Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018: Perancis Melawan Croatia.
MEMOIR 1998 BERULANG KEMBALI
Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 akan menemukan dua pasukan yang berbeza reputasi iaitu Perancis, bekas juara Piala Dunia 1998 dan pasukan paling kental buat masa ini, Croatia. Selepas puas bergelumang
dengan rendang ayam, bola sepak, lemang, bola sepak, akhirnya inilah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak
dunia.
Sebelum ini kedua pasukan telah bertemu sebanyak 5 kali. Perancis menang 3 perlawanan dan lainnya mereka seri. Ini bermakna Croatia tidak pernah berjaya menewaskan Perancis. Statistik yang boleh membawa padah sekiranya Perancis terlampau bersandar pada kenangan.
Pertemuan pertama kedua pasukan ini ketika peringkat Separuh Akhir Piala Dunia 1998 adalah yang paling meninggalkan kesan. Croatia ketika itu masih hijau sebagai sebuah negara yang menyepak bola. Kemaraan mereka tersekat dek kehebatan dua jaringan Lilian Thuram. Perancis menang 2-1 dan mara ke akhir. Manakala Croatia menewaskan Belanda untuk mendapat tempat ke-3.
Nah! Selepas 20 tahun kedua pasukan ini
ditakdirkan untuk bersemuka kembali dalam perlawanan akhir yang
semestinya penuh dengan aksi. Perlawanan yang ke-64 ini bakal menjadi penutup Piala Dunia yang paling mendebarkan. Kau orang percaya tak apa yang aku cakap ni?
MENITI JALAN KE FINAL
Perancis melangkah ke perlawanan akhir selepas berjaya menundukkan Belgium dengan skor 1-0. Ramai yang mengatakan Perancis memakir bas dan bermain bola sepak negatif selepas mereka berjaya membolosi gawang Belgium. Namun bagi aku Les Bleus telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga pakar dalam seni bertahan. Bukankah pasukan Itali selalu berperangai sedemikian? Dan tiada siapa pula yang marah, malahan kagum lagi adalah.
Croatia pula menyahut seruan Perancis selepas menewaskan England dengan skor 2-1. Ivan Perisic dan Mario Mandzukic muncul wira apabila berhasil menjaringkan gol meskipun ketinggalan dalam separuh masa pertama. Mereka meleburkan impian umat England sekaligus Croatia mara sebagai sebuah negara paling kecil yang pernah menjejak kaki ke perlawanan akhir. Skuad yang dikenali dengan gelaran The Blazers hari ini sudah bersedia menjadi juara serta melakar sejarah baru Piala Dunia.
BENTENG TERAKHIR
Sekali pandang Hugo Lloris adalah ketua pasukan Perancis yang tenang. Jarang kita nampak beliau terpekik marah-marah tidak tentu hala. Cukup hanya dengan aksi kemas dan tepisan tangkas, Varane dan Umtiti terus bertaubat dan fokus pada kerja-kerja bertahan.
Kini reputasinya sebagai salah seorang penjaga gol tebaik dunia kembali mencanak naik di bumi Russia dan ianya semakin terserlah ketika mereka menewaskan Belgium. Jika tidak kerana beliau, Belgium paling kurang pun sudah berjaya menyumbat 3 gol dalam masa 30 minit permainan.
Paling terkesan ialah pada minit ke-22 apabila Lloris menepis keluar sepakan kaki kiri rakan sepasukannya di Spurs iaitu Toby Alderweireld. Seluruh 'socmed' gempita. Memetik satu tweet yang berbunyi hambar...
“Hugo Lloris can save PDF on calculator !!”
Semasa ulasan peringkat separuh akhir aku memilih Danijel Subasic sebagai pemain yang perlu diberikan fokus dan antara yang paling berjasa dalam skuad Croatia. Ketika bertemu England beliau mempamerkan aksi yang kemas dan cekap meskipun masih bergelut dengan masalah kecederaan.
Pada usia 33 tahun mungkin beliau sudah agak berusia untuk beraksi dengan Croatia empat tahun akan datang di Qatar. Harapnya Subasic akan beroleh pengakhiran karier yang manis dan penuh bermakna.
PERTAHANAN YANG JITU
Dejan Lovren mengatakan dirinya sebagai antara pertahanan terbaik dunia dan hanya The Kops yang percaya. Betul ke ni? Ataupun kehebatan Lovren sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persembahan Domagoj Vida yang lasak dan kental? Sekali imbas keserasian mereka berdua sangat terserlah. Maka tidak hairanlah Liverpool menghantar risikan untuk membeli Vida pada harga £18 Juta.
Bersama kedua pemain ini ialah Šime Vrsaljko dan Ivan Strinić yang menggunakan segala pengamalan mereka beraksi dengan Altletico Madrid dan AC Milan untuk melindungi serta melakukan bantuan serangan kepada pasukan Croatia. Tentu kita semua masih ingat bagaimana Kieran Trippier dan Ashley Young semput nafas untuk bertahan apabila Croatia sudah mula masuk hantu dan menyerang England secara bertubi-tubi pada perlawanan yang lepas.
Raphaël Varane dan Samuel Umtiti adalah duo el clasico yang masih tinggal di Piala Dunia ini selepas Gerard Pique dan Sergio Ramos pulang bungkus dalam cara yang memalukan. Tidak perlulah kita menidakkan kemampuan Varane dan Umtiti ini. Kemuncak aksi mereka berdua terbukti pada pertemuan dengan Belgium tempohari. Manakala Benjamin Pavard dan Lucas Hernández mestilah lebih bersedia dan beraksi matang untuk menghalang kemaraan Ivan Perisic dan Ante Rebic.
