Perancis Melawan Australia.
Satu lagi wakil daripada Asia yang aku tak restu kehadirannnya dalam AFC akan turun beraksi selepas Arab Saudi. Semua sedia maklum Arab Saudi telah dimalukan Russia. Dan adakah Australia akan turut dibungkam kekalahan?
Ya, Australia akan tewas kepada Perancis jika pengalaman beraksi di Piala Dunia diambil kira. Mereka hanya sekali sahaja berjaya melepasi peringkat kumpulan iaitu pada 2006 sebelum ditewaskan juara ketika itu, Itali. Statistik juga menunjukkan mereka hanya menang 2 kali daripada 13 perlawanan. Juga hanya mampu sekali mencapai 'clean sheet' (0-0 vs Chile, 1974).
Pengalaman Perancis pula tak perlu diceritakan dengan lebih panjang lagi. 15 kali muncul dalam Piala Dunia dan ini adalah penampilan ke-6 berturut-turut mereka. Piala Dunia 2018 juga membuktikan Perancis masih mewah dengan lambakan pemain berbakat tanpa had. Lihatlah pemain yang sehebat Benzema pun tidak ke Russia dan hanya bercuti hari raya bersama keluarga.
Secara peribadi pula aku tazabar nak melihat kelibat Si Tua Tim Cahill, Aaron Mooy yang sedang 'on-form' juga bekas pemain negeri sembilan Andrew Nabbout.
Ramalan: Perlawanan mudah untuk Perancis. Mungkin mereka akan menjaringkan banyak gol (boleh pergi sampai 4 gol rasanya). Tapi secara realistiknya aku merasakan cukuplah dengan 2 gol sahaja hasil jaringan Antoine Griezmann dan Olivier Giroud. Perancis 2 - 0 Australia.
Saturday, June 16, 2018
Perancis Melawan Australia.
Labels:
France,
Piala Dunia 2018
Location:
Taman Jemapoh, Juasseh, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...