Friday, June 22, 2012

Euro 2012 Preview Match 26 Quarterfinal:Germany vs Greece

MATCH 26 - PGE ARENA, POLAND
                           Germany
v
23/6 2:45*
Greece



Salah satu pasukan pilihan kejohanan, Jerman akan berhadapan dengan Greece yang melakukan kejutan ke atas Russia untuk layak ke suku akhir. Namun Greece akan menghadapi perlawanan ini tanpa aksi kapten yang berinspirasi mereka iaitu Karagounis yang menerima penggantungan perlawanan setelah menerima dua kad kuning. Ini menjadikan misi Greece menewaskan Jerman semakin mustahil. Tetapi seperti yang kita semua tahu, Greece terkenal dalam melakukan kejutan ketika mereka benar-benar terdesak untuk menang.


Mario Gomez memang power!!!!

Sementara itu bagi Jerman pula selepas melepasi halangan kumpulan maut dengan 9 mata maksimum sudah cukup dan jelas membuktikan mereka mampu menewaskan Greece. Pada ketika ini, penjaring terbanyak kejohanan Mario Gomez sedang berada pada tahap terbaiknya. Bayangkan beliau mempunyai 4 cubaan tepat ke arah gol dan 3 daripadanya menerjah jaring. Statistik seperti ini sudah cukup untuk mendatangkan gerun kepada barisan pertahanan Greece.



Dengan tenang Jerman menewaskan Denmark 2-1.


Bagi pasukan Greece pula, barisan pertahanan mereka sudah menunjukkan prestasi yang sangat meningkat. Mereka berjaya mengekang Russia yang gemar bermain secara serangan. Sudah tentu Jerman akan melalui satu tempoh yang menyukarkan pada perlawanan ini. Paling menyerlah adalah penjaga gol kedua Greece yang diberi peluang beraksi iaitu Michalis Sifakis yang mana telah berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos selama 160 minit. Tetapi jurulatih Fernando Santos perlu memberi fokus pada barisan serangan mereka kerana setakat ini penyerang utama mereka Samaras masih tidak menjaringkan gol walaupun bermula sebagai kesebelasan utama dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Bolehkah mereka mengulangi mimpi indah 2004?


Kekentalan barisan pemain Greece akan diuji oleh kemantapan pasukan Jerman yang kelihatan lengkap di setiap posisi. Jerman walaupun sejak beberapa dekat ini melahirkan ramai bakat muda, namun mereka masih ketandusan kejuaraan utama selepas kali terakhir memenangi Euro 1996. Mungkin kini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka menghadiahkan kejuaraan buat rakyat Jerman. Setelah Jerman bertarung selama 90 minit menentang Greece, mereka akan berjaya mengatasi pasukan tersebut dengan keputusan Jerman 3 - Greece 0.





GERMANY

Neuer
Boateng, Hummels, Badstuber, Lahm

Khedira, Schweinsteiger
Muller, Ozil, PodolskiGomez
GREECE

Sifakis
To'sidis, Pa'poulos, K Pa'poulos, Tzavelas
 
Katsouranis, Maniatis
Salpingidis, Fotakis, SamarasGekas


Barisan Kemungkinan Jerman - Greece


FINAL RESULT: JERMAN 4 - GREECE 2.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...