Ketika semua penyokong Belanda, Perancis dan England sedang lena dibuai mimpi ngeri..sebuah pasukan bolasepak yang hebat abadi bertarung hebat demi mempertahankan maruah seluruh rakyat Sepanyol. Lawan yang ditentang bukanlah bodoh-bodoh alang. Ia adalah pasukan Portugis yang terdahulu menghantar pasukan Belanda ke kubur...Namun seperti yang dijangka,Sepanyol berjaya menewaskan Portugis dalam suasana yang penuh dramatik...mari kita imbas kembali...
Kejayaan bukan datang dengan mudah..ia memerlukan kecekalan hati dan kekentalan jiwa...
Setiap serangan yang dilakukan terutamanya dari lelaki putih, Iniesta berjaya dipatahkan pertahanan Portugis...
Juga disertakan dengan aksi mantap Rui Patricio..
Keadaan kelihatan semakin buntu sehinggalah satu susuk tubuh yang sangat dikenali muncul dengan aura positifnya..Ya!!Dialah Fabregas..kini harapan semakin cerah..
Tetapi pertarungan terpaksa diheret sampai ke penentuan penalti..kini semua perwira Sepanyol bersedia menghantar pulang tentera Portugis...
Iniesta seperti yang dijangka mudah menyempurkan penalti untuk Sepanyol..
Sergio Ramos sudah insaf...memilih 'Panenka' sebagai 'method' untuk menyudahkan penalti pada kali ini...amat sempurna bagaikan menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Seperti biasa juga, Casillas mempamerkan aksi rutin menyelamatkan sepakan penalti dari Moutinho..mudah bagaikan mengunyah badam..
Kejayaan semakin hampir apabila Bruno Alves dengan bangangnya gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Siapa lagi yang ingin diharapkan kalau bukan Fabregas??Dan dia tampil penuh yakin juga dengan hanya satu helaan nafas melepaskan satu sepakan yang laju bagaikan busur panah menuju tepat ke tiang gol dan memantul ke dalam gawang..sungguh hebat..
Siapa??????Fabregas!!!!!
Seluruh pasukan meraikan kejayaan manis ini...
Namun begitu..seorang lelaki masih lagi dibelenggu kesedihan dan kekecewaan yang berpanjangan.... . . . . . . . . . .
Dua Gergasi Eropah, Jerman dan Itali akan bertarung sesama mereka dalam separuh akhir kedua yang akan berlansung di Stadium Nasional Poland. Keduanya ingin merebut satu slot ke pentas akhir yang akan dijadualkan pada 2 July 2012. Finalis 2008 Jerman setakat ini berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan yang mana kali terakhir mereka menangi pada 1996. Jerman mempunyai kelebihan di barisan serangan berbanding dengan Itali yang kelihatan terlalu tumpul dan sukar untuk mencari gol. Itali hanya berjaya menjaringkan gol melalui gerakan bola mati dan 'set-pieces' yang seolah-olah menjadi senjata utama mereka. Pun begitu, keupayaan Itali ini tidak wajar dipandang mudah oleh Jerman.
Suku akhir: Jerman 4 - Greece 2
Skuad Jerman sedang berada pada prestasi terbaik mereka dan ia kelihatan sebagai sebuah pasukan yang sukar ditewaskan. Ketika menang 4-2 bertemu Greece, mereka telah merehatkan 3 pemain utama. Namun masih mampu mendominasi perlawanan serta menang dengan pernuh bergaya. Jerman adalah satu-satunya pasukan pada masa ini yang menang kesemua 4 perlawanan mereka dengan merekodkan 9 jaringan gol. Jelas sekali kehadiran Ozil dan Gomez membezakan antara Jerman dengan pasukan yang lain. Ozil mempamerkan segala yang terbaik darinya sambil setiap serangan ditukar kepada jaringan gol oleh Mario Gomez. Barisan pertahanan mereka juga kelihatan mantap dengan gandingan Hummels dan Badstuber semakin menunjukkan keserasian.
Bastian Schweinteiger mengalami kecederaan ketika bertemu Greece.
Jurulatih Jerman, Joachim Low dijangka akan menurunkan kembali Mario Gomez, Thomas Muller dan Podolski yang direhatkan pada suku akhir tempohari. Namun begitu, apa yang membimbangkan ialah tahap kecergasan Bastian Schweinteiger masih lagi diragui menjelang pertemuan dengan Itali ini. Sekiranya beliau tidak sempat pulih sepenuhnya dari kecederaan, maka rakan sekelab dari Bayern Munich, Toni Kroos akan masuk menggantikan tempatnya.
