Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
1. Franco Baldini
Franco Baldini telah dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak Spurs yang baru. Bercita-cita besar pasukan ayam yang satu ni.
2. Panggilan OKS.
Dari 8 orang yang dipanggil. Hanya 3 sahaja yang dilepaskan pasukan negeri masing. Padan muka.
3. Manuel Pellegrini dan Manchester City.
Tugas rasmi pertama beliau di BPL adalah menentang Newcastle United. Nampak mudah tapi tidak sebenarnya.
4. Misi Hai-O
Misi pertama Presiden Pemain Bola Sepak Malaysia ini ialah untuk membantu pemain-pemain yang mengalami masalah kecederaan jangka panjang. Contohnya Zaquan Adha. Mane dia ni?
5. Joe Kinnear si Kebab.
Kembalinya Joe Kinnear sebgai Pengarah Bols sepak yang baru untuk Newcastle United menyebabkan ramai yang tertanya-tanya dengan had kuasa yang akan dimiliki Alan Pardew selepas ini.
6. Malaysia vs India
Perlawanan persahabatan antara kedua pasukan ini dibatalkan oleh FA India kerana mereka turut terlibat dalam kejohanan bola sepak yang lain. Mungkin tak berminat dengan pasukan Malaysia agaknya.
7. KJ pancut awal.
Nampaknya KJ sudah tidak berminat menghentam FAM. Awal benor mengalah..kemon bro..!!
8. Harimau Muda Hancor.
Tewas 5-1 kepada MFK Ruzomberok menjadikan mereka kini mengumpul 8 kekalahan dari 11 perlawanan. Seronoknya pergi melancong ye..
9. Harimau Muda B
Mujur ada khabar gembira dari Singapura apabila Harimau Muda B berjaya menempah tiket ke perlawanan Akhir Plate.
10. Piala Dunia.
Australia, Korea Selatan dan Iran menjadi negara terkini yang layak ke Piala Dunia 2014
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...