Masa zaman kanak-kanak aku dahulu, ketika bermain bola. Masing-masing sibuk menyebut nama pemain bola kesayangan mereka. Tidak terkecuali aku. Walaupun aku selalu memilih Jurgen Klinsman, namun aku tertarik dengan idola salah seorang sahabat aku iaitu Roberto Baggio. Ya, Roberto Baggio adalah pemain pilihan sahabat aku yang bernama Mat Said itu. Mat Said ni kalau kau tengok betul-betul memang ada iras-iras Roberto Baggio dan bukannya Ervin Boban. Bermata jernih dan memiliki tocang rambut di belakangnya. Agaknya Mat Said ni tak sekolah ke? Abaikan beliau, kita hendak bercerita tentang Roberto Baggio.
Kalau ditanya kepada aku tentang susuk ini, sudah pasti dengan pantas akan terbayang sepakan penaltinya yang tinggi melangit ketika final Piala Dunia 1994. Pemain yang digelar sebagai 'The Divine Ponytail ini sebenarnya mempunyai satu perjalanan karier yang gilang gemilang. Mewakili 7 kelab di Itali seperti Vicenza, Fiorentina, Juventus, AC Milan, Bologna, Internazionale, dan juga Brescia. Secara terkumpul, dalam Serie A beliau telah menjaringkan sejumlah 204 gol dalam 452 penampilan.
Sepanjang kariernya juga, beberapa anugerah individu dan berpasukan turut menjadi miliknya. Antaranya ialah 2 kejuaraan Scudetti, Piala UEFA, Ballon d’Or dan juga Pemain Terbaik Dunia FIFA 1993. Manakala untuk pasukan kebangsaan Itali dari tahun 1988 sehingga 2004, beliau telah menjaringkan 27 gol dalam 56 aksi antarabangsanya. Rekod ringkas ini menceritakan segalanya tentang kehebatan pemain ini. Jika hendak dihuraikan satu-persatu nescaya akan menjadi sepanjang filem Titanic entri ini.
Selepas bersara daripada bermain bola sepak, beliau telah melakukan pelbagai kerja amal yang berkaitan dengan bidang ini. Sehinggalah pada Ogos 2010, Roberto Baggio kembali membuat penampilan dalam bola sepak ini apabila dilantik menjadi Pengarah Sektor Teknikal untuk Italian Football Federation (FIGC), menggantikan Azeglio Vicini. Sepanjang tempoh ini juga beliau berjaya mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA Pro yang membolehkan dirinya melatih mana-mana pasukan dalam Serie A. Dan dia juga telah dirisik oleh pasukan Serie B, Modena untuk dilatihnya.
Roberto Baggio menyangkakan panas sampai ke petang. Namun rupa-rupanya hujan ditengah hari. Pada Januari 23, 2013 dia telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Sektor Teknikal FIFC. Sumber rapat mendapat tahu punca perletakkan jawatannya ini kerana FIGC tidak mahu menerima idea beliau untuk memajukan sistem bola sepak dan pembangunan pemain muda Itali. Dia yang terlampau kecewa dengan perkara ini lalu meletakkan jawatannya serta merta.
Peristiwa di mana ketika Roberto Baggio gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Itali itu akan kekal klasik menjadi detik bersejarah Piala Dunia seiring dengan peristiwa Tangan Tuhan Maradona, Tangisan Gazza, Ludahan Rijkaard, Penipuan Rivaldo, Tandukan Padu Zidane ke dada Materazzi dan juga Tujahan Tapak De Jong.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...