Jurulatih: Felipe Scolari
Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Persoalan yang besar ialah, adakah susuk ini sudah hilang sentuhan emas? Bolehkah Brazil membawa pualng Piala Dunia ke negara Samba itu tahun depan?Ramai pengkritik bola sepak mempersoalkan pemilihan beliau tetapi msalah sebenar Brazil ialah untuk membentuk keharmonian skuad yang terdiri daripada barisan pemain bintang berstatus besar di dalam pasukan Samba ini.
Penjaga gol: Julio César (QPR), Jefferson (Botafogo) dan Diego Cavalieri (Fluminense)
Penjaga gol: Julio César (QPR), Jefferson (Botafogo) dan Diego Cavalieri (Fluminense)
Nama Cesar tidak perlu mendatangkan sakit jantung kepada kita semua kerana umum tahu beliau telah menjadi penjaga gol nombor satu yang konsisten untuk pasukan kebangsaan Brazil untuk hampir setengah abad lamanya. Dengan pengalaman yang banyak di seluruh Eropah, beliau akan menjadi pertaruhan selamat untuk berdiri sebagai benteng terakhir pasukan. Walaupun dengan QPR yang baru-baru ini diturunkan divisyen, tetapi dia tidak perlu risau kerana beberapa kelab terkemuka bersedia mendapatkan tandatangannya.
Jefferson dan Diego yang baru-baru ini diketengahkan dalam aksi menentang Bolivia serta Chile sebenarnya tidak begitu banyak pengalaman di peringkat antarabangsa. Tetapi kedua mereka dilihat bersenang hati untuk memegang watak pemangku kepada Julio Cesar.

Pertahanan: Daniel Alves (Barcelona), Jean (Fluminense), Marcelo (Real Madrid), Filipe Luis (Atlético Madrid) Thiago Silva (PSG), Réver (Atlético-MG), David Luiz (Chelsea) dan Dante (Bayern Munich).
Di atas kertas, nama mereka amat gah di pentas eropah dan antarabangsa. Namun pertahanan Brazil juga kelihatan amat mudah untuk dibolosi dan ianya terserlah ketika pertemuan menentang Itali dan England. Marcelo, Alves dan Luiz seolah-olah datang dari sekolah yang sentiasa menanamkan corak pemikiran "cara terbaik untuk bertahan adalah serangan". Tetapi tabiat mereka ini mendedahkan bahaya kepada penjaga gol. Dan ia tidak seharusnya menjadi kejutan untuk melihat mana-mana pasukan berjaya membolosi gawang Brazil walaupun pertahanannya terdiri daripada barisan pemain terkemuka dunia.
Tengah: Fernando (Grêmio), Hernanes (Lazio), Luiz Gustavo (Bayern Munich), Paulinho (Corinthians), Jadson (São Paulo), Oscar (Chelsea) dan Lucas Moura (PSG).

Ujian terbesar bagi pasukan Samba mungkin adalah bahagian jentera tengah. Walaupun begitu banyak kritikan diterima selepas Scolari selepas beliau menggugurkan nama Kaka dan Ronaldinho. Namun jurulatih Brazil itu dilihat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Brazil kembali ke puncak bola sepak dunia dengan tidak terlalu mengharapkan individu tertentu bagi mencapi kejayaan. Luiz Gustavo, Lucas Moura dan Oscar mempunyai musim cemerlang bersama kelab-kelab masing-masing. Sudah pasti kudrat Oscar ditagih dalam memacu Brazil untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan ini.
Penyerang: Hulk (Zenit), Bernard (Atlético-MG), Leandro Damião (Internacional), Fred (Fluminense) dan Neymar (Barcelona).
Bahagian serangan Brazil adalah aset utama kepada kekuatan pasukan ini. Leandro Damião yang merupakan pemain cemerlang Olimpik musim panas lepas sudah bersedia untuk mempamerkan kehebatannya sekali lagi dalam satu kempen yang berbeza. Walaupun Hulk bergelut dalam tahun pertama beliau di Rusia, tetapi dia masih lagi produktif untuk pasukan Brazil. Beberapa mata akan tertumpu kepada Hulk kerana masih banyak lagi kelab terkemuka Eropah yang mahukan tandatangannya. Neymar adalah wajah keseluruhan pasukan Brazil. Kini memegang status sebagai pemain Barcelona. Mungkin tekanan yang amat tinggi diletakkan di bahu pemain ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi persembahannya di atas padang kelak.
Ramalan: Mungkin akan mara lebih jauh dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah. Juara ataupun Naib Juara kumpulan sudah ada dalam genggaman mereka.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...