Tuesday, June 19, 2012

Euro 2012 Preview Match 23 and 24

MATCH 23 - DONBASS ARENA, UKRAINE
                               England
v
20/6 2:45*
Ukraine


Entah apa tuah yang menimpa pasukan England pun kita tidak tahu. Adakah Pakcik Roy mempunyai mandrem yang maha kuat? Entahlaaaa..tetapi setakat ini tuah sentiasa berpihak kepada mereka. Setiap strategi yang dirancang menjadi. Sesiapa sahaja yang diturunkan Roy mampu memberikan kejayaan kepada mereka. Pertarungan terakhir kumpulan D bertemu Ukraine merupakan kayu pengukur skuad pilihan Roy untuk kali ini. Berita baik adalah kembalinya Wayne Rooney ke dalam kesebelasan England selepas tempoh penggantungannya tamat. Namun ketika Carroll dan Welbeck sedang berada pada prestasi terbaiknya, sudah pasti berita penambahan Rooney ini dianggap satu lagi rahmat. 

Peluang terakhir Ukraine membuktikan sesuatu


Ternyata Ukraine mempunyai skuad yang bersemangat tinggi ditambah pula kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Sudah pasti peluang seperti ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka. Mereka masih lagi bergantung kepada kuderat Sheva untuk menjaringkan gol walaupun beliau tidak berada pada tahap kecergasan yang baik. Jurulatih Ukraine, Oleh Blokhin ijangka tidak akan mengubah kesebelasan utama mereka. Ukraine akan bermain mati-matian dengan menerapkan taktik serangan sehingga pertahanan mereka akan terdedah pada peluang England untuk menjaringkan gol. Jelas England akan memenangi pertarungan ini kerana bermain untuk seri akan membawa bahaya kepada mereka.Namun sekiranya Ukraine berjaya menjaringkan gol dahulu, maka peluang lebih terbuka untuk mereka. Ramalan...England 2 - Ukraine 1. 

    

Ukraine 0 - France 2

FINAL RESULT: ENGLAND 1 - UKRAINE 0.

MATCH 24 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                                Sweden
v
20/6 2:45*
France

Cuba lagi Sweden

Sweden sepatutnya sudah layak ke suku akhir dengan begitu selesa. Manakan tidak, mereka mendahului lawan dalam kedua-dua perlawanan awal kumpulan D. Mempunyai kelebihan satu gol ketika bertemu Ukraine, namum telah dikejutkan oleh pasukan tuan rumah itu untuk tewas 2-1. Kemudian mereka sekali lagi mendahului pula England 2-1, tetapi akhirnya tewas 3-2. Dengan hanya beharap kepada Ibrahimovic untuk menjaringkan gol, beban itu terlalu berat untuk dipikul oleh beliau secara individu. Berdasarkan rekod, Sweden hanya pernah menang 4 dari 17 perlawanan dan 5 seri menentang Perancis. Menurunkan kesebelasan barisan yang hampir sama sebelum ini, Sweden juga amat tajam dalam gerakan 'set-pieces' dan ia perlu diambil perhatian oleh Perancis. 


Sweden 2 - England 3

Sangat menarik untuk membandingkan skuad Perancis kali ini dengan skuad 2000 kerana keduanya seakan-akan mempunyai persamaan. Namun kali ini Lauren Blanc berjaya membentuk satu skuad yang mantap sehingga mampu mencipta rekod 23 perlawanan tanpa kalah. Dalam pertemuan ini mereka hanya memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir. Walaupun penyerang utama mereka Benzema masih lagi belum menjaringkan gol, namum pemain-pemain lain seperti Cabaye, Nasri, Jeremy Menez dan Ribery mampu berbuat demikian. Boleh dikatakan Perancis tidak memiliki sebarang masalah untuk menang perlawanan ini kerana mereka akan turun beraksi tanpa tekanan. Perancis 3 - Sweden 1.


FINAL RESULT: SWEDEN 2 - PERANCIS 0.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...