Friday, June 15, 2012

Euro 2012 Preview Match 15 and 16.

MATCH 15 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                               Sweden
v
16/6 2:45*
England



Selepas mempamerkan aksi bertahan yang baik ketika seri dengan France, England akan berdepan Sweden dalam perlawanan mesti menang untuk mereka. Hanya 3 mata sahaja yang mampu meneruskan survival England dalam kejohanan kali ini. Namun Roy Hodgson wajib mempertajamkan barisan serangan mereka yang terdiri daripada Welbeck dan Young. Pilihan lain perlu dilihat seperti memasukkan Defoe ataupun si tinggi lampai lembab Caroll. Pengalaman Defoe membezakan keupayaannya dengan Welbeck yang kelihatan seringkali hilang kawalan bola. Di bahagian tengah pula Milner perlu lebih fokus sekiranya tidak mahu hilang tempat kepada Walcott. Kesilapan Milner pada perlawanan pertama hampir sahaja memusnahkan impian awal England. Nampakya Gerrard dan konco-konconya mempunyai tugas berat pagi ini.





Sweden selapas dikejutkan dengan aksi mantap tuan rumah Ukraine turut mempunyai misi mesti menang pada perlawanan ini. Boleh dikatakan hanya Ibrahimovic sahaja yang benar-benar bersedia untuk pentas besar antarabangsa. Seb Larson memberikan aksi suam-suam kuku pada perlawanan pertama. Beliau mungkin akan digantikan dengan Wilhelmsson yang lebih efektif beraksi dibahagian sayap. Kim Kallstrom pula selain dari hantaran gol kepada Ibrahimovic, corak permainannya hanya biasa-biasa sahaja dan kurang inspirasi. Selain itu, apa yang perlu dilakukan oleh Sweden ialah dengan membawa masuk Elmander untuk digandingkan dengan Ibrahimovic. Ini kerana gandingan mereka sudah pasti mendatangkan masalah kepada England. Maka sudah terang lagikan bersuluh, pemenang bagi perlawanan ini ialah England walaupun skuad mereka agak tempang pada edisi kali ini. Sweden 1 - England 2.


FINAL RESULT: SWEDEN 2 - ENGLAND 3.





MATCH 16 - DONBASS ARENA, UKRAINE
Ukraine 
v
16/6 0:00*
France

Tuan rumah Ukraine benar-benar menakjubkan dalam perlawanan pertama. Ibarat pasukan terbaik dunia apabila mengejutkan Sweden yang kita tahu merupakan pasukan yang seringkali beraksi dalam Piala Dunia. Ternyata Sheva masih berbisa. Memberikan aksi kapten berinspirasi di atas padang apabila menjaringkan 2 gol untuk Ukraine. Namun begitu, berita terkini mengatakan beliau terpaksa direhatkan ekoran masalah kecergasan selepas dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya walaupun tiada kecederaan yang beliau alami. Di bahagian tengah pula, Tymoshchuk melakukan tugasnya dengan sempurna. Tetapi harus diingat mereka akan bertemu France yang merupakan antara pasukan yang lengkap di seluruh posisi. Ukraine memerlukan sedikit tuah dan keajaiban sekiranya ingin melakukan kejutan sekali lagi. 





Les Blues menepati jangkaan ramai apabila mempersembahkan permainan menarik walaupun tidak memenangi perlawanan pertama. Laurent Blanc benar-benar berjaya mengubah pasukan yang bermasalah pada Piala Dunia 2010 ini dengan menjadikan France sebagai sebuah pasukan berwajah baru yang mempunyai lebih ramai pemain bersemangat tinggi tanpa ada ego yang besar. Lloris akan memulakan perlawanan sebagai ketua pasukan. Rami dan Mexes akan menjadi perisai tengah megawal kubu France sambil diapit Evra di sebelah kiri, dan Debuchy di sebelah kanan. Cabaye akan menjadi enjin dibahagian tengah bersama Diarra dan Malouda. Manakala dua orang pemain paling merbahaya Nasri dan Ribery akan mencipta gerakan gol untuk disudahkan oleh Benzema. Jelas perlawanan berat sebelah antara kedua mereka akan berkahir dengan Ukraine 0 - France 2.

FINAL RESULT: UKRAINE 0 - FRANCE 2.




No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...