Saturday, June 16, 2018

Peru Melawan Denmark.

Peru Melawan Denmark.

Ini adalah satu lagi perlawanan sulung yang melibatkan kedua pasukan - Peru dan Denmark. Menariknya juga ia adalah pertemuan antara pasukan ranking Fifa ke-11 dan 12. Nampak setara jika kedudukan ini diambil kira.

Peru melangkah ke Piala Dunia yang ke-5 mereka sebagai pasukan yang berada di ranking ke-11 fifa mengatasi England, Uruguay, Colombia dan Croatia. Hebat bukan?

Pasukan Peru juga akan diketuai oleh Paolo Guerrero - ketua pasukan dan penjaring terbanyak Peru. Beliau yang pada asalnya digantung FIFA kerana isu dadah akhirnya mendapat lampu hijau untuk beraksi di Russia. Pada usia 35 tahun beliau masih lagi menjadi harapan utama Peru dalam kempen Piala Dunia kali ini. Bersama beliau juga seorang lagi lagenda iaitu Jefferson Farfan yang sudah terkenal di serata Eropah. Fokuskan perhatian kita nanti kepada dua pemain ini.

Kita beralih pula kepada pasukan Denmark. Pemain Brentford FC, Andreas Bjelland dan Sevilla, Simon Kjaer dijangka akan bermula sebagai duo pertahanan tengah mengenepikan pemain Chelsea, Andreas Christensen. Manakala di bahagian tengah pula Christian Eriksen akan ditemani oleh Thomas Delaney. Inilah kualiti yang akan membezakan kedua pasukan.

Ramalan: Peru dan Denmark berpeluang mengiringi Perancis untuk mara ke peringkat kalah mati. Tetapi antara dua pasukan ini aku berpendapat Denmark memiliki sedikit kelebihan dengan kualiti pemain yang mereka ada. Eriksen akan sekali lagi membawa pengaruh besar dalam perlawanan ini. Peru 1 - Denmark 3.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...