Tuesday, June 19, 2018

Poland Melawan Senegal

Poland🇵🇱 Melawan Senegal🇸🇳
11.00PM (MYT).

Dari Tangkak ke Bahau membawa ke Cherating semuanya heboh memperkatakan tentang siapakah yang lebih hebat antara Sadio Mané dan Robert Lewandowski. Dek kerana ini adalah pertemuan sulung kedua pasukan ini, ramai yang masih keliru hendak memilih sama ada Mane ataupun Lewandowski yang akan menyerlah.

Lewandowski sekali lagi menjadi penjaring terbanyak Bundesliga buat kali ketiga apabila menjaringkan 29 gol dalam 41 perlawanan. Beliau juga menjaringkan 16 gol dalam 10 aksi kelayakan ke Piala Dunia Rusia 2018. Katanya beliau sudah berikrar untuk melupakan kegagalannya di Piala Eropah 2016 apabila hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.

Mane juga tidak kurang hebatnya, 10 gol di Champions League termasuk di perlawanan akhir menjadi ukuran kemampuannya menjelang laga kedua pasukan malam ini. Dengan asuhan Aliou Cisse, Mane dan seluruh skuad Senegal pastinya berkobar-kobar mahu mengulangi saat manis Piala Dunia 2002.

Jadi, untuk perlawanan ini aku memilih Senegal untuk menang tipis. Inilah masa terbaik buat Diafra Sakho, Idrissa Gueye, Cheikh Kouyate, Keita Balde, Mame Diouf dan Mbaye Niang mengukir sejarah baru buat bola sepak Senegal. Poland 2 - 3 Senegal.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...