PERTEMBUNGAN BAHAGIAN TENGAH
Didier Deschamps perlu menurunkan gandingan Blaise Matuidi, N'Golo Kanté dan Paul Pobga sekiranya ingin memenangi pertarungan di bahagian tengah padang. Aku berpendapat Corentin Tolisso belum bersedia untuk berdepan dengan tugas seberat ini. N'Golo Kanté akan ditugaskan untuk bertahan secara kemas dan tenang. Sementara itu, Blaise Matuidi dan Paul Pobga pula diberi kebebasan untuk membantu serangan namun masih ada hadnya iaitu menyerang menggunakan akal. Sebut pasal akal ni, aku cuma risaukan Paul Pogba sahaja. Maklumlah kaaaaan...
Jika mereka bertiga mampu bermain secara efisyen dan klinikal dihadapan gol, pastinya amat sukar buat Croatia menangani mereka.
Tetapi malang pula buat Perancis apabila mereka terpaksa berhadapan dengan dewa-dewa pemain tengah dunia seperti Ivan Rakitić, Marcelo Brozović, Luka Modrić dan mungkin juga Mateo Kovačić. Dan sepanjang Piala Dunia ini mereka telah membuatkan Obi Mikel, Messi, Eriksen dan Dele Alli berbuih mulut dan terkulai layu. Masa untuk Perancis pula merintih di hujung perlawanan?
RANGKAIAN SERANGAN
Perancis memiliki Penyerang Terbaik Dunia-Olivier Giroud, sensasi baru Kylian Mbappé dan juga Antoine Griezmann. Mbappé dan Griezmann masing-masing sudah menjaringkan 3 gol. Cuma Giroud sahaja yang masih menunggu momen terbaiknya untuk melakukan jaringan gol bertahap kelas dunia. Sabar semua. Tidak perlulah menggelabah ayam mengkritik beliau.
Pasukan Croatia pula mempunyai Ivan Perisic dan Ante Rebic yang bertenaga kuda serta serta Mario Mandžukić yang begitu tajam dalam petak penalti. Tiga serangkai ini bagaikan hilang akal apabila sudah mendapat rentak permainan mereka. Jika tidak dikawal selia pergerakan mereka, Perancis berada dalam keadaan bahaya.
LES BLUES ATAU NEGARA BALKAN
Sejak dari awal lagi aku memilih Perancis untuk memenangi Piala Dunia 2018. Mereka hadir ke Piala Dunia ini dengan reputasi skuad yang berbakat. Susah untuk kita menidakkan fakta di atas kertas bahawa pasukan Perancis adalah lebih baik daripada Croatia. Tetapi harus diingat selalu ini adalah edisi Piala Dunia yang penuh dengan kejutan. Ramai peramal dan penjudi tertipu dalam kekalahan.
Kemudian kita ambil kira pula pasukan Croatia yang terpaksa bermain lebih 30 minit ketika menewaskan Denmark, Russia dan England. Manakala Perancis pula bermain sehari sebelum itu dan semuanya selesai dalam masa 90 minit. Masih adakah tenaga simpanan rahsia dalam diri pemain-pemain Croatia?
Sebenarnya tidak patut untuk kita menafikan peluang Croatia dalam perlawanan ini. Kita sudah lihat bagaimana Argentina berdarah hidung diterajang Croatia. Dan sekiranya Croatia ingin mengejutkan Perancis, mereka perlu mengerah seluruh kudrat bagi menjadi Juara Piala Dunia yang baru. Oh! Indah sungguh jika ada negara baru yang menjuarainya.
Bagaimana sekarang? Perancis atau Croatia?
Pasukan Croatia pula mempunyai Ivan Perisic dan Ante Rebic yang bertenaga kuda serta serta Mario Mandžukić yang begitu tajam dalam petak penalti. Tiga serangkai ini bagaikan hilang akal apabila sudah mendapat rentak permainan mereka. Jika tidak dikawal selia pergerakan mereka, Perancis berada dalam keadaan bahaya.
LES BLUES ATAU NEGARA BALKAN
Sejak dari awal lagi aku memilih Perancis untuk memenangi Piala Dunia 2018. Mereka hadir ke Piala Dunia ini dengan reputasi skuad yang berbakat. Susah untuk kita menidakkan fakta di atas kertas bahawa pasukan Perancis adalah lebih baik daripada Croatia. Tetapi harus diingat selalu ini adalah edisi Piala Dunia yang penuh dengan kejutan. Ramai peramal dan penjudi tertipu dalam kekalahan.
Kemudian kita ambil kira pula pasukan Croatia yang terpaksa bermain lebih 30 minit ketika menewaskan Denmark, Russia dan England. Manakala Perancis pula bermain sehari sebelum itu dan semuanya selesai dalam masa 90 minit. Masih adakah tenaga simpanan rahsia dalam diri pemain-pemain Croatia?
Sebenarnya tidak patut untuk kita menafikan peluang Croatia dalam perlawanan ini. Kita sudah lihat bagaimana Argentina berdarah hidung diterajang Croatia. Dan sekiranya Croatia ingin mengejutkan Perancis, mereka perlu mengerah seluruh kudrat bagi menjadi Juara Piala Dunia yang baru. Oh! Indah sungguh jika ada negara baru yang menjuarainya.
Bagaimana sekarang? Perancis atau Croatia?
Bersama-samalah kita tunggu. Selamat Menonton!!! Seperti biasa juga terimalah kata-kata semangat ini.. 'Majulah Bola Sepak Untuk Semua Kecuali Malaysia'.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...