Bukan Laga Biasa
Selangor mln Perak
8.45mlm, Std Shah Alam.
Sejak dari awal musim, Perak ketandusan pemain berkaliber yang mampu 'meningkatkan suhu permainan'. Jika dulu, Perak nampak paling terhebat dan luarbiasa. Untouchable. Sekarang tidak lagi. Nampak 'ordinary sahaja'. Manakala Selangor tetap maintain sebagai sebuah pasukan 'extra-ordinary' dalam Liga Super. Di tambah pula Selangor memiliki pemain sehebat Nor Azlan, Amri Yahyah, Mahali Jasuli dan Forkey Doe. Ternyata status Gergasi Merah memang sesuai digalas pasukan terhebat ini.
Manakala Perak pula jelas perlukan seorang superstar. Seorang kaki maki. Seorang penjaga gol yang kalau menjerit memaki pertahanannya, penyerang lawan pun takut mendengarnya. Seorang penyerang yang berada dalam posisi penyerang. Dan mungkin masalah penyerang sudah berjaya diatasi Azraai Khor ketika ini dengan kehadiran Paulo Rangel. Seorang pertahanan...pertahanan okay, cuma perlu sehat aje. Kalau cedera, inilah jadinya.
Kesimpulannya, Selangor adalah dan tetap juara di Malaysia.
Pemain Tumpuan Selangor: Forkey Doe
Pemain Tumpuan Perak: Paulo Rangel
Ramalan: Selangor 2 - Perak 0
Luar Biasa Jang.
Negeri Sembilan mln Kelantan
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Haaa. Tu deh! Biar kito tak ghamai malam tu nanti. Tapi, suaro kito paling kuek! Biar Paroi jadik macam medan porang, melotup sano sini, tapi semangat Jang berundur tidak! Lautan merah Jang tompuh jugak! Jang beradat berhati mulio, memang datang nak tengok bola. Memang datang nak bagi hadiah buek Montori Bosar kito yang baru dilantik. 1 MALAYSIA!
Osah handal eh Jang semuo, tenang-tenang main kek Paroi yo. Langsung tak comeh dongan bunyi merocun. Saporter Jang dari Nogori totap setio bersamo walau kalau kito kalah malam tu. Kito tak biaso buek perangai tak ingat dunio. Biar perasaan terbakar, jangan bangku. Biar kalah, asal jangan buek malu. Haa.. itu posan Dato Lembago kito.
Kejelobak ke Jelobu,
Tuai padi TIGO tangkai,
Mari semua peminat bola bersatu,
Kalau berbalah, sampai bilo tak selosai.
Kejelobak ke Jelobu,
Tuai padi TIGO tangkai,
Mari semua peminat bola bersatu,
Kalau berbalah, sampai bilo tak selosai.
Pemain Tumpuan Kelantan : Indra Putra
Ramalan: Negeri Sembilan 0 - Kelantan 3.
Liga Super 17 | Mei 11, 2013 (Sabtu)
Kerja Mudah di Temasik
Lions XII FC mln Terengganu PBDKT T-Team
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura
Selasa lepas Lions XII berjaya menewaskan abang T-Team pada hujung-hujung perlawanan. Namun menentang T-Team dijangka tugas itu akan lebih mudah dan kurang mencabar. Kiranya ia adalah lawan mudah untuk Lions XII. Tetapi jangan risau, pengurusan T-Team seperti biasa boleh salahkan AJK yang susun jadual perlawanan. Dan ini adalah lumrah yang biasa dilakukan oleh semua jurulatih dalam Liga Super. Tiada ulasan lanjut kerana ia memang kerja mudah buat pasukan Temasik yang amat bangga dengan padang plastiknya.
Pemain Tumpuan Lions XII FC: Baihaki Khaizan
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: TIADA
Ramalan: Lions XII FC 3 - Terengganu PBDKT T-Team 0
Pahang Sangat Kuat!!!
Terengganu mln Pahang
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Terengganu adalah antara pasukan yang dilanda kekalahan bebal Selasa lepas. Tak boleh terima langsung kalah dengan Lions XII di tempat sendiri selepas lama mendahului dalam permainan. Prestasi keseluruhan merea tidak menentu. Kalau dengan Lions XII pun kalah, inikan pula lawan dengan pasukan hebat Soltan Bola, Pahang. Makanya jadik lauklah Terengganu.
