Saturday, June 16, 2018

Argentina Melawan Iceland.


Argentina Melawan Iceland.

Apalah agaknya perasaan Messi menengok Ronaldo menjaringkan hatrik menentang Sepanyol ye? Mungkin juga Messi tidak sabar-sabar untuk berbuat perkara yang sama.

Buat pengetahuan sedara sedari yang sedang beraya sakan, ini adalah pertemuan sulung antara Argentina dengan Iceland. Argentina gah dengan Piala Dunia mereka yang ke-17. Manakala Iceland pula berbangga dengan penampilan pertama mereka di kancah Piala Dunia.

Jorge Sampaoli nampaknya sudah bersedia awal dengan mengumumkan senarai pemain untuk menentang Iceland sehari sebelum perlawanan. Willy Caballero yang mendapat rahmat atas kecederaan Romero, Eduardo Salvio, Nicolas Otamendi dan Marcos Rojo dua pemain yang beraksi untuk Manchester-manchester, Nicolas Tagliafico, Lucas Biglia, Javier Mascherano, Maximiliano Meza, kapten Lionel Messi, Angel di Maria dan juga Sergio Aguero.

Di kem Iceland pula mereka menerima berita gembira apabila kembalinya Gylfi Sigurdsson dari kecederaan buku lali ketika menentang Ghana minggu lepas. Ini adalah salah satu suntikan semangat buat Iceland. Mereka juga turun tanpa tekanan berbanding Argentina yang memikul status sebagai bekas juara dunia.

Ramalan: Semua sedia maklum Argentina sedikit bergelut dengan barisan pemain pertahanannya. Namun begitu kualiti pemain serangan mereka adalah antara yang terbaik di muka bumi. Menentang Iceland yang begitu menyerlah pada Piala Eropah 2016 juga bukanlah masalah besar buat Messi and co. Argentina 2 - 0 Iceland.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...