Tuesday, June 26, 2018

Nigeria Melawan Argentina | Iceland Melawan Croatia





Nigeria Melawan Argentina
 
Selepas Nigeria menewaskan Iceland, aku berpendapat Nigeria seolah-olah memberi nyawa kepada Messi dan Argentina. Nyawa yang akan makan tuan. Tuan itu adalah Nigeria sendiri.

Secara peribadi aku hendak sangat menengok Argentina kalah dan mereka bertaubat daripada bergantung harap kepada Messi seorang sahaja. Berambus dari Russia dan mula muhasabah diri serta melakukan pembangunan pemain bola sepak terutamanya untuk posisi penjaga gol. 

Bahagian pertahanan mereka sebenarnya masih mempunyai Mammana, Musacchio, Funes Mori yang sudah biasa berlaga keting dengan pasukan dari Eropah namun tidak dibawa ke Russia. Tapi tulah..Mercado, Tagliafico, Otamendi, Acuna, Salvio, Rojo pun bermain serupa anak anjeng walaupun semuanya beraksi di Eropah. Ini semua mesti salah Jorge Sampaoli. Beliau aku nengok seolah-olah tiada idea dan kering akal taktikal bola sepak. Heh!

Inilah masa terbaik Nigeria untuk membalas dendam dan menewaskan Argentina selepas 4 pertemuan di pentas Piala Dunia sebelum ini (1994, 2002, 2010, 2014) semuanya berpihak kepada La Albiceleste. Prestasi semasa berpihak kepada pasukan Nigeria. Manakala moral pemain Argentina berada pada tahap paling bawah. Nigeria 3 - 2 Argentina.


Iceland Melawan Croatia
 
Aku mungkin antara sebilangan peminat bola sepak yang mahukan Iceland melakukan banyak kejutan dalam Piala Dunia kali ini. Mereka berjaya seri dengan Argentina, tetapi malangnya tewas pula kepada Nigeria. Kini mereka perlu menewaskan Croatia dengan beza gol yang besar dan dalam masa yang sama berharap Argentina menang tipis ke atas Nigeria. Begitulah rumitnya kumpulan maut ini.

Bagi Croatia pula keputusan seri sahaja sudah cukup. Mereka yang sudah layak mungkin akan merehatkan beberapa orang pemain utama. Jadi inilah satu-satunya peluang Iceland untuk mendapatkan 3 mata.

Ilmu bola sepak Gunong Ledang aku merasakan Iceland akan menang perlawanan ini dengan skor Iceland 1 - 0 Croatia. Tetapi ia tidak cukup untuk membawa mereka ke peringkat seterusnya. Nigeria akan mengiringi Croatia untuk ke peringkat 16 pasukan terbaik dari kumpulan D.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...