Monday, June 11, 2012

Euro 2012 Preview Match 9 - 10





MATCH 9 - STADION MIEJSKI (WROCLAW),
                             Greece
v
13/6 0:00*
Czech Republic


Ia adalah perlawanan hidup mati untuk Czech. Ibarat peperangan terakhir menentang empayar Greek. Mahu atau tidak mereka mesti mencatatkan kemenangan ke atas Greece. Dalam perlawanan pertama Czech menunjukkan mereka tidak mampu mengawal permainan dengan baik. Walaupun memiliki Petr Cech di barisan terakhir, namun beliau tidak mampu menjadi 'Superhero Dark Veder' ke atas kesilapan pertahanan Czech yang begitu mudah dilepasi oleh Russia tempohari. Ternyata pertahanan Czech tidak bekerja sebagai sebuah unit dan mereka mesti mengubah situasi ini menjelang pertemuan dengan Greece. Di bahagian serangan pula mereka terlalu bergantung kepada Rosicky untuk merencanakan gerakan bagi menyalurkan peluang kepada penyerang mereka Milan Baros. Jelas keupayaan terhad Czech ini merupakan penghalang besar untuk mereka mara lebih jauh dalam kejohanan kali ini.

Sementara itu Greece pula telah melepaskan peluang keemasan untuk menewaskan Poland. Mereka tidak berjaya menterjemahkan gerakan yang dicipta kepada jaringan gol. Namun mujur insan bernama Salpingidis berjaya memberikan suntikan padu di bahagian serangan mereka. Seperti yang diketahui, Greece lebih gemar menyerap tekanan serangan dari pihak lawan. Mereka perlu mengatur strategi yang baru apabila bertemu Czech nanti dengan cuba mengambil peluang melepasi barisan pertahanan Czech yang seringkali terdedah kepada serangan pihak lawan. Pertemuan ini akan berlansung dalam keadaan 'suam-suam kuku' dek kerana kekurangan pemain yang berbakat dalam kedua-dua pasukan ini. Tengah malam kita akan menjadi bosan dengan keputusan akhir perlawanan adalah Greece 0 - Rep Czech 0. 

Final Result: Greece 1 - Rep Czech 2


MATCH 10 - NATIONAL STADIUM,
                             Poland
v
13/6 2:45*
Russia


Poland dalam perlawanan pertama hanyalah bernasib baik untuk seri dengan Greece. Pada suatu ketika mereka kelihatan boleh mengatasi Greece yang beraksi dengan hanya 10 orang pemain selepas Papastathopoulos dilayangkan kad merah. Namun keadaan berubah apabila Szczesny pula dikenakan kad merah. Kalau ada anugerah 'pemain paling bangang', memang beliaulah orang yang paling sesuai diberi penghormatan. Mujur selepas itu Karagounis gagal menjaringkan penalti untuk Greece. Di sinilah dia kelemahan pasukan muda Poland yang dapat dikesan. Gagal mengawal permainan secara 'total' sepanjang tempoh 90 minit. Perkara ini perlu diberi perhatian apabila bertemu Russia.

Russia telah sekali lagi menghiburkan setiap peminat bola sepak sepertimana mereka lakukan 4 tahun yang lepas. Menjadikan Czech mangsa pertama dan seterusnya bersiap sedia 'mengkafankan' tuan rumah Poland. Masih menjadikan Arshavin sebagai nadi pasukan, Russia kelihatan lebih matang berbanding ketika mereka gagal layak ke Piala Dunia 2010. Menjadikan serangan balas sebagai senjata utama sudah pasti akan berjaya memerangkap Poland. Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2007. Perlawanan persahabatan ketika itu berakhir dengan keputusan 2-2.

Ternyata Russia lebih kreatif berbanding Poland. Gerakan 'set pieces' mereka juga lebih berbahaya. Dengan kelebihan yang dimiliki oleh Russia ini, mereka akan menoktahkan kemenangan mutlak keatas tuan rumah Poland. Poland 0 - Russia 3.

Final Result:  Poland  1 - Russia 1

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...