Perlawanan pembukaan ini pastinya penuh drama. Tuan rumah bertemu bekas juara 2004. Namun jika sebagai peminat bolasepak yang angkuh, perlawanan ini ibarat 'minum air sirap' sahaja. Biasa-biasa aja bak kata Agnes Monica. Namun bagi saya, ini adalah perlawanan yang dinantikan untuk melihat bakat baru muncul mencuri perhatian dunia bolasepak. Lewandowski dan Blaszczykowski pasti ingin meneruskan legasi cemerlang ketika bersama Borussia Dortmund musim ini. Greece pula dengan generasi baru selepas mereka begitu lama dibayangi generasi emas 2004, sudah pasti ingin kembali menakluk eropah. Perlawanan sengit ini akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah. Poland 1 - Greece 0.
Keputusan Sebenar: Poland 1 - Greece 1.
Keputusan Sebenar: Poland 1 - Greece 1.
Kejayaan Russia menewaskan Italy yang sedang bermasalah 3-0 merupakan 'tongkat ali' paling mujarab menjelang pertemuan menentang Czech. Russia kelihatan lebih mantap berbanding Czech yang lebih bergantung pada 'kuda tua' mereka. Dengan barisan pemain seperti penjaga gol Akinfeev, pemain tengah Alan Dzagoev serta penyerang Pogrebnyak, Russia lebih ampuh bagaikan 'beruang pola yang kelaparan ais kepal'. Manakala Czech pula hanya bersandarkan pada pemain veteran seperti Petr Cech, Arshavin dan Milan Baros. Pertemuan yang saya gelarkan 'Super Salji' ini akan berpihak kepada Russia 2 - Czech 1.
Belanda adalah pasukan kegemaran untuk kejohanan kali ini. Mantap di semua posisi kecuali sedikit goyah di bahagian pertahanan. Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu di kejohanan besar adalah pada perlawanan pembukaan Group E Piala Dunia 2010. Ketika itu 2 orang pemain Liverpool mencuri perhatian dengan cara yang berbeza. Daniel Agger menunjukkan 'kebangangan' beliau dengan menjaringkan gol sendiri. Sementara Dirk Kuyt pula menjaringkan gol kedua untuk Belanda pada minit ke-85' untuk melengkapkan kemenangan 2-0 mengatasi Denmark. Namun kini Denmark semakin matang. Bekas juara Euro 1992 ini mempunyai sekumpulan pemain yang mampu menggugat Belanda. Tumpukan perhatian kepada Kjaer,Eriksen,Krohn-Dehli dan bekas pemain 'Sengal-sengal ayam' yang pernah beraksi untuk Arsenal iaitu Bendtner. Pertarungan sengit ini akan berakhir dengan keputusan mengejut seri 2-2.
Keputusan Sebenar: Belanda 0 - Denmark 1.
Sekali lagi mereka bertemu pada edisi 2012 selepas 4 tahun lalu bertarung dengan kejayaan berpihak kepada Jerman 3 - Portugal 2. Germany dan Portugal mempunyai kekuatan yang hampir sama. Cuma membezakan mereka adalah Portugal tidak mempunyai penjaga gol sehebat Neuer dan penyerang setajam Klose mahupun Gomez. Portugal banyak bergantung pada gerakan Ronaldo untuk mencari gol. Namun benteng yang dikawal Pepe, Bruno Alves, Coentrao dan Joao Pereira kelihatan amat boleh diharap ketika Muller, Ozil dan Khedira sedang rakus mencari gol. Ini perlawanan yang melibatkan maruah rakyat Jerman dan Portugal. Kedua-dua negara ini pasti ingin menunjukkan mereka adalah kuasa besar bolasepak Eropah. Mereka akan bertarung sehingga ketitisan peluh masin yang terakhir. Namun keputusan akhir akan berpihak kepada Jerman 3 - Portugal 1.
Keputusan Sebenar: Jerman 1 - Portugal 0.
Keputusan Sebenar: Jerman 1 - Portugal 0.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...