Wednesday, June 27, 2018

Mexico Sweden | Korea Selatan Jerman




Mexico Melawan Sweden | Korea Selatan Melawan Jerman

Mexico, Sweden dan Jerman semuanya masih berpeluang untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya. Manakala Korea Selatan pula berdepan misi menyelamatkan air muka dan maruah. Bermakna perlawanan terakhir kumpulan F ini dijamin sedap dan mendebarkan. Jangan lupa terpacak depan tivi dengan remote di tangan sebelum jam 10.00 malam.
Dalam antara 3 pasukan tersebut Mexico hanya memerlukan seri sahaja. Sedangkan lawan mereka Sweden turut boleh berpuas hati dengan keputusan seri andainya Jerman tewas kepada Korea Selatan - yang mana agak mustahil berdasarkan prestasi semasa kedua pasukan.

Bagi pertemuan antra Mexico dan Sweden, aku merasakan Mexico mempunyai sedikit kelebihan di barisan serangan kerana pemain seperti Chicharito, Carlos Vela dan Hirving Lozano sangat merbahaya apabila mereka mula bergerak mencari gol. Kepantasan serangan balas yang dimulakan Andres Guardado dan Hector Herrera serta kecekapan Ochoa melakukan aksi menyelamat merupakan antara kunci Mexico telah berjaya dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Sweden pula kelihatannya buat masa ini tidak mampu menandingi semangat perjuangan Mexico dan Salma Hayek walaupun mereka berkelebihan dari segi fizikal. Ketika pertemuan dengan Jerman, mereka seolah-olah cepat berpuas hati selepas mendahului perlawanan. Perangai ini perlu diubah segera tambahan pula akan berdepan dengan pasukan se-mobil Mexico.
Nampaknya pasukan Jerman sudah bertaubat. Mereka tidak menggunakan Ozil serta Khedira dan akhirnya menang ke atas Sweden. Menjelang pertemuan dengan Korea Selatan pula aku harap Draxler akan direhatkan. Jika 3 nama ini tidak bermain, Jerman akan mudah menewaskan Korea Selatan. Percayalah.

Mexico 2 - 1 Sweden
Korea Selatan 0 - 3 Jerman

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...