Wednesday, June 20, 2018

Portugal Maghribi | Uruguay Arab Saudi | Iran Sepanyol

Portugal🇵🇹 Melawan Maghribi🇲🇦.
8.00PM (MYT)

Jika persembahan perlawanan pertama diambil kira, Portugal dijangka akan mudah menewaskan Maghribi. Ditambah pula dengan prestasi Cristiano Ronaldo yang sedang memuncak, Portugal ternyata adalah pasukan yang lebih berhak mendapat 3 mata. Ia sekaligus akan mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Sejujurnya aku tidak nampak apa kelebihan Magribi untuk mengatasi pasukan Portugal. Oleh itu dengan nafas turun naik aku memilih Portugal untuk menang dalam perlawanan ini. Portugal 3 - 0 Maghribi.

Uruguay🇺🇾 Melawan Arab Saudi🇸🇦
11.00PM (MYT)

Piala Dunia 2010 menyaksikan Suarez menahan bola dengan tangan untuk menyelamatkan pasukannya. Empat tahun lepas di Brazil, dia menggigit Chiellini. Adakah Piala Dunia 2018 ini Suarez akan membawa basikal secara lepas tangan dan masuk ke dalam padang lalu melanggar semua pemain lawan? Aaaahhhh..mungkin juga ia akan berlaku. Ini kerana gila Suarez amat sukar dijangka.

Benci macam mana pun kepada Suarez, aku terpaksa redha yang perjuangan Arab Saudi akan tamat pada malam ini. Mereka akan menjadi pasukan ketiga dari delegasi negara IOC selepas Mesir dan Maghribi yang akan pulang awal. Uruguay 2 - 0 Arab Saudi.

Iran🇮🇷 Melawan Sepanyol🇪🇸.
2.00AM (MYT)

Setiap yang baik pasti akan tamat juga akhirnya. Itulah yang akan berlaku kepada pasukan Iran apabila bertemu Sepanyol. Dari segi kemampuan pasukan dan pemain, Iran kelihatan ketinggalan kepada Sepanyol dari segenap aspek. Entah apa strategi yang Carlos Queiroz gunakan untuk menahan kemaraan pasukan Sepnyol nanti.

Sepanyol adalah pasukan TERBAIK di muka bumi. Mereka adalah calon utama pilihan aku untuk menjadi JUARA PIALA DUNIA 2018. Oleh itu, dengan penuh keyakinan aku merasakan Sepnyol akan menang selesa ke atas Iran. Iran 0 - 4 Sepanyol.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...