Thursday, June 21, 2012

Euro 2012 Preview Match 25 Quarterfinal:Czech Rep vs Portugal

MATCH 25 - NATIONAL STADIUM, POLAND
               Czech Republic
v
22/6 2:45*
Portugal



Pertemuan ini merupakan ulangan suku akhir Euro 1996 yang mana ketika itu Czech telah melakukan kejutan untuk mara sehingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada Jerman. Umpama merealisasikan pepatah dahulu kala "Kalau dah jodoh tidak ke mana", kini mereka dijadualkan bertemu sekali lagi. Pada edisi kali ini, kedua pasukan mempunyai persamaan apabila tewas di perlawanan pembukaan. Namun atas semangat juang tinggi Czech dan Protugal masing-masing memenangi perlawanan kedua dan ketiga peringkat kumpulan seterusnya layak secara merit ke suku akhir.



Pemain-pemain Czech meraikan kejayaan menewaskan Poland sekaligus layak ke suku akhir.

Persiapan Czech untuk berhadapan Portugal sedikit terganggu apabila kapten mereka Rosicky masih dibelenggu kecederaan tendon achilles. Pemain kelab Arsenal yang terlepas perlawanan menentang Poland ini juga telah pulang ke Prague untuk merawat kecederaannya. Tempat beliau diganti oleh Daniel Kolar dan nampaknya dia masih perlu menggatikan Rosicky pada pertemuan menentang Portugal nanti.


Pasukan Czech kali ini lebih banyak bergantung pada gerakan yang dimulakan dari sebelah sayap. Selassie dan Limbersky akan sentiasa naik ke atas untuk membantu Jiracek dan Pilar melakukan serangan serta gerakan mencari gol. Baros dan Kolar pula akan menyerang dari bahagian tengah. Manakala Hubschman dan Plasil akan beraksi di bahagian tengah bertahan. Sementara itu, Kadlec dan Sivoc akan menjadi benteng terakhir bersama-sama Petr Cech bagi memastikan pasukan mereka tidak dibolosi gol.

Pemain Terbaik Dunia Mingguan


Antara pemain yang perlu diberi perhatian untuk pasukan Republic Czech ialah Petr Jiracek. Beliau merupakan wira yang menjaringkan 2 gol secara berturut-turut untuk Czech. Pemain kelab Wolfsburg ini mejaringkan gol pertama yang cantik ketika menewaskan Greece 2-1 dan  beliau kemudiannya menjadi penjaring gol tunggal kemenangan bertemu pasukan tuan rumah Poland. Hasil daripada 2 kejayaan perlawanan ini telah membawa Czech mengemudi kumpulan A sebagai juara.


Adakah ini generasi emas 2012?

Skuad bimbingan Paolo Bento ini merupakan pasukan yang amat liat untuk ditembusi. Tetapi kebimbangan mengenai jentera serangan mereka pada dua aksi peringkat kumpulan terjawab apabila Ronaldo meledak 2 gol ketika menentang Belanda. Aksi Nani dan Postiga juga perlu dipertajamkan jika mereka ingin mengatasi Czech. Manakala bahagian pertahanan pula sangat jelas apabila mereka lemah dalam pertarungan bola di udara. 3 gol yang mereka bolos ialah berpunca dari gerakan bola udara pasukan lawan. Pepe dan Bruno Alves perlu bekerja keras untuk mengelak daripada perkara ini berulang lagi.

Gerakan tanpa bayang dari Ronaldo


Portugal mempunyai kelajuan yang cukup untuk memerangkap Czech terutamanya apabila memiliki Ronaldo dalam pasukan mereka. Begitu juga dengan Czech yang lebih menyerlah dalam gerakan dari bahagian sayap mereka. Dijangka mereka akan mempamerkan corak permainan berhati-hati sambil menunggu bahagian sayap membuat gerakan ke arah gol. Pertarungan ini akan berlansung dalam keadaan penuh dramatik dan sedikit kualiti akan berpihak kepada Portugal untuk memenagi perlawanan ini. Czech 1 - Portugal 2.


CZECH REPUBLIC

Cech
G. Selassie, Sivok, Kadlec, Limbersky 
Hubschman, Plasil
Jiracek, Kolar, Pilar
Baros

PORTUGAL

Rui PatricioJoao Pereira, Alves, Pepe, Coentrao
 
Meireles, Veloso, Moutinho
Nani, Postiga, Ronaldo



Barisan kemungkinan Czech dan Portugal


FINAL RESULT: CZECH 0 - PORTUGAL 1.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...