Denmark telah menyerap roh 1992 dengan cemerlang. Dengan selamba Belanda ditewaskan seperti meratah ayam belanda tanpa disembelih terlebih dahulu. Tiada siapa sangka Denmark mampu menewaskan pasukan pilihan Belanda yang penuhi pemain bintang berkelipan. Kini Denmark berhak berasa yakin untuk melayakan diri ke suku akhir. Mereka sedar hanya kemenangan akan merealisasikan impian ini..pui!Bagimana kita lihat Denmark bejaya mengekang serangan dari Robben dan Affelay, begitulah juga yang akan mereka lakukan kepada dua serangkai Portugal, Ronaldo dan Nani. Jelas Denmark akan menggunakan formasi yang sama dengan Bendtner sebagai penyerang tunggal, perancang tegah Eriksen, pemain terbaik perlawanan yang lepas Krohn Dehli serta si tua Rommedahl. Manakala Zimling dan Jogerson akan menjadi pemain tengah bertahan. Agger dan Kjaer yang mantap pula akan melindungi penjaga gol Denmark yang sedang menyerlah iaitu Andersen.
Bagi Portugal pula,tewas kepada pasukan no.3 dunia, Jerman adalah merupakan permulaan malapetaka maha besar kepada mereka. Tandukan kemas dari Gomez memusnahkan segala-galanya. Memetik kata-kata dari seorang rakan.."Portugal memang benar-benar merindui Rui Costa". Ya! Inilah dia kekurangan Portugal. Veloso, Moutinho dan Meireless tidak mampu menyalurkan bantuan gol yang benar-benar diperlukan Portugal. Pergerakan Ronaldo juga tebatas kerana terpaku dengan kecermelangan Neuer. Mungkin kali ini Portugal hanya akan berdepan Andersen dan sedikit sinar sudah kelihatan di situ buat mereka. Usaha yang lebih diperlukan dari Nani dan Postiga bagi menghasilkan gol buat Portugal. Tiada yang lain dari kemenangan diperlukan oleh mereka. Perlawanan sengit lagi hangit ini akan menyebabkan mereka seri 2-2.
FINAL RESULT: DENMARK 2 - PORTUGAL 3
Apabila dua pasukan pilihan bertemu sesama sendiri, maka sesuatu yang dahsyat akan berlaku. Belanda akan berjuang demi meraih kejayaan menghidupkan sisa-sisa untuk layak ke suku akhir. Pasukan ini dipenuhi oleh ramai pemain berbakat. Namun ini mungkin satu tekanan buat mereka untuk merterjemahkan keputusan terpuji di atas padang. Dengan bersandarkan 29 cubaan ke arah gol dan 6 daripadanya menuju tepat ke arah gol - statistik yang menceritakan bagaimana perlawanan bertemu Denmark telah berlansung dengan Belanda memiliki hampir 65.4% penguasaan bola. Nampaknya Van Persie terpaksa melupakan hasrat untuk membantu Belanda layak ke suku akhir apabila kelihatan sudah pasti Huntelaar akan memulakan perlawanan ini di samping Sneijder. Manakala Affelay akan digantikan dengan pemain yang lebih berpengalaman Dirk Kuyt.
Seperti biasa Jerman adalah pasukan hebat yang bukan hanya bersandarkan pada sejarah dan kejayaan silam. Mereka berjaya merobohkan kedegilan Portugal. Ini kerana Jerman memang hebat. Noktah. Tetapi percayalah mesti ada kelemahan dalam pasukan ini. Mereka lebih gemar menyerap serangan pasukan lawan dan kemudiannya melakukan serangan balas. Ini yang perlu diberi perhatian kerana Belanda adalah pasukan yang akan bermain cemerlang apabila keadaan semakin terdesak. Sesiapa masih ingat bagaimana Belanda menewaskan Brazil pada Piala Dunia 2010 yang lalu? Anda juga tentu ingat bagaimana Lampard hampir-hampir menyuntik kejayaan untuk England menewaskan Jerman juga pada Piala Dunia yang lalu? Maka saya yakin dengan elemen-elemen syahdu ini bahawa Belanda pasti akan bermain mati-matian untuk menewaskan Jerman. Ini juga perlawanan agung yang akan berkesudahan dengan Belanda 3- Jerman 2.
FINAL RESULT: BELANDA 1 - JERMAN 2.
FINAL RESULT: BELANDA 1 - JERMAN 2.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...