Dua Gergasi Eropah, Jerman dan Itali akan bertarung sesama mereka dalam separuh akhir kedua yang akan berlansung di Stadium Nasional Poland. Keduanya ingin merebut satu slot ke pentas akhir yang akan dijadualkan pada 2 July 2012. Finalis 2008 Jerman setakat ini berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan yang mana kali terakhir mereka menangi pada 1996. Jerman mempunyai kelebihan di barisan serangan berbanding dengan Itali yang kelihatan terlalu tumpul dan sukar untuk mencari gol. Itali hanya berjaya menjaringkan gol melalui gerakan bola mati dan 'set-pieces' yang seolah-olah menjadi senjata utama mereka. Pun begitu, keupayaan Itali ini tidak wajar dipandang mudah oleh Jerman.
Suku akhir: Jerman 4 - Greece 2
Skuad Jerman sedang berada pada prestasi terbaik mereka dan ia kelihatan sebagai sebuah pasukan yang sukar ditewaskan. Ketika menang 4-2 bertemu Greece, mereka telah merehatkan 3 pemain utama. Namun masih mampu mendominasi perlawanan serta menang dengan pernuh bergaya. Jerman adalah satu-satunya pasukan pada masa ini yang menang kesemua 4 perlawanan mereka dengan merekodkan 9 jaringan gol. Jelas sekali kehadiran Ozil dan Gomez membezakan antara Jerman dengan pasukan yang lain. Ozil mempamerkan segala yang terbaik darinya sambil setiap serangan ditukar kepada jaringan gol oleh Mario Gomez. Barisan pertahanan mereka juga kelihatan mantap dengan gandingan Hummels dan Badstuber semakin menunjukkan keserasian.
Bastian Schweinteiger mengalami kecederaan ketika bertemu Greece. |
Jurulatih Jerman, Joachim Low dijangka akan menurunkan kembali Mario Gomez, Thomas Muller dan Podolski yang direhatkan pada suku akhir tempohari. Namun begitu, apa yang membimbangkan ialah tahap kecergasan Bastian Schweinteiger masih lagi diragui menjelang pertemuan dengan Itali ini. Sekiranya beliau tidak sempat pulih sepenuhnya dari kecederaan, maka rakan sekelab dari Bayern Munich, Toni Kroos akan masuk menggantikan tempatnya.
Skuad Itali pula masih lagi belum tewas dalam kejohanan ini dan aksi mereka mengejutkan banyak pihak. Pertahanan Itali juga jelas sangat kebal dengan hanya merekodkan 2 gol sahaja yang mereka bolosi. Namun bahagian serangan mereka sedikit tumpul walaupun Di Natale, Cassano dan Balotelli berjaya menjaringkan gol setiap seorang. Sebagai contoh ketika bertemu England, walaupun mereka mendominasi perlawanan dengan 35 cubaan kearah gol, tetapi masih tidak mampu menjaringkan gol dalam masa 120 minit.
Skuad yang menewaskan England |
Pemain veteran Andrea Pirlo jelas merupakan nadi utama bagi pasukan Itali pada kejohanan ini. Jika beliau berjaya mengekalkan momentum aksinya, sudah pasti Jerman tidak akan mustahil untuk ditewaskan. Pertembungan Pirlo dan Ozil akan menjadi satu epik kepada perbezaan dua era dalam bolasepak. Era lapok bertemu era moden. Milik siapakah ia masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana Itali juga mempunyai rekod yang baik ketika bertemu Jerman dalam kejohanan besar.
Jerman akan menyerang habis-habisan sampai mati. Manakala Itali pula akan bertahan pun habis-habisan sampai mati. Sedikit kelebihan akan berpihak kepada Jerman walaupun Itali setakat ini tidak banyak melepaskan gol kepada pihak lawannya. Manakala Jerman pula ada melepaskan beberapa gol mudah sebelum ini dan ia kelihatan akan berulang kembali apabila mereka bertemu Itali. Pada separuh akhir kedua nanti skuad muda Jerman akan menghidangkan aksi penuh kejutan ke atas skuad matang Itali. Jerman akan menang dengan keputusan, Jerman 2 - Itali 1.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...