Portugal Melawan Sepanyol.
Pasukan Portugal dan Sepanyol hanya sekali bertemu di Piala Dunia, iaitu pada tahun 2010 di peringkat suku akhir dengan Sepanyol muncul pemenang hasil jaringan David Villa. Ini adalah kemunculan ke-11 Portugal di Piala Dunia dan ke-5 secara berturutan. Manakala bagi Sepanyol pula ini adalah Piala Dunia ke-15 mereka dan ke-11 secara berturut-turut.
Tidak boleh tidak perlawanan ini sedikit sebanyak dibayangi dengan pemecatan Lopetegui. Penggantinya Fernando Hierro dilihat mempunyai tugas maha berat kerana akan membimbing sekumpulan pemain bola sepak paling berbakat di muka bumi. Mampukah pengalaman Hierro yang hanya semusim menguruskan Oviedo mampu memacu Sepanyol menjurai Piala Dunia 2018? Aaaaaahhh...tentu sekali boleh. Inikan Sepanyol. Jika tidak boleh, panggil sahaja mereka Kedah.
Portugal mara ke Piala Dunia 2018 sebagai Juara Eropah (2016). Mereka akan berusaha menjadi negara ke-4 menjuarai Piala Eropah dan Piala Dunia secara 'back-to-back' selepas Jerman Barat (Euro 1972, Piala Dunia 1974), Perancis (Piala Dunia 1998, Euro 2000) dan Sepanyol (Euro 2008, Piala Dunia 2010, Euro 2012).
Persediaan Piala Dunia 2018 pula Portugal agak baik apabila berjaya mengikat Belgium dengan skor 0-0. Walaupun tanpa kehadiran Ronaldo mereka berjaya mencatatkan 13 cubaan gol. Selepas itu mereka kemudiannya menewaskan Algeria 3-0. Jadi Portugal menuju ke pentas Piala Dunia dengan sedikit dabik di dada. Heh!
Ramalan: Mungkin juga Portugal akan meneruskan tradisi mereka yang bermula agak perlahan di awal kejohanan dan kemudiannya akan memecut di 10 malam terakhir bagaikan mencari rahmat seribu bulan. Sepanyol pula sepatutnya lebih baik daripada 4 tahun yang lepas selepas dimalukan teruk di Brazil. Tetapi dengan pemecatan Lopetegui mungkin ia akan merencatkan perancangan awal pasukan Sepanyol. Pasukan mana yang memenangi pertembungan ini? Keputusan seri mungkin paling afdal untuk kedua mereka. Portugal 2 - 2 Sepanyol.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...