Perancis Melawan Argentina.
Kira-kira
20 tahun yang lalu Perancis berjaya muncul sebagai juara Piala Dunia pada edisi 1998 yang
juga ketika itu beraksi sebagai tuan rumah. Nama-nama seperti Zinedine Zidane,
Fabien Barthez, Bixente Lizarazu, Emmanuel Petit, Lilian Thuram dan Youri
Djorkaeff antaranya menjadi basahan bibir setiap peminat bola sepak ketika itu.
Namun selepas 20 tahun kejayaan ini, pasukan Perancis masih kekal hidup dalam
kenangan silam. Sendu.
Hari ini mereka akan bertemu Argentina. Dengan barisan pemain yang
muda dan penuh harapan. Paul Pogba, Kylian Mbappe, Raphael Varane, N'Golo
Kante, Thomas Lemar, Ousmane Dembele, Griezmann dan Penyerang Terbaik Dunia –
Giroud sudah bersedia untuk menghantar Messi dan seluruh pasukan La Albiceleste
pulang bersama Maradona dan kokain.
Dalam
pertemuan ini Perancis adalah pilihan untuk menewaskan Argentina. Selepas
melihat aturan pemain Jorge Sampaoli, aksi Mascherano yang huru-hara, Higuain
yang tumpul serta keberantungan yang terlampau ke atas Messi – ia adalah
kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh seluruh bangsa Argentina yang berdarah
Malaya.
Ketidakstabilan pasukan Perancis dalam aksi ketika bertemu Denmark dan
Australia tidak perlu diulangi. Mereka perlu mengawal bahagian tengah dan
pantas dalam melakukan serangan balas seperti Croatia untuk memerangkap
Argentina. Jika terlewa barang sejenak, hantaran maut dari Ever Banega kepada
Messi pastinya akan membunuh mereka. Perancis
2 - 1 Argentina.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...