Saturday, June 9, 2012

Euro 2012 Preview Match 5 - 8


MATCH 5 - PGE ARENA,
                             Spain
v
11/6 0:00*
Italy



Ini PERLAWANAN AGUNG. Tapi bukan Agong Johor ye...Pertembungan dua buah negara yang mempunyai liga terbaik di dunia. Bezanya ialah, Serie A ada rasuah, dan La Liga tiada rasuah yang 'terkantoi'. Jika mahu melihat bagaimana cara seni bolasepak dimainkan, bersiap sedialah bersengkang mata untuk perlawanan ini. Spain dengan corak 'offensive total' manakala Itali terkenal dengan corak 'pertahanan kebal abadi' mereka. Dijangkakan Spain akan mengerah segenap kuderat daripada Xavi, Iniesta, Pique dan Xabi Alonso dalam usaha mereka menewaskan Itali. Mengikut ramalan, seseorang akan dilayangkan kad merah dalam pertemuan ini. Setelah anak buah Prandelli yang di ketuai Buffon, Chiellini dan De Rossi menahan asakan Spain. Keputusan akhir akan berpihak kepada pasukan Spain 3 - Italy 2.

Keputusan Sebenar: Spain 1 - Italy 1


MATCH 6 - STADION MIEJSKI (POZNAN),
                          Ireland
v
11/6 2:45*
Croatia



Sila jangan abaikan 2 pasukan ini. Mereka adalah pasukan pengacau dalam kumpulan C. Bagaikan seorang bos yang sering mengganggu pekerjanya. Sungguh menjengkilkan. Pertemuan terakhir mereka pada 10 Ogos 2011 berakhir dengan keputusan seri 0-0. Kedua pasukan akan bermain secara 'open football' kerana masing-masing memiliki barisan hadapan yang berbisa. 'The Irish' akan diketuai oleh Robbie Keane dan Kevin Doyle. Manakala Luka Modric sudah pasti akan menjadi kunci serangan Croatia sekiranya beliau cergas untuk beraksi. Namun begitu, pengalaman Croatia beraksi pada kejohanan besar akan sedikit memberi kelebihan kepada mereka untuk mengatasi Ireland. Diakhir wisel penamat, perlawanan ini akan berkesudahan Ireland 1 - Croatia 2.

Keputusan Sebenar:  Ireland 1 - Croatia 3

MATCH 7 - DONBASS ARENA, UKRAINE
                           France
v
12/6 0:00*
England



Mereka pernah bertemu pada perlawanan pembukaan kumpulan B Euro 2004. Akibat inspirasi dari Zidane, France berjaya menewaskan England serta 'Bekhamania' nya 2-1. Kini mereka dipertemukan sekali lagi namun dalam situasi yang sangat berbeza dari 8 tahun yang lalu. France kini lebih kepada organisasi sebuah pasukan yang tidak bergantung pada kemampuan individu tertentu. Manakala England pula sedang melalui satu keadaan kritikal samada dari segi kejurulatihan mahupun pemain. Pertarungan ini akan menyaksikan trio Ben Arfa, Samir Nasri dan Frank Ribery menzahirkan gerakan untuk Karim Benzema memusnahkan gawang 'Three Lions' yang dikawal lelaki tegap Joe Hart. Sedangkan England pula kelihatan terkial-kial tanpa Rooney dan akhirnya mereka tewas terkulai layu. France 2 - England 1.

Keputusan SebenarFrance 1 - England 1

MATCH 8 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                           Ukraine
v
12/6 2:45*
Sweden




Satu lagi pasukan tuan rumah akan turun beraksi iaitu Ukraine. Sweden lawannya pula bukan pasukan mudah-mudah alang. Di atas kertas Ukraine tidak akan berjaya mencuri mata dari Sweden meskipun mereka beraksi sebagai tuan rumah. Sweden dengan barisan pemain mantap seperti penjaga gol Andreas Isaksson dan pertahanan tua kental Olof Mellberg. Manakala Sebastian Larsson dan Kim Kallstrom pula akan menyediakan peluang gol untuk dua orang penyerang hebat Ibrahimovic dan Elmander. Ukraine pula hanya berharap kepada Shevchenko yang semakin tua serta Voronin yang tak berapa nak 'power' itu. Kelebihan kualiti pemain yang dimiliki Sweden akan menghadiahkan kejayaan kepada mereka dengan keputusan perlawanan adalah Ukraine 0 - Sweden 0.

Keputusan Sebenar: Ukraine 2 - Sweden 1

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...