Sepatutnya perlawanan ini boleh dianggap clash of the titans juga, itupun kalau 2,3 tahun lepaslah. Terengganu akhir-akhir ini seperti Arsenal, sebuah pasukan yang kuat tapi selalunya tertinggal dalam race kejuaraan. Tak perlu ramal lebih-lebih pasal Pahang kerana mereka akan menang mudah.
Pemain Tumpuan Terengganu: Ismail Faruqi
Pemain Tumpuan Pahang: R. Surendran
Ranapkan Felda dan Sahamnya!!!
KL Felda United FC mln ATM
4.45ptg, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Pasukan Felda ini, bahaya juga sebenarnya. K.Devan dalam satu laporan berita bertekad nak 'trim' jarak mata. Adakah Sabtu ini menjadi saksi kata-kata mereka? Tetapi melihat kepada kedudukan ketiga tercorot dalam liga, ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mereka. Ditambah pula dengan Felda pun yang prestasinya agak yoyo. Selasa lepas kalah dengan Kelantan 3-0. Mungkin boleh bounce dengan game minggu ini. Mungkin tidak juga dan berterusan menjadi belasahan dalam liga.
Ini game penting buat ATM. Melihat ATM pasukan yang berpotensi mengejar Lions XII damam kedudukan terasa liga. Dan setakat ini hanya ATM adalah pasukan yang punya potensi untuk bersaing dengan Temasik durjana untuk merebut tempat pertama dalam Liga Super. Prestasi yang agak bagus dengan 4 kemenangan dalam lima perlawanan terkini. Di atas kertas, ATM memang tiada masalah menewaskan Felda yang kelihatan kekurangan dari segenap segi dan hanya berbangga dengan Amar Rohidan yang bertenaga Iron Man.
Pemain Tumpuan Felda: Lionel
Pemain Tumpuan ATM: Hai-O
Ramalan: Felda 2 - ATM 3
Bahasa Anjing Bukan Penghalang
Bahasa Anjing Bukan Penghalang
Johor Darul Takzim FC mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB
JDT sebenarnya tidak memiliki kualitas yang baik dalam pertahanan dan menyerang, menjaringkan 20 gol dalam 15 perlawanan dan bolos sebanyak 21 gol. Statistik ini sudah jelas menunjukkan Fandi Ahmad sebenarnya perlu melipat gandakan lagi peranannya sebagai jurulatih JDT. Penjaring terbanyak mereka Dani Guiza sudah lama meninggalkan Malaya. Kini tugas mencetak gol terletak di bahu Mat Yo kerana Nunez masih sibuk mengempeskan perut di Slimming Centre sekitar Johor Bahru.
Manakala buat PKNS pula, lapangan tengah yang dipimpin oleh nakhoda mahir Nazmi Faiz telah menyediakan perkhidmatan yang solid untuk para penyerang seperti Patrick Ronaldinho. Sementara Helmi Rameli, Roman Chmelo, Nizad Ayub dan penjaga gol cemerlang Ramezey Che Ros merupakan antara muka-muka penting dalam setiap babak kejayaan PKNS musim ini. Berada di tangga ke-6 ketika ini membuktikan pasukan PKNS bukannlah senang-senang alang untuk ditewaskan.
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB
JDT sebenarnya tidak memiliki kualitas yang baik dalam pertahanan dan menyerang, menjaringkan 20 gol dalam 15 perlawanan dan bolos sebanyak 21 gol. Statistik ini sudah jelas menunjukkan Fandi Ahmad sebenarnya perlu melipat gandakan lagi peranannya sebagai jurulatih JDT. Penjaring terbanyak mereka Dani Guiza sudah lama meninggalkan Malaya. Kini tugas mencetak gol terletak di bahu Mat Yo kerana Nunez masih sibuk mengempeskan perut di Slimming Centre sekitar Johor Bahru.
Manakala buat PKNS pula, lapangan tengah yang dipimpin oleh nakhoda mahir Nazmi Faiz telah menyediakan perkhidmatan yang solid untuk para penyerang seperti Patrick Ronaldinho. Sementara Helmi Rameli, Roman Chmelo, Nizad Ayub dan penjaga gol cemerlang Ramezey Che Ros merupakan antara muka-muka penting dalam setiap babak kejayaan PKNS musim ini. Berada di tangga ke-6 ketika ini membuktikan pasukan PKNS bukannlah senang-senang alang untuk ditewaskan.
Pemain Tumpuan JDT: Kamarol Afiq
Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz
Ramalan: JDT 2 - PKNS 1
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...