Skuad Itali pula masih lagi belum tewas dalam kejohanan ini dan aksi mereka mengejutkan banyak pihak. Pertahanan Itali juga jelas sangat kebal dengan hanya merekodkan 2 gol sahaja yang mereka bolosi. Namun bahagian serangan mereka sedikit tumpul walaupun Di Natale, Cassano dan Balotelli berjaya menjaringkan gol setiap seorang. Sebagai contoh ketika bertemu England, walaupun mereka mendominasi perlawanan dengan 35 cubaan kearah gol, tetapi masih tidak mampu menjaringkan gol dalam masa 120 minit.
Skuad yang menewaskan England
Pemain veteran Andrea Pirlo jelas merupakan nadi utama bagi pasukan Itali pada kejohanan ini. Jika beliau berjaya mengekalkan momentum aksinya, sudah pasti Jerman tidak akan mustahil untuk ditewaskan. Pertembungan Pirlo dan Ozil akan menjadi satu epik kepada perbezaan dua era dalam bolasepak. Era lapok bertemu era moden. Milik siapakah ia masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana Itali juga mempunyai rekod yang baik ketika bertemu Jerman dalam kejohanan besar.
Jerman akan menyerang habis-habisan sampai mati. Manakala Itali pula akan bertahan pun habis-habisan sampai mati. Sedikit kelebihan akan berpihak kepada Jerman walaupun Itali setakat ini tidak banyak melepaskan gol kepada pihak lawannya. Manakala Jerman pula ada melepaskan beberapa gol mudah sebelum ini dan ia kelihatan akan berulang kembali apabila mereka bertemu Itali. Pada separuh akhir kedua nanti skuad muda Jerman akan menghidangkan aksi penuh kejutan ke atas skuad matang Itali. Jerman akan menang dengan keputusan, Jerman 2 - Itali 1.
Donbass Arena akan menjadi saksi kepada kehebatan dua pasukan bertarung dalam separuh akhir yang pertama menemukan antara penyandang juara Sepanyol dan Portugal. Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu pada kejohanan besar adalah ketika Piala dunia 2010. Sebagai rekod, Portugal telah memenangi pelawanan bertemu Czech 1-0, manakala Sepanyol berjaya menghantar pulang pasukan Perancis dengan kemenangan 2-0. Kedua pasukan sememangnya berhak untuk berada pada tahap ini berdasarkan semangat juang dan komitmen yang mereka tunjukkan sepanjang kejohanan ini berlansung.
Piala Dunia 2010: Sepanyol 1 - Portugal 0
Skuad La Roja telah berjaya menewaskan Perancis iaitu pasukan yang mereka gagal tewaskan dalam kejohanan besar sebelum ini. Apabila dijadualkan bertemu Portugal di separuh akhir, Sepanyol dijangka akan menurunka 6 pemain tengah dengan Fabregas akan menjadi 'Penyerang Songsang' buat La Roja. Walaupun dengan ketiadaan David Villa pada kali ini, namun pemain Sepanyol yang sedia ada mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh penyerang Barcelona tersebut. Ia terbukti apabila Xabi Alonso berjaya mencipta nama sebagai penjaring 2 gol ketika mereka menewaskan Perancis.
Suku akhir: Sepanyol 2 - Perancis 0
Di bahagian pertahanan pasukan Sepanyol pula, Sergio Ramos yang mengisi kekosongan Puyol berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Gandingan beliau bersama Pique membuatkan pihak lawan bersusah-payah untuk menembusi Iker Casillas. Maka tidak hairanlah 'The Back 5' ini berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan berturut-turut. Sementara itu, Jordi Alba kelihatan semakin selesa dan seringkali mengancam pasukan lawan dengan larian-larian derasnya dari sebelah kiri padang. Jelas sekali gandingan mantap di bahagian pertahanan ini menjadi antara punca kepada kejayaan Sepanyol mara sejauh ini.
