Monday, July 2, 2018

Belgium Melawan Jepun

Belgium Melawan Jepun

Seperti yang semua orang tahu, di atas kertas statistik segalanya berpihak kepada pasukan Belgium. Mereka tidak tewas dalam 22 perlawanan. Belgium menjaringkan 9 gol di peringkat kumpulan. Pemain mereka pula mewakili kelab-kelab ternama serata Eropah. Oleh itu sekiranya bola sepak dimainkan di atas kertas, mereka pasti menang mudah ke atas Jepun.

Hari ini Dries Mertens akan kembali bergandingan bersama Hazard dan Lukaku. Karakter sebagai bakal juara Piala Dunia akan teruji apabila berhadapan dengan pasukan paling degil di benua Asia - Jepun. Inilah peluang Martinez membuktikan kepada dunia bahawa beliau berjaya membentuk sekumpulan pemain yang membelakangkan ego dan mendahulukan keperluan negara.

Jepun pula layak dek kerana kutipan kad kuning mereka lebih sedikit berbanding Senegal. Mungkin ini yang dinamakan sebagai bertuah. Menentang Belgium mereka memerlukan lebih daripada tuah. Barangkali jebat, lekir, lekiu. Ok, tak kelakar.

Tiada tekanan yang dihadapi oleh pasukan Jepun kerana ini adalah bonus mereka selepas berjaya melepasi halangan peringkat kumpulan. Turun ke padang dan cuba apa saja. Hiaaaap!

Dua tahun lepas di kejohanan Eropah, Belgium telah tumpas kepada Wales secara mengejut di peringkat suku akhir. Mampukah Jepun pula melakukan kejutan? Pada hemat aku, tidak. Belgium 3 - 0 Jepun.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...