Uruguay Melawan Portugal
Si Juara Eropah, Portugal akan bertemu Uruguay buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Dunia. Uruguay hari ini berbangga dengan 3 kemenangan yang mereka perolehi pada peringkat kumpulan. Tiada rekod bolos yang dicatatkan. Ini petanda kurang baik buat Portugal yang bolos 4 gol dalam 3 aksi sebelum ini. Rapuh betul.
Kini seantero dunia berbuih mulut melabelkan perlawanan ini adalah antara Suarez dan Ronaldo. Kenapa tidak? Suarez telah menyumbat 7 gol sepanjang penampilannya di Piala Dunia sejak edisi 2010. Manakala Ronaldo sudah menjaringkan 4 gol di Piala Dunia 2018. Hebat bukan?
Selain daripada itu kita tumpukan perhatian juga kepada penjaga gol Uruguay-Muslera dan juga pertahanan kental-Diego Codin. Mereka berdua secara berjemaah melindungi gawang Uruguay dari dibolosi. Cavani yang masih gagal menjaringkan gol pula ibarat harimau yang terluka. Bila-bila masa sahaja dia bersedia untuk mengganas.
Bagi pihak Portugal mereka mempunyai Rui Patricio yang gemar melakukan aksi menyelamat yang kritikal dan penting di hadapan gol. Manakala bahagian tengah Portugal tenang dikawal oleh Joao Moutinho. Jika Quaresma diberi peluang bermain, bersedialah kita untuk melihat lebih banyak trivela di atas padang nanti.
Tuan-tuan yang dikasihi sekalian. Fokus utama nanti sudah tentulah 'battle of the bastards' antara Pepe dan Suarez. Syaitan Pepe dan Suarez Si Anak Anjeng pastinya menjanjikan aksi, drama dan kelincahan carutan tanpa batas. Layangan kad, gigitan anjeng, makan studs bola akan menjadi hiasan sampingan dalam perlawanan ini. Bersedialah.
Selepas Portugal bersungguh-sungguh menjaringkan gol semasa bertemu Sepanyol, mereka kembali ke fitrah asal seperti Piala Eropah dengan hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja ketika bertemu Maghribi dan Iran. Berbanding Uruguay, persembahan mereka 'meletop' dalam perlawanan terakhir dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Russia 3-0. Ini membuktikan barisan serangan mereka sudah mula menemui sentuhan di samping pertahanan Uruguay yang kental tanpa bolos.
Secara peribadi aku berpendapat Uruguay hanya akan berada dalam bahaya sekiranya Suarez dan Cavani menjadi tumpul dan Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan gol di antara mereka bertiga. Mungkin juga Portugal akan bermain lebih baik jika Uruguay dapat mendahului mereka - keadaan yang sama seperti bertemu Sepanyol.
Pertarungan sengit dengan gusti dan laga keting menjadi penyeri. Mungkin ada pemain yang akan mendapat kad merah. Tamat 90 minit kedua pasukan akan terikat dengan keputusan seri 2-2. Mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti. Muslera dan Rui Patricio akan menjadi penentu kejayaan pasukan masing-masing. Akhirnya Portugal yang akan menang sepakan penalti dengan keputusan 4-3.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...