Portugal pula seperti yang kita tahu telah mempamerkan aksi yang sungguh impresif dengan berjaya melepasi 'Kumpulan Maut' untuk menduduki tempat kedua dan seterusnya mara ke suku akhir. Pada suku akhir mereka berjaya menewaskan Rep Czech dengan gol tunggal dari Ronaldo. Setakat ini Portugal benar-benar bergantung kepada sentuhan Ronaldo untuk mencari gol. Persembahan Nani pula sedikit mengecewakan apabila seringkali melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Ini antara yang perlu diberi perhatian menjelang pertemuan dengan Sepanyol.
Suku akhir: Portugal 1 - Czech 0
Akan tetapi, prestasi anak buah Paolo Bento secara keseluruhan begitu meningkat dari satu perlawanan kepada satu perlawanan. Barisan pertahanan yang diketuai Pepe begitu mantap dan ini akan memberi kelebihan ketika bertemu Sepanyol kerana beliau beraksi untuk Real Madrid serta cukup kenal dengan corak permainan kebanyakan pemain dalam skuad Sepanyol tersebut. Sementara itu, seorang lagi pemain Real Madrid, Coentrao pula menunjukkan skil yang baik ketika menyerang dan bertahan. Namun beliau perlu berhati-hati apabila berhadapan dengan Silva yang sudah pasti akan mengambil kesempatan dari kegilaan turun naik Coentrao ini.
Kedua musuh tradisi ini pasti akan bertarung habis-habisan bagi membuktikan mereka adalah penahluk semenanjung Iberian yang sebenarnya. Sudah pasti Sepanyol akan menominasi perlwanan dengan Portugal akan sekali-sekala melakukan serangan balas melalui dua orang pemain sayap mereka. Walaubagaimanapun, amat sukar melihat Sepanyol tewas pada pertarungan ini kerana mereka memiliki kelebihan kualiti dari segi pemain berbanding Portugal. Sepanyol 2 - Portugal 1.
PORTUGAL Rui Patricio Pereira, Pepe, Alves, Coentrao Moutinho, Veloso, Meireles Nani, Almeida, Ronaldo
SPAIN Casillas Arbeloa, Ramos, Pique, Alba Busquets, Alonso Silva, Xavi, Iniesta Torres
Barisan kemungkinan Portugal vs Sepanyol
FINAL RESULT: SPAIN 4 - PORTUGAL 2 (Penalty after 0-0)
Tiada apa yang lebih nikmat selain daripada mencapai klimaks ketika berjaya menewaskan Perancis dengan menjaringkan 2 gol dalam penampilan yang ke-100. Gol pertama muncul pada minit ke 19'. Ternyata Xabi Alonso hanya perlu mengeluarkan 0.02% kalori sahaja untuk melakukan jaringan pertama menerusi tandukan.
..........fokus..........
......tandukan bijaksana......
.......melangkaui batasan akal fikiran manusia biasa.......
Meraikan gol secara ala-kadar dan penuh kesederhanaan
Selepas gol pertama itu, Sepanyol mula bermain bolasepak secara kasual dan tanpa tekanan. Sehinggalah muncul peluang gol kedua pada minit ke 90' apabila Pedro dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain Perancis yang sengal iaitu Reveillere. Untuk tidak mengecilkan hati warga Perancis, maka Alonso terpaksa tampil untuk mengambil sepakan penalti tersebut. Sepakan penalti beliau pula hanya memerlukan satu tarikan nafas sahaja. Terbukti pemain Sepanyol ini hebat dan mantap..
Sangat jelas Pedro dijatuhkan dalam kotak penalti
Mudah dengan hanya satu helaan nafas sahaja Alonso menyempurnakan sepakan penalti itu.
"2 gol laaaa Torres....", gurau manja dari Alonso.
Meraikan gol bersama rakan-rakan sudah menjadi rutin buat Alonso.
........Sementara itu....jauh di sudut padang, seorang lelaki Perancis bernama Benzema hanya mampu termenung melihat kejayaan rakan-rakan Real Madrid beliau mara ke separuh akhir. Sememangnya ini kejohanan yang mahu beliau lupakan selepas gagal menjaringkan walau sebijik gol pun...sekian..
