Friday, June 1, 2018

Cabaran Brazil dan Belgium.

Brazil menamakan 23 orang pemain seperti berikut:

Alisson, Ederson, Cassio, Marcelo, Danilo, Filipe Luis, Fagner, Marquinhos, Thiago Silva, Miranda, Pedro Geromel, Willian, Fernandinho, Paulinho, Casemiro, Philippe Coutinho, Renato Augusto, Fred, Neymar, Gabriel Jesus, Roberto Firmino, Douglas Costa, Taison.

Majoriti pemain Brazil yang beraksi di Eropah sudah kita kenali. Cuma beberapa pemain yang menyepak bola di Amerika Selatan sahaja yang masih misteri kemampuannya.

Memburu kejuaraan Piala Dunia ke 6 adalah sasaran Brazil. Tetapi memori kekalahan 1-7 kepada Jerman 4 tahun lepas masih menjadi memori manis buat aku. Padan muka. Siapa sokong Brazil, dia ketiak itam.

Sebagai persediaan ke Russia mereka akan bertemu Croatia (3 June) dan Austria (10 June). Brazil akan membuka tirai Piala Dunia mereka pada 18 June bertemu Switzerland.

Roberto Martinez pula menyenaraikan 28 pemain. Ia akan dikontotkan kepada 23 orang pemