibantu oleh Reus dan Jakub Blaszczykowski. Manakala Sven Bender dan Ilkay Gündogan akan mengisi posisi tengah bertahan.


Kesimpulannya di atas kertas Bayern kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Dortmund. Ternyata selepas Dortmund tewas kepada Real, mereka kelihatan seperti pasukan sederhana sahaja berbanding pada peulaan kejohanan yang mana seolah-olah Dortmund adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Dengan Wembley sebagai gelanggang berkecuali, kedua pasukan akan bertarung sehingga 90 minit sahaja. Kemenangan akan diukir oleh pasukan Bayern Munich. Bayern Munich 2 - Borussia Dortmund 0.



Tuesday, May 21, 2013

Bukan Cerita Bola: Pasar Malam UIA Satu Fenomena Menjana Pemikiran Menjadi Lebih Kreatif dan Puitis.

Malam ini, bulan kelihatan tersipu-sipu malu. Seakan-akan segan untuk menonjolkan dirinya. Bulan pun, cahayanya tetap setia menyinari di segenap alam ini. Jam dikomputer menunjukkan 11:16 minit malam, menandakan malam semakin hampir kepada puncaknya sebelum pagi menjengah. Aku jadi bosan memikirkan musim bola sepak Eropah yang sudah tamat. Yang ada pun selepas ini adalah Piala Konfederasi. Tiba-tiba aku teringat pada Pasar Malam UIA. Entah kenapa UIA kelim ini pasar malam diorang pun aku kurang periksa.
 
Sebenarnya aku memang tidak suka pergi pasar malam UIA ni sebab aku teringat akan satu Hadis dimana mafhumnya, Rasulullah melarang umatnya untuk pergi ke pasar dengan tujuan untuk bersiar-siar dan membuang masa kerana di situ terdapat begitu banyak Syaitan berkeliaran. Jadi, jika aku betol-betol lapar barulah aku keluar mencari makanan. Jika tidak aku akan duduk sahaja di dalam bilik menelaah dan membaca buku serta membuat latih tubi yang diberikan oleh cikgu-cikgu BMI. Ya, aku seorang yang rajin. Ada masalah?
 
Ada jugak yang menggelar hari pasar malam UIA ini sebagai hari keluarga. Sebab masa inilah depa nak kuaq dating dengan marka masing-masing. Aku? Masih lagi di dalam bilik menelaah pelajaran. Bagi yang tiada pacaran pula, mereka gemar keluar secara berkumpulan. Kalau sekumpulan budak-budak lelaki ni dari jauh kita nampak macam perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang yang tewas pada PRU 13 baru-baru ini. Mana tidaknya, sekali keuar macam askar berkawad 2-3 batalion. Padahal nak beli sebekas dadih dan keropok lekor RM2. Kita biarkan budak-budak lelaki ini dengan dadih dan cinta mereka yang sering tak kesampaian tu.
 
Bagi pelajar perempuan pula masa inilah masanya mereka akan memperagakan skil catwalk dan andaman mereka yang kadangkala mengalahkan  model-model hijabista fashionista yang berlambak di pasaran. Ketika inilah sekumpulan budak lelaki yang aku mention kat atas tu akan mula memainkan peranan mereka. Tetapi biasanya tiada hasil yang mereka dapat. Kemungkinan hanya caci maki yang sudi dihadiahkan kepada mereka dari budak-budak perempuan tu. Aku? Masih tekun membuat latih-tubi di dalam bilik studi. 
 
Aku terjaga dari lamunan pasar malam UIA. Sebelum aku hanyut lebih jauh dengan kemunculan figura gadis-gadis arab dari UIA, adalah lebih baiknya aku bangun dan bangkit dari tilam yang empuk ini. Selepas musim bola sepak tamat nanti, putaran tidur kita pasti terganggu kerana sering berjaga malam menonton perlawanan bola sepak. Lebih molek kita gantikan ia dengan tahajjud. Maklumlah Ramadhan pun akan menjelma tidak lama lagi. Selamat Bulan Rajab!!!

Sunday, May 19, 2013

Hasbollah Awang Tiada Gantinya.





Menonton bola sepak Malaysia memang tidak sah kalau tidak diulas oleh Tuan Haji Hasbullah Awang. Bola sepak tanpa ulasan beliau seperti UMNO tanpa PAPAGOMO, bagaikan BN tanpa TV3. Saling bergantung dan memerlukan. Begitulah sinonimnya bola sepak Malaysia dan Tuan Haji Hasbullah Awang.

Teknik ulasannya yang kadangkala puitis, bersahaja walaupun tersilap sebut dan penggunaan istilah-istilah bola sepak yang mustahil ditemui dalam ulasan BPL di ESPN menjadikan ulasan bola sepak Malaysia sangat unik. Sama uniknya dengan corak permainan Malaysia yang sangat luar biasa.

Selepas bertahun-tahun mendengar ulasan beliau, sejak dari Fandi Ahmad belajar sepak bola sehinggalah kepala Fandi Ahmad pula disepak oleh pemain-pemain JDT, beberapa ungkapan bola sepak dari ulasan bola sepak Tuan Haji Hasbullah Awang telah berjaya aku simpulkan.

Hantaran Panjang
Hantaran jauh yang dibuat oleh para pemain Malaysia mirip seperti long ball dalam corak permainan bola sepak Inggeris dahulu kala. Bezanya hantaran panjang dalam bola sepak Malaysia jarang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran.

Hantaran Cantik
Hantaran yang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran atau dalam orang putihnya, complete pass. Lazimnya berlaku secara sengaja tetapi kerap juga berlaku secara tidak sengaja dalam bola sepak Malaysia.