Bolasepak glamor bertemu bolasepak rasuah. Kedua pasukan sedang berada dalam prestasi terbaik namun masih belum mampu membuktikan mereka boleh menjadi juara dalam Euro kali ini. England telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka menjuarai kumpulan D. Itupun setelah Perancis ditewaskan oleh Sweden. Pada peringkat kumpulan England telah memungut 7 mata hasil daripada 2 kejayaan menewaskan Sweden dan Ukraine serta satu seri menentang Perancis. Tentunya kehadiran semula Rooney sedikit sebanyak membantu usaha England untuk mara lebih jauh lagi dalam kejohanan kali ini. Dengan adanya Rooney maka England sudah mempunyai 3 orang penyerang yang telah menjaringkan gol iaitu termasuk Welbeck dan Caroll.
Gandingan duo yang berambut 'HEBAT'
Steven Gerard mempamerkan aksi sebenar seorang kapten. Keupayaannya mencipta peluang gol ketika mereka benar-benar memerlukan amat dikagumi. Mengawal bahagian tengah dengan sempurna serta seringkali membuat hantaran silang yang merbahaya merupkan punca kepada kejayaan England setakat ini. Apa yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana hendak memantapkan pertahanan mereka ketika menghadapi sepakan penjuru mahupun percuma. Ini kerana amat jelas ia adalah kelemahan England ketika ini.
Wayne Rooney menunjukkan kehadirannya pada edisi kali ini dengan menjaringkan gol kemenangan tunggal ketika bertemu Ukraine. Beliau dijangka akan memulakan perlawanan dengan berganding bersama Welbeck. Di samping itu, Young dan Milner yang kurang efektif akan dikekalkan kerana Pakcik Roy mahu memasukkan Walcott dan Chamberlain bagi menyuntik sedikit kelainan sekiranya keadaan mula mendesak England untuk mencari gol. Parker dan Gerrard setakat ini berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Begitu juga dengan Terry dan Lescott yang berjaya memberi perlindungan secukupnya kepada Joe Hart.
Skuad Azzurri layak ke suku akhir dengan berbekalkan satu kemenangan dan dua keputusan seri. Keputusan seperti ini dilihat belum cukup untuk membuktikan mereka adalah antara pencabar utama kejohanan. Balotelli dan Cassano akan berganding semula selepas Di Natale gagal menyerlah ketika diberi peluang beraksi pada pertemuan dengan Ireland. Mereka juga amat bergantung kepada gerakan 'set pieces' untuk mendapatkan gol. Manakala pertahanan mereka beraksi cemerlang di samping aksi tangkas Buffon melindungi gawang Itali.
Gerrard vs Pirlo
Namun apa yang paling dinanti ialah pertembungan antara Pirlo dan Gerrard di bahagian tengah padang. Ia akan menjadi buah mulut setiap peminat bolasepak di seluruh dunia. Kebijaksanaan mereka berdua merencana gerakan buat pasukan masing-masing akan menjadi penentu kepada kejayaan Itali mahupun England. Mereka juga akan memastikan penyerang berbisa Rooney dan Balotelli untuk menghasilkan gol dari gerakan yang mereka cipta. Tetapi saya rasa sedikit nasib dan tuah akan dimiliki England untuk mereka menewaskan Itali. England 2 - Itali 1 (selepas masa tambahan).
ENGLAND Hart Johnson, Terry, Lescott, Cole Milner, Gerrard, Parker, Young Rooney, Welbeck
Juara bertahan Sepanyol bertemu pasukan bukan pilihan ketika pra-kejohanan iaitu Perancis. Sememangnya ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan agung. Sepanyol seperti dijangka dengan mudah melepasi peringkat kumpulan umpama mengopek kulit pisang...kemas dan cantik. Cuma sedikit meragukan adalah 'tiki-taka football' yang digunakan mereka kadangkala hampir-hampir menjerat diri sendiri. Sebagai contoh ketika bertemu Croatia. Sepanyol seolah-olah tumpul dalam mencari gol kerana begitu asyik bermain hantaran bolasepak sesama mereka. Mereka patut berterima kasih kepada Casillas yang melakukan banyak aksi menyelamatkan gawang gol Sepanyol daripada bolos.
Iniesta = Penting
Pentingnya Iniesta kepada Sepanyol adalah umpama pentingnya Najib Razak kepada Malaysia. Tiada Iniesta maknanya tewaslah Sepanyol. Setakat ini beliau sedang berada pada tahap terbaiknya. Nampaknya Iniesta sudah bersiap sedia 100% untuk menyekolahkan barisan pemain Les Blues. Ada kemungkinan Del Bosque akan kembali menyenarikan Fabregas sebagai penyerang selepas Torres kelihatan terkial-kial mencari gol untuk pasukan Sepanyol. Menggunakan formasi 4-3-3 sebagai senjata mereka, sudah pasti ia akan menyukarkan Perancis untuk mencuri bola dari kaki pemain Sepanyol.
