Monday, May 13, 2013

Terkini: 77 Peminat Manchester United masuk Arsenal.



PERMATANG PAUH 13 May. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Manchester Malaysia (KPMM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Manchester United.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Bakheri kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zuhud Hamidon yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang. Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Jumal Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Majid Abdul Jalil dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Halim.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Manchester United cawangan Guar Jering, Fakhrulrazi Ibram dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan baru Manchester United selepas David Moyes diumumkan akan menggantikan Sir Alex Ferguson. ''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Manchester United. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Manchester United seperti Rooney dan Giggs sedikit masa dahulu membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga musim depan. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada pra-majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Wigan di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPMM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Manchester United disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.

1 comment:

Silakan Laser Saye...