Tuesday, June 26, 2012

Euro 2012 Preview Match 29 Semifinal:Portugal vs Spain

MATCH 29 - DONBASS ARENA, UKRAINE
                              Portugal
v
28/6 2:45*
Spain


Donbass Arena akan menjadi saksi kepada kehebatan dua pasukan bertarung dalam separuh akhir yang pertama menemukan antara penyandang juara Sepanyol dan Portugal. Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu pada kejohanan besar adalah ketika Piala dunia 2010. Sebagai rekod, Portugal telah memenangi pelawanan bertemu Czech 1-0, manakala Sepanyol berjaya menghantar pulang pasukan Perancis dengan kemenangan 2-0. Kedua pasukan sememangnya berhak untuk berada pada tahap ini berdasarkan semangat juang dan komitmen yang mereka tunjukkan sepanjang kejohanan ini berlansung.



Piala Dunia 2010: Sepanyol 1 - Portugal 0


Skuad La Roja telah berjaya menewaskan Perancis iaitu pasukan yang mereka gagal tewaskan dalam kejohanan besar sebelum ini. Apabila dijadualkan bertemu Portugal di separuh akhir, Sepanyol dijangka akan menurunka 6 pemain tengah dengan Fabregas akan menjadi 'Penyerang Songsang' buat La Roja. Walaupun dengan ketiadaan David Villa pada kali ini, namun pemain Sepanyol yang sedia ada mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh penyerang Barcelona tersebut. Ia terbukti apabila Xabi Alonso berjaya mencipta nama sebagai penjaring 2 gol ketika mereka menewaskan Perancis.



Suku akhir: Sepanyol 2 - Perancis 0

Di bahagian pertahanan pasukan Sepanyol pula, Sergio Ramos yang mengisi kekosongan Puyol berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Gandingan beliau bersama Pique membuatkan pihak lawan bersusah-payah untuk menembusi Iker Casillas. Maka tidak hairanlah 'The Back 5' ini berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan berturut-turut. Sementara itu, Jordi Alba kelihatan semakin selesa dan seringkali mengancam pasukan lawan dengan larian-larian derasnya dari sebelah kiri padang. Jelas sekali gandingan mantap di bahagian pertahanan ini menjadi antara punca kepada kejayaan Sepanyol mara sejauh ini.


Portugal pula seperti yang kita tahu telah mempamerkan aksi yang sungguh impresif dengan berjaya melepasi 'Kumpulan Maut' untuk menduduki tempat kedua dan seterusnya mara ke suku akhir. Pada suku akhir mereka berjaya menewaskan Rep Czech dengan gol tunggal dari Ronaldo. Setakat ini Portugal benar-benar bergantung kepada sentuhan Ronaldo untuk mencari gol. Persembahan Nani pula sedikit mengecewakan apabila seringkali melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Ini antara yang perlu diberi perhatian menjelang pertemuan dengan Sepanyol.


Suku akhir: Portugal 1 - Czech 0


Akan tetapi, prestasi anak buah Paolo Bento secara keseluruhan begitu meningkat dari satu perlawanan kepada satu perlawanan. Barisan pertahanan yang diketuai Pepe begitu mantap dan ini akan memberi kelebihan ketika bertemu Sepanyol kerana beliau beraksi untuk Real Madrid serta cukup kenal dengan corak permainan kebanyakan pemain dalam skuad Sepanyol tersebut. Sementara itu, seorang lagi pemain Real Madrid, Coentrao pula menunjukkan skil yang baik ketika menyerang dan bertahan. Namun beliau perlu berhati-hati apabila berhadapan dengan Silva yang sudah pasti akan mengambil kesempatan dari kegilaan turun naik Coentrao ini.

Kedua musuh tradisi ini pasti akan bertarung habis-habisan bagi membuktikan mereka adalah penahluk semenanjung Iberian yang sebenarnya. Sudah pasti Sepanyol akan menominasi perlwanan dengan Portugal akan sekali-sekala melakukan serangan balas melalui dua orang pemain sayap mereka. Walaubagaimanapun, amat sukar melihat Sepanyol tewas pada pertarungan ini kerana mereka memiliki kelebihan kualiti dari segi pemain berbanding Portugal. Sepanyol 2 - Portugal 1.



PORTUGAL

Rui Patricio
Pereira, Pepe, Alves, Coentrao
Moutinho, Veloso, Meireles
Nani, Almeida, Ronaldo

SPAIN

Casillas
Arbeloa, Ramos, Pique, Alba
Busquets, Alonso
Silva, Xavi, Iniesta
Torres




Barisan kemungkinan Portugal vs Sepanyol

FINAL RESULT: SPAIN 4 - PORTUGAL 2 (Penalty after 0-0)

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...