Spain 1- Croatia 0
Melihat bagaimana Perancis dijinakkan Sweden mencerminkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang kebal. Rekod 23 perlawanan tanpa kalah mereka lebur begitu sahaja di hujung kaki Seb Larson dan Zlatan Ibra. Menjelang pertemuan dengan Sepanyol, mereka akan kehilangan khidmat Mexes. Sudah semestinya ia akan memberi kesan yang besar kepada aksi keseluruhan barisan pertahanan Perancis. Sebenarnya bukanlah mahu menidakkan kemampuan barisan pertahanan Perancis, tetapi sudah pasti mereka terutamanya Debuchy akan menghadapi masalah dengan kelincahan Iniesta dan Silva.
Abang Besor dari Arsenal ini penentu masa depan Perancis malam ini.
Les Blues dijangka akan mengekalkan formasi 4-5-1 dengan beberapa perubahan permain akan dilakukan oleh Blanc pada malam ini. Koscielny akan menggantikan Mexes yang menerima penggantungan satu perlawanan. Evra pula akan masuk untuk tempat Clichy bagi menyuntik kelebihan pengalaman di posisi bek kiri. Manakala Jeremy Menez menggantikan Ben Arfa kurang efektif dan Yohan Cabaye akan kembali merampas posisinya daripada M'Villa.
Kesimpulannya di atas kertas Sepanyol kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Perancis. Ternyata selepas Perancis tewas kepada Sweden, mereka kelihatan seperti pasukan sederhana sahaja berbanding pada pernulaan kejohanan yang mana seolah-olah Perancis adalah pasukan yang sukar ditewaskan. Dengan Portugis sedang menunggu mereka di separuh akhir, semangat mahu membunuh Cristiano Ronaldo pastinya sedang meluap-luap dalam jiwa setiap pemain Perancis dan Sepanyol. Kedua pasukan akan bertarung sehingga 90 minit sahaja. Kemenangan akan diukir oleh pasukan Sepanyol. Sepanyol 2 - Perancis 0.
Salah satu pasukan pilihan kejohanan, Jerman akan berhadapan dengan Greece yang melakukan kejutan ke atas Russia untuk layak ke suku akhir. Namun Greece akan menghadapi perlawanan ini tanpa aksi kapten yang berinspirasi mereka iaitu Karagounis yang menerima penggantungan perlawanan setelah menerima dua kad kuning. Ini menjadikan misi Greece menewaskan Jerman semakin mustahil. Tetapi seperti yang kita semua tahu, Greece terkenal dalam melakukan kejutan ketika mereka benar-benar terdesak untuk menang.
Mario Gomez memang power!!!!
Sementara itu bagi Jerman pula selepas melepasi halangan kumpulan maut dengan 9 mata maksimum sudah cukup dan jelas membuktikan mereka mampu menewaskan Greece. Pada ketika ini, penjaring terbanyak kejohanan Mario Gomez sedang berada pada tahap terbaiknya. Bayangkan beliau mempunyai 4 cubaan tepat ke arah gol dan 3 daripadanya menerjah jaring. Statistik seperti ini sudah cukup untuk mendatangkan gerun kepada barisan pertahanan Greece.
Dengan tenang Jerman menewaskan Denmark 2-1.
Bagi pasukan Greece pula, barisan pertahanan mereka sudah menunjukkan prestasi yang sangat meningkat. Mereka berjaya mengekang Russia yang gemar bermain secara serangan. Sudah tentu Jerman akan melalui satu tempoh yang menyukarkan pada perlawanan ini. Paling menyerlah adalah penjaga gol kedua Greece yang diberi peluang beraksi iaitu Michalis Sifakis yang mana telah berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos selama 160 minit. Tetapi jurulatih Fernando Santos perlu memberi fokus pada barisan serangan mereka kerana setakat ini penyerang utama mereka Samaras masih tidak menjaringkan gol walaupun bermula sebagai kesebelasan utama dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.
Bolehkah mereka mengulangi mimpi indah 2004?
