Italy menggemparkan!!!Itulah reaksi pemerhati bolasepak dari seluruh pelusuk dunia temasuk mereka yang berasal dari Nicaragua dan Felda Paloh. Rasuah dan skandal Serie A tidak mengganggu fokus mereka. Spain berjaya mereka jinakkan walaupun hanya 'jinak-jinak hanjeng', namun ia adalah pencapaian yang wajar diberi kredit kepada mereka. Itali sangat mantap di posisi penjaga gol, Buffon dan 'back-3' yang terdiri daripada De Rossi, Chiellini dan Bonucci. Sementara itu Pirlo pula masih lagi mempunyai bisa dalam melakukan umpanan bertaraf dunia kepada penyerang mereka. Hanya satu perubahan yang perlu dilakukan iaitu menurunkan Di Natale bagi menggantikan Si Balotelli yang 'bangang abadi'. Beliau berhak dikutuk berdasarkan perangai beliau yang seolah-olah lebih hebat daripada Messi dan Safee Sali. Apa ada dengan Balotelli?
Sementara itu sebuah negara yang bernama Croatia pula akan sentiasa hadir memberi keceriaan kepada pencinta bolasepak sejagat pada setiap kejohanan besar yang mereka sertai. Dengan menjadikan Italy sebagai sasaran seterusnya, kini Croatia sudah tidak takut lagi untuk bertemu pasukan apa sahaja di muka bumi ini temasuk Timur Leste. Ketika ini seluruh pemain utama pasukan Croatia berada pada prestasi yang terbaik. Jelavic dan Mandzukic telah membentuk gandingan mantap di bahagian serangan. Keupayaan Modric sudah tidak boleh dinafikan lagi. Strinic, Corluka, Schildenfeld serta kapten Srna memberikan perlindungan cukup padu kepada penjaga gol mereka Pletikosa. Pertarungan ini akan menjadi perlawanan yang sangat dinantikan. Seperti lumrah dalam bolasepak, semestinya ada yang menang dan kalah. Dengan rendah jiwa saya meramalkan Italy 3- Croatia 1.
FINAL RESULT : Italy 1- Croatia 1
FINAL RESULT : Italy 1- Croatia 1
Seperti biasa Sepanyol bermula perlahan bagaikan siput bahabi berlari-lari anak di tepi pantai. Namun tiada apa yang perlu dirisaukan oleh peminat
Sepanyol kerana pasukan ini pasti akan 'meletop' apabila tiba masa yang diperlukan. Sudah tentu Ireland akan menjadi lauk santapan di raja buat Sepanyol. Menurunkan Fabregas sebagai penyerang adalah pilihan pelik tetapi tepat. Demi mendapatkan rentak permainan ala Barcelona, maka Del Bosque bertindak berani menyenaraikan 5 pemain Barca pada perlawanan menentang Croatia tempohari. Ada kemungkinan juga Torres dipanggil dalam kesebelasan utama dan Alonso terpaksa dikorbankan. Namun yang pasti, sesiapa juga yang diturunkan bermain untuk Sepanyol pagi ini pasti akan mendatangkan masalah kepada Ireland.
Secara jujurnya Ireland berada dalam keadaan malang apabila terpaksa bertemu Sepanyol yang sedang terluka. Sangat jelas Ireland sedang berada dalam keadaan serba kekurangan. Given tidak mendapat perlindungan sepatutnya daripada pertahanan mereka iaitu Dunne dan Ledger. Begitu juga bahagian serangan Ireland yang terkial-kial mencari gol. Ireland wajar menurunkan Cox menggantikan McGeady untuk bermain di belakang Kevin Doyle dan Robbie Keane. Sekiranya mereka tidak cepat mengubah taktik permainan, makanya akan menjadi lauklah Ireland nanti. Trapattoni memerlukan sedikit keajaiban untuk melepasi halangan kumpulan C ini. Tidak syak lagi bahawa Sepanyol akan menang perlawanan ini 3-0.
FINAL RESULT: SEPANYOL 4- IRELAND 0.
FINAL RESULT: SEPANYOL 4- IRELAND 0.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...