Czech berjaya menghidupkan sisa-sisa peluang layak ke suku akhir selepas menewaskan Greece dalam aksi yang penuh mendebarkan. Kali ini akan berdepan tuan rumah Poland yang menunjukkan prestasi di bawah jangkaan. Czech merupakan pasukan pilihan untuk menewaskan Poland berdasarkan kemampuan mereka menjinakkan Greece sedangkan Poland hanya mampu seri bertemu pasukan tersebut. Ada suatu perkara yang membimbangkan adalah aksi Petr Cech yang seperti sudah kehilangan fokus. Namun diperingkat ini, sudah semestinya Rosicky 'and co' akan mengeluarkan segala pengalaman yang ada untuk mengatasi tuan rumah Poland.
FINAL RESULT: CZECH 1 - POLAND 0.
Sangat jelas Greece masih dihantui generasi emas 2004. Walaupun memiliki semangat juang yang tinggi, namun ia tidak cukup untuk membantu mereka layak ke suku akhir. Penjaga gol Chalkias telah tercedera ketika perlawanan bertemu Czech dan digantikan dengan Sifakis. Selain daripada itu, Greece akan menurunkan barisan pemain yang sama seperti perlawanan kedua tempohari. Mereka akan bermain mati-matian untuk menghidupkan saki baki peluang untuk layak ke suku akhir. Namun kelemahan barisan pertahanan Greece sudah mesti akan dirobek oleh Russia yang terkenal dengan taktik serang balas yang sangat pantas.
Russia akan mengetuai kumpulan A ke suku akhir |
Semifinalis Euro 2008 ini mampu pergi lebih jauh lagi dalam edisi kali ini berdasarkan corak permainan yang mereka pamerkan. Russia tidak akan melakukan banyak perubahan unutk pertemuan ini. Malafeev akan ditugaskan mengawal gawang. Ignashevich dan Berezutskiy akan bermain di pertahanan tengah sambil diapit oleh Zhirkov dan Anyukov. Shirokov dan Arshavin pula akan beraksi di bahagian sayap. Manakala Denisov dan Zyrynov akan mengawal bahagian tengah Russia. Tanggungjawab menjaringkan gol akan diletakkan di bahu penyerang mantap Dzagoev sambil ditemani oleh Kerzhakov. Perlawanan ini akan dilansungkan serentak dengan perlawanan Czech bertemu Poland. Russia dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengatasi Greece. Mereka akan meduduki tempat pertama kumpulan A setelah menewaskan Greece. Greece 1 - Russia 3.
FINAL RESULT: GREECE 1 - RUSSIA 0.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...