Kekentalan barisan pemain Greece akan diuji oleh kemantapan pasukan Jerman yang kelihatan lengkap di setiap posisi. Jerman walaupun sejak beberapa dekat ini melahirkan ramai bakat muda, namun mereka masih ketandusan kejuaraan utama selepas kali terakhir memenangi Euro 1996. Mungkin kini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka menghadiahkan kejuaraan buat rakyat Jerman. Setelah Jerman bertarung selama 90 minit menentang Greece, mereka akan berjaya mengatasi pasukan tersebut dengan keputusan Jerman 3 - Greece 0.
Pertemuan ini merupakan ulangan suku akhir Euro 1996 yang mana ketika itu Czech telah melakukan kejutan untuk mara sehingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada Jerman. Umpama merealisasikan pepatah dahulu kala "Kalau dah jodoh tidak ke mana", kini mereka dijadualkan bertemu sekali lagi. Pada edisi kali ini, kedua pasukan mempunyai persamaan apabila tewas di perlawanan pembukaan. Namun atas semangat juang tinggi Czech dan Protugal masing-masing memenangi perlawanan kedua dan ketiga peringkat kumpulan seterusnya layak secara merit ke suku akhir.
Pemain-pemain Czech meraikan kejayaan menewaskan Poland sekaligus layak ke suku akhir.
Persiapan Czech untuk berhadapan Portugal sedikit terganggu apabila kapten mereka Rosicky masih dibelenggu kecederaan tendon achilles. Pemain kelab Arsenal yang terlepas perlawanan menentang Poland ini juga telah pulang ke Prague untuk merawat kecederaannya. Tempat beliau diganti oleh Daniel Kolar dan nampaknya dia masih perlu menggatikan Rosicky pada pertemuan menentang Portugal nanti.
Pasukan Czech kali ini lebih banyak bergantung pada gerakan yang dimulakan dari sebelah sayap. Selassie dan Limbersky akan sentiasa naik ke atas untuk membantu Jiracek dan Pilar melakukan serangan serta gerakan mencari gol. Baros dan Kolar pula akan menyerang dari bahagian tengah. Manakala Hubschman dan Plasil akan beraksi di bahagian tengah bertahan. Sementara itu, Kadlec dan Sivoc akan menjadi benteng terakhir bersama-sama Petr Cech bagi memastikan pasukan mereka tidak dibolosi gol.
Pemain Terbaik Dunia Mingguan
Antara pemain yang perlu diberi perhatian untuk pasukan Republic Czech ialah Petr Jiracek. Beliau merupakan wira yang menjaringkan 2 gol secara berturut-turut untuk Czech. Pemain kelab Wolfsburg ini mejaringkan gol pertama yang cantik ketika menewaskan Greece 2-1 dan beliau kemudiannya menjadi penjaring gol tunggal kemenangan bertemu pasukan tuan rumah Poland. Hasil daripada 2 kejayaan perlawanan ini telah membawa Czech mengemudi kumpulan A sebagai juara.
Adakah ini generasi emas 2012?
Skuad bimbingan Paolo Bento ini merupakan pasukan yang amat liat untuk ditembusi. Tetapi kebimbangan mengenai jentera serangan mereka pada dua aksi peringkat kumpulan terjawab apabila Ronaldo meledak 2 gol ketika menentang Belanda. Aksi Nani dan Postiga juga perlu dipertajamkan jika mereka ingin mengatasi Czech. Manakala bahagian pertahanan pula sangat jelas apabila mereka lemah dalam pertarungan bola di udara. 3 gol yang mereka bolos ialah berpunca dari gerakan bola udara pasukan lawan. Pepe dan Bruno Alves perlu bekerja keras untuk mengelak daripada perkara ini berulang lagi.
Gerakan tanpa bayang dari Ronaldo
Portugal mempunyai kelajuan yang cukup untuk memerangkap Czech terutamanya apabila memiliki Ronaldo dalam pasukan mereka. Begitu juga dengan Czech yang lebih menyerlah dalam gerakan dari bahagian sayap mereka. Dijangka mereka akan mempamerkan corak permainan berhati-hati sambil menunggu bahagian sayap membuat gerakan ke arah gol. Pertarungan ini akan berlansung dalam keadaan penuh dramatik dan sedikit kualiti akan berpihak kepada Portugal untuk memenagi perlawanan ini. Czech 1 - Portugal 2.