Perlawanan pertama Piala Konfederasi ini akan menemukan Juara Asia, Jepun menentang pasukan tuan rumah Brazil. Ia satu kegemparan yang amat ditunggu oleh seluruh warga dunia. Kejayaan Brazil menewaskan Perancis Ahad lepas memberi sedikit keyakinan kepada anak buah Felipe Scolari. Namun kita tidak boleh menidakkan keupayaan Jepun yang hebat sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia ini apabila menjadi negara pertama yang layak menyertai tuan rumah Brazil.
Menjelang perlawanan ini, setiap mata sudah akan pasti tertumpu kepada Neymar dari Brazil dan Shinji Kagawa serta Keisuke Honda dari Jepun. Neymar akan berjuang berhabisan untuk membuktikan dia bukan sekadar wajah 'budak poster' dari Brazil. Manakala Kagawa sepanjang musim pertamannya ini amat cemerlang bersama Manchester United. Sudah pasti form yang sama akan dibawa terus ke Piala Konfederasi ini. Jika dilihat dari segi kapasiti bakat serangan yang Jepun miliki, saya yakin Zacherroni mampu mengejutkan Brazil.
Selain itu, menarik untuk melihat bagaimana pemain seperti Paulinho dan Makoto Hasebe berkembang dalam keojohanan ini selepas prestasi cemerlang yang mereka pamerkan lewat ini. Ramai yang memandang rendah pasukan Jepun dalam kejohanan kali ini, dan saya juga terpaksa setuju dengan pendapat majoriti. Brazil mungkin akan menang dengan jumlah gol yang tipis.
Ramalan: Brazil 2 - Jepun 1
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...