Gundah Azraai Alves
Perak mln Negeri Sembilan
8.45ptg, Std Ipoh.
Setakat sampai petang esok, Azraai Khor rasanya masih belum pasti taktikal apa yang mahu dipakai. Pada Azraai Khor, kalau Hadi Yahya dan Paolo Rangel tidak main malam nanti, tidak guna apa-apa taktik pun Perak tetap akan menang. Sangat bongkak. Negeri Sembilan ni pula, dari dulu dah tahu dah, memang sangat bergantung kepada Shukor Adan dan Effa Owana untuk menang. Musim ni dua-dua dah takde, hancus! Jadi apa tindakan PBNS untuk mengatasi masalah tersebut? Beli Safee Sali? Yillleeeek!!
Kalau dahulu bolehlah dikatakan Negeri Sembilan punyai rekod yang agak OK apabila beraksi di Ipoh. Namun kini sama ada semangat Isa Samad, semangat hobin jang hobin, semuanya tak cukup power untuk melemahkan kekuatan Perak, sebuah pasukan yang bermain baik seramai 11 orang, termasuk simpanan. Perak tidak bergantung kepada 1 atau 2 pemain untuk menang. Itu perbuatan keji, kata Shahrulnizam Mustafa yang terkenal dengan mulut Peraknya itu. Kawe cuma berharap Paulo Rangel kekal cergas dan kembali mengganas membelasah pertahanan Nogori.
Jika semuanya berjalan lancar mengikut skrip, Perak akan memenangi perlawanan malam itu dengan kelebihan 4 libasan berbalas TIADA.
Jika semuanya berjalan lancar mengikut skrip, Perak akan memenangi perlawanan malam itu dengan kelebihan 4 libasan berbalas TIADA.
Pemain Tumpuan Perak: Paulo Rangel
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: TIADA
Ramalan: Perak 4 - 1 Nogori.
Pertarungan Agung!
Pahang mln Selangor 8.45mlm,
Std Darul Makmur, Kuantan
Pahang mln Selangor 8.45mlm,
Std Darul Makmur, Kuantan
Dollah Salleh kata, form semasa bukan penentu perlawanan yang akan berlangsung pada malam Selasa nanti. Kawe setuju. Walaupun form dan momentum kemenangan berpihak kepada Selangor dan kemeruduman serta kebahlolan kuat pada Pahang, tapi ada kemungkinan semua itu tidak akan menentukan persembahan pasukan masing-masing di Darul Makmur nanti.
Mungkin perlawanan akan sengit dan masing-masing akan menjaringkan banyak gol. Mungkin juga bosan dan hanya 1 gol akan menentukan kalah menang. Selangor, bak kata Tuan Haji Hasbullah Awang, bagaikan harimau terluka selepas seri 3 perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Super. Ada kemungkinan mereka akan 'bounce back' bagaikan kemenangan mereka dalam Piala AFC yang lalu. Tapi, Tuan Haji Hasbullah Awang, bukan semua harimau terluka merbahaya. Terutama jika Harimau terluka itu tiada gigi! Hanya mampu jadi penghibur di sarkis, melompat gegelung api dan bermain bola plastik berwarna merah. Harimau yang tak melawan apabila di libas dengan rotan, akan lumpuh jadinya. Itu peringatan buat warga Red Giants juga.
Oleh itu, Pahang perlu menebus kembali kekecewaan ketika tewas 3-2 kepada Selangor di Shah Alam tempohari walaupun coba-coba menjadi King of Comeback ketika itu. Jika tidak, Irfan Bakti dan seluruh angkatan tenteranya sentiasa bersedia memalukan negeri Soltan Bola ini.
Pemain Tumpuan Pahang: Damion Stewart
Pemain Tumpuan Selangor: Mahali Jasuli
Ramalan: Pahang 2 - 2 Selangor.
Kelab Elit
Selangor PKNS FC mln Terengganu PBDKT T-Team
8.45mlm, Std Shah Alam
8.45mlm, Std Shah Alam
T-Team kekal sebagai pasukan yang bermasalah. Berada di tangga bawahan liga merupakan sesuatu yang tidak masuk akal. Mungkin dipengaruhi pentadbiran yang serabut dan jurulatih yang kuat meroyan menyebabkan T-team sering terkulai layu dalam perjuangan. Corak permainan bosan sudah menjadi rutin buat mereka. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kecil perjuangan dalam darah setiap pemain. Diharap penyokong T-Team boleh bertenang dan pergi ke Stadium menonton bola sambil makan kuaci dan berger. Itulah selayaknya.
Bagi pasukan PKNS pula, segalanya nampak mudah, lancar dan sempurna dari segi penyusunan pemain serta taktikal yang dijana oleh Hj. Abdul Rahman. Helmi Remeli dan Es Lizuan Zahid Amir akan berganding bahu dan mengasak Damir Ibric Yuksel daripada menjaringkan gol. Nazmi Faiz pula di tengah berpasangan dengan Roman Chmelo serta Nor Hakim Hassan. Sementara itu Remezey Che Ros pula mantap di posisi gol pasukan PKNS. Kehadiran Ronaldinho seakan-akan menyempurnakan PKNS apabila berhadapan dengan T-team nanti. Sangat menarik untuk kita saksikan!

