Wednesday, June 5, 2013

Kisah Mistik Pemergian Harimau Malaya ke Australia.



Aku sebenarnya tak tahu mahu letak tajuk apa, jadi main letak je tajuk macam ni. Biar nampak macam Harian Metro sikit. Lagipun aku dah lama tak jentik telur Harimau Malaya ni. Layankan Harimau Selatan ni tak jadik kerja. Korang pulak jangan pandai-pandai nak suruh aku cover cerita Johor FA. Rakyat Johor yang terkinja-kinja sokong JDT tu pun masih ada yang tak kenal kesebelasan utama Johor FA. Kalau korang tak puas hati, buat blog sendiri. Jangan nak sibuk-sibuk mintak aku berhadapan dengan anak raja kesayangan korang tu. Ok tutup cerita JDT.


Romantiknya bola sepak Malaysia yang dibimbing Rajagopal ini, biar ranking kita di belakang kepulauan Samoa sekalipun, semua itu tidak menjadi kegusaran buat masa ini. Membatalkan perlawanan yang berstatus A dengan Singapura serta melakukan perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen 2 Australia nampaknya menjadi persediaan utama menghadapi Bahrain pada bulan Oktober depan. Ya, Oktober depan. Lama lagi. Jadi di manakah rasionalnya aktiviti mistik skuad Harimau Malaya ini? Adakah wujud persamaaan dari segi cuaca, saiz fizikal dan corak permainan antara umat Australia dan Bahrain? Apabila ditanya pengurus pasukan Harimau Malaya tentang pemilihan Australia, begini jawapnya.


Manakala Singapura pula dengan pantas mengatur perlawanan dengan Myanmar dan Laos yang mana kalau kita lihat lebih realistik untuk meningkatkan ranking FIFA. Oh lupa, ranking tidak penting buat FAM. Tidak lupa juga Indonesia yang berjaya mendapatkan pasukan Belanda untuk laga di Bung Karno Jumaat ini. Sekurang-kurangnya usaha negara-negara ini jelas nampak dalam memperbaiki persembahan serta menilai kekuatan sesama pasukan negara. Apa yang aku tulis ni? Pandai-pandai koranglah nak paham macam mana.


Seperti biasa juga Rajagopal telah melakukan beberapa kontroversi dalam pemilihan pemain. Ini perkara rutin. Bukanlah Rajagopal namanya kalau tidak memanggil pemain-pemain bengal. Pada kali ini nama Safiq Rahim dan Safee Sali disebut-sebut sebagai Keldai Selatan dek kerana aksi malapnya bersama JDT namun masih tersenarai dalam perancangan Rajagopal. Rajagopal juga dengan selamber payudara meninggalkan Bobby Gonzales yang telah menjaringkan 19 gol untuk Sarawak musim ini. Namun mujur tak terlihat di laman facebook page '1 Juta umat mahu Rajagopal panggil Bobby Gonzales wakili Harimau Malaya'. 


Mengenai upacara bakar mercun, melontar batu dan belasah budak-budak yang suka lepak dangga bay, yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.


Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.

1 comment:

  1. Setuju ngan admin..19 gol untuk 19 permainan tahniah ke atas bobby gonzales..gopal mmg x reti pilih pemain..

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...