Mengatur Gerak
Sama seperti build up play secara prinsipnya. Tetapi tidak seperti build up play yang lazimnya berakhir dengan gol cantik macam orang putih buat, mengatur gerak dalam konteks Malaysia selalunya berakhir dengan tendangan ke laut.

Hantaran Lintang
Lebih kurang crossing atau horizontal pass. Selalunya dilakukan bila penghantar berada dalam keadaan tertekan lalu dengan pantas membuat hantaran lintang biarpun tiada rakan sepasukan di tepian padang sebelah sana.

Tak Berjaya Dikesan
Istilah ini bukan membawa maksud pemain Malaysia yang berjaya menyelinap benteng pertahanan lawan tanpa dikesan. Tapi selalunya digunakan oleh Tuan Haji bila ada hantaran bola oleh seorang pemain Malaysia yang tidak disambut oleh 10 pemain Malaysia atas padang yang lain, kerana baki semua 10 pemain itu gagal mengesan bola tersebut.

Oh Tidak
Sama seperti oh no. Kerap digunakan merujuk kepada kesilapan taktikal tahap Gaban.

Separuh Separuh Masa Pertama
Disebut oleh Tuan Haji buat julung kalinya pada minit ke-22 dan 30 saat, merujuk kepada separuh dari separuh masa pertama yang sudah berlalu dalam perlawanan, atau erti kata lainnya suku pertama perlawanan. Tuan Haji mungkin pengulas bola sepak pertama yang membahagikan permainan bola sepak kepada 4 suku masa, macam bola sepak Amerika.

Tenang Mempertahankan Kubu
Ungkapan rare yang digunakan untuk menggambarkan situasi rare dalam bola sepak Malaysia iaitu ketenangan barisan pertahanan mempertahankan kubu.

Mengiringi Bola
Lebih kurang macam mengiringi pengantin atau budak nak berkhatan kena julang. Disebut oleh Tuan Haji bila ada lorongan atau through pass yang laju kepada pemain Malaysia yang kurang laju. Maka pemain tersebut akan mengiringi bola hingga ia keluar dari padang permainan, atau kata orang Perak, tak terkejor kome!

Memulakan Dengan Serangan
Pembuka bicara Tuan Haji ketika bermulanya separuh masa kedua. Penggunaan ungkapan ini oleh Tuan Haji bermakna ada juga agaknya pasukan yang memulakan dengan bertahan. Ini membuatkan pihak penyelidik bola sepak di seluruh dunia tertanya-tanya pasukan bola sepak lain manakah dalam galaksi Bima Sakti ini yang memulakan perlawanan dengan bertahan.

Tendangan Melengkung
Swerve kick kata orang putih. Sekali-sekala dilakukan dengan jayanya oleh pemain Malaysia yang menjadikan David Bekcham sebagai idola mereka, macam Zaquan Adha barangkali.

Tak Terkejar
Istilah yang digunakan bila ada pemain Malaysia yang membuat hantaran dengan kelajuan tinggi kerana menyangka rakan sepasukan yang diberi hantaran boleh berlari sepantas David Odonkor.

Friday, May 17, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

1. Salam Perpisahan.

Dalam satu upacara sedih, SAF telah menyampaikan ucapan terakhirnya di Old Trafford. Moga Tuan dapat beribadat dengan tenang mengikut cara Tuan.


2. Kejutan

Man City telah kalah kepada Wigan setelah pasukan yang hampir tersingkir dari BPL itu menjaringkan gol pada masa kecederaan. Wigan menjulang Piala FA dengan penuh bangga.


3. AFC.

Kelantan tewas kepada Kitchee. Selangor tewas kepada New Radiant. Semuanya dengan keputusan 2-0.


4. Juara Liga.

PSG dan Barcelona masing-masing tela menjadi Juara liga pada minggu lepas. Tahniah!!


5. Pecat

Roberto Mncini telah dipecat dari jawatan pengurus Manchester City kerana kegagalannya memenangi sebijik piala pun musim ini. Kasihan..


6. Europa Final

Chelsea menewaskan Benfica. Chelsea HEBAT, ANGKUH, BERGAYA, MODAL INSAN TERBAIK!!!


7. BPL Relegasi

Wigan mengikuti Reading dan QPR untuk beraksi dalam Championship League musim depan.


8. Bersara

Selepas SAF dan Scholes bersara dari arena bola sepak, Rio Ferdinand dan David Beckham turut melakukan perkara yang sama bagi memfokuskan diri beribadat di gereja..dah tua kan..


9. Bidaan Piala Dunia ASEAN

Kongress ASEAN telah bersetuju sesama mereka untuk membida Piala Dunia 2034 secara jamak. Entah dimana rasionalnya pun kawe tak tahu. Kita lihat sahaja perkembangan sihat ini. Heh!


10. Pengurus Rebutan

Carlo Ancelotti, Manuel Pallegrini, Jose Mourinho, Roberto Mancini, Rafa Benitez antara muka-muka yang akan mengkabutkan pasukan PSG, Monaco, Real Madrid, Man City dan Chelsea. Wow!!

Thursday, May 16, 2013

Chelsea Juara Europa League: Kejayaan dan Keangkuhan Edisi Bergambar






























Monday, May 13, 2013

Terkini: 77 Peminat Manchester United masuk Arsenal.



PERMATANG PAUH 13 May. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Manchester Malaysia (KPMM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Manchester United.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Bakheri kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zuhud Hamidon yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang. Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Jumal Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Majid Abdul Jalil dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Halim.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Manchester United cawangan Guar Jering, Fakhrulrazi Ibram dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan baru Manchester United selepas David Moyes diumumkan akan menggantikan Sir Alex Ferguson. ''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Manchester United. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Manchester United seperti Rooney dan Giggs sedikit masa dahulu membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga musim depan. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada pra-majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Wigan di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPMM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Manchester United disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.