Pemain Tumpuan PKNS: Remezey Che Ros
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Damir Ibric Yuksel
Ramalan: PKNS 1 - 0 Terengganu PBDKT T-Team
Tentera Sebenar.
ATM mln Johor Darul Takzim FC
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Sementara itu jauh di Paroi pada hari Selasa, ATM bakal melayani kunjungan Johor Darul Takzim. Ini adalah perlawanan bertaraf heavyweigt. Perlawanan antara kedua kelab ini mengundang dilema dan kerisauan yang tidak terhingga buat kawe. Jika ATM menang, maka Lions XII akan dipintas mereka. Andai kiranya ATM tewas kepada JDT, LIONS XII akan kekal di takhta liga. Dan itu pun sekiranya Lions XII menewaskan Terengganu. Sangat rumit bukan? Asal Bukan Singapore dan JDT!!!
Perlawanan ini juga menemukan barisan muda JDT mementang barisan pemain ATM yang kebanyakannya lebih matang dan berpengalaman. Namun kawe sedikit terkejut dengan kenyataan seorang pemain muda JDT yang enggan namanya disiarkan di sini. Katanya...."Hatta kalau bermain bolasepak, biar saya berlari pantas dan mampu menyumbat sepuluh gol, tetap tidak setara dengan kehandalan seorang pemain yang biar pun tua dan lambat geraknya tapi tinggi pengetahuan taktikalnya". Tambah si anak muda itu lagi.
Aku terdiam. Betul juga kata si anak muda ini. Macam Aidil Zafuan yang suatu masa dahulu muda dan mungkin hensem, tapi bila berdepan dengan Halim Napi, akhirnya lunyai kena pijak. Oleh itu, dengan riaknya, kawe merasakan ATM 2 - JDT 0. Hairuddin Omar dan Marlon Alex James akan melunaskan tanggungajwab mereka sebagai seorang dewasa yang mahir dalam ilmu bola sepak. Kalau ATM kalah, anggaplah mereka beralah dengan anak-anak muda.

Pemain Tumpuan ATM: Marlon Alex James
Pemain Tumpuan JDT: Nazri Ahmad
Ramalan: ATM 2 - JDT 0.
Bisa Kelantan
Kelantan mln KL Felda United FC
8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Secara keseluruhannya peluang Kelantan untuk menang agak cerah, bersandarkan keputusan cemerlang ketika menentang Kelantan dan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV (42 perlawanan sebelum dihancurkan ATM). Sekiranya cergas Nwakaeme bakal kembali memikul tugas sebagai penggempur utama, manakala aksi cemerlang Nor Farhan dan juga kejayaan Piya memecah kebuntuan dalam perlawanan sebelum ini bakal membantu dalam merobek gawang Felda. Tidak lupa juga Indra Putra, yang sepanjang kariernya dalam Liga Super telah menyumbat begitu banyak gol sehingga gagal direkodkan oleh sesiapapun.
Dengan segala prospek yang menggiurkan ini, tidak salah rasanya untuk meramalkan kemenangan buat Kelantan. Ulasan tentang pasukan Felda tidak akan dibuat kerana kawe merasakan ia tidak perlu buat masa ini.
Pemain Tumpuan Kelantan: Nwakaeme
Pemain Tumpuan Felda: TIADA
Ramalan: Kelantan 2 - 0 KL Felda United FC
Pilihan Terbaik
Terengganu mln Lions XII FC
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Setelah melalui 'election break', menang dengan Felda dan Negeri Sembilan, Terengganu seakan baru 'benar-benar' memulakan musim mereka. Mengikut tradisi yang berjaya dikekalkan, Terengganu pantang ada mood pilihanraya, pasti mereka akan menang dan terus menang. Situasi seperti ini sewajarnya mendatangkan gerun kepada Temasik.
Perlawanan petang Selasa ini nanti, kawe lihat semua bookie / kaki judi / pundit bola sepak meletakkan kemenangan kepada Terengganu. Ini kerana barisan utama Lions XII ramai yang direhatkan dan Sundramoorthy tidak dapat menurunkan kesebelasan utama mereka. Semuanya kerana pemain Lions XII yang masih ketakutan gara-gara diserang penyokong Selangor selepas perlawanan di Shah Alam tempohari.
Lions XII mungkin susah nak dibolosi, tapi kemenangan 3-1 pasti milik Terengganu.

Pemain Tumpuan Lions XII FC: Safuwan Baharuddin
Pemain Tumpuan Terengganu: Ashaari Samsuddin
Ramalan: Terengganu 3 - Lions XII 1
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...