Croatia berjaya memberikan aksi penuh inspirasi pada kempen Euro kali ini apabila memperolehi satu kemenangan menentang Ireland dan seri ketika bertemu Italy. Namun kali ini mereka akan diuji oleh pasukan Sepanyol yang bukan mudah-mudah alang. Tetapi sekiranya Croatia mampu mengulangi aksi mantap sebelum ini, maka Sepanyol akan mendapat halangan besar untuk layak ke suku akhir. Penyerang tinggi lampai Wolfsburg, Mario Mandzukic merupakan pemain yang perlu diberi perhatian. Dengan bahagian tengah dikemudi oleh Modric, ia sudah pasti dapat menyaingi corak permainan 'tiki-taka' pasukan Sepanyol. Memulakan perlawanan ini sebagai 'underdogs' akan membolehkan Croatia memberikan aksi tanpa tekanan seperti mana yang telah direncanakan oleh jurilatih mereka Slaven Bilic.
Menjadi pasukan pilihan bukan suatu beban yang mudah untuk dipikul Sepanyol. Mungkin ramai yang mengatakan seri sudah cukup buat Sepanyol, namun itu bukan sifat sebenar mereka yang sentiasa mendambakan kesempurnaan dalam bolasepak. Ketika ini Torres sudah pasti menjadi pilihan utama sebagai penyerang utama selepas mengembalikan aksi cemerlangnya yang dirindui oleh semua peminat Sepanyol. Kemungkinan besar Torress akan dibantu oleh Santi Carzola dan Juan Mata kerana Del Bosque bercadang ingin merehatkan Iniesta dan Silva. Dengan menyedari hanya kemenangan yang akan menjamin kedua pasukan ini layak ke suku akhir, sudah pasti perlawanan ini akan dipenuhi dengan aksi serang-menyerang yang penuh dramatik. Bakat dari Sepanyol akan mengatasi semangat dari Croatia. Sepanyol 2 - 1 Croatia.
Sejauh mana Croatia mampu pergi? |

Spain 4 - Ireland 0
Gergasi Eropah, Itali akan bertemu Ireland dalam perlawanan diatas kertas yang lebih memihak kepada pasukan Azzuri itu. Juara Dunia 4 kali ini berada pada tangga ketiga kumpulan C dan hanya kemenangan 3 mata sahaja menjamin tempat ke suku akhir sambil berharap perlawanan antara Croatia dan Sepanyol memihak kepada mereka. Andrea Pirlo masih lagi kunci kepada kejayaan Itali setakat ini. Namun sedikit menghampakan adalah barisan serangan mereka yang terdiri daripada Cassano dan Balotelli. Mereka sering gagal menterjemahkan peluang yang dicipta kepada jaringan gol. Sudah semestinya Prandelli perlu melakukan perubahan di barisan hadapan sekiranya mahukan kejayaan berpihak kepada Itali.
Sampai jumpa lagi Ireland |
Seperti yang diketahui Ireland sudah pun tersingkir dari kejohanan. Namun penyokong mereka menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika kebanyakan penyokong negara lain sibuk membaling mercun dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman, 'The Irish Fans' pula berdiri menyanyi sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan kebangsaan mereka. Bagi ketua pasukan Robbie Keane pula, dia akan beraksi pada pentas besar terakhir sebagai dalam kariernya sebagai pemain kebangsaan dan sudah tentu dia tidak mahu tewas dalam pertemuan ini. Tetapi berdasarkan persembahan semasa, Itali dijangka akan mudah menewaskan Ireland. Itali 2 - Rep Ireland 0.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...