Sunday, June 24, 2012

Euro 2012 Preview Match 28 Quarterfinal:England vs Italy

MATCH 28 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                                England
v
25/6 2:45*
Italy


Bolasepak glamor bertemu bolasepak rasuah. Kedua pasukan sedang berada dalam prestasi terbaik namun masih belum mampu membuktikan mereka boleh menjadi juara dalam Euro kali ini. England telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka menjuarai kumpulan D. Itupun setelah Perancis ditewaskan oleh Sweden. Pada peringkat kumpulan England telah memungut 7 mata hasil daripada 2 kejayaan menewaskan Sweden dan Ukraine serta satu seri menentang Perancis. Tentunya kehadiran semula Rooney sedikit sebanyak membantu usaha England untuk mara lebih jauh lagi dalam kejohanan kali ini. Dengan adanya Rooney maka England sudah mempunyai 3 orang penyerang yang telah menjaringkan gol iaitu termasuk Welbeck dan Caroll. 


Gandingan duo yang berambut 'HEBAT'


Steven Gerard mempamerkan aksi sebenar seorang kapten. Keupayaannya mencipta peluang gol ketika mereka benar-benar memerlukan amat dikagumi. Mengawal bahagian tengah dengan sempurna serta seringkali membuat hantaran silang yang merbahaya merupkan punca kepada kejayaan England setakat ini. Apa yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana hendak memantapkan pertahanan mereka ketika menghadapi sepakan penjuru mahupun percuma. Ini kerana amat jelas ia adalah kelemahan England ketika ini. 


Wayne Rooney menunjukkan kehadirannya pada edisi kali ini dengan menjaringkan gol kemenangan tunggal ketika bertemu Ukraine. Beliau dijangka akan memulakan perlawanan dengan berganding bersama Welbeck. Di samping itu, Young dan Milner yang kurang efektif akan dikekalkan kerana Pakcik Roy mahu memasukkan Walcott dan Chamberlain bagi menyuntik sedikit kelainan sekiranya keadaan mula mendesak England untuk mencari gol. Parker dan Gerrard setakat ini berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Begitu juga dengan Terry dan Lescott yang berjaya memberi perlindungan secukupnya kepada Joe Hart.




Skuad Azzurri layak ke suku akhir dengan berbekalkan satu kemenangan dan dua keputusan seri. Keputusan seperti ini dilihat belum cukup untuk membuktikan mereka adalah antara pencabar utama kejohanan. Balotelli dan Cassano akan berganding semula selepas Di Natale gagal menyerlah ketika diberi peluang beraksi pada pertemuan dengan Ireland. Mereka juga amat bergantung kepada gerakan 'set pieces' untuk mendapatkan gol. Manakala pertahanan mereka beraksi cemerlang di samping aksi tangkas Buffon melindungi gawang Itali.


Gerrard vs Pirlo

Namun apa yang paling dinanti ialah pertembungan antara Pirlo dan Gerrard di bahagian tengah padang. Ia akan menjadi buah mulut setiap peminat bolasepak di seluruh dunia. Kebijaksanaan mereka berdua merencana gerakan buat pasukan masing-masing akan menjadi penentu kepada kejayaan Itali mahupun England. Mereka juga akan memastikan penyerang berbisa Rooney dan Balotelli untuk menghasilkan gol dari gerakan yang mereka cipta. Tetapi saya rasa sedikit nasib dan tuah akan dimiliki England untuk mereka menewaskan Itali. England 2 - Itali 1 (selepas masa tambahan).


ENGLAND

Hart
Johnson, Terry, Lescott, Cole
Milner, Gerrard, Parker, Young
Rooney, Welbeck

ITALY


Buffon
Abate, Barzagli, Bonucci, Balzaretti
De Rossi, Pirlo, Marchisio
Montolivo
Balotelli, Cassano


Barisan kemungkinan ENGLAND vs ITALY


FINAL RESULT : ENGLAND 2 - ITALY 4 (Penalty after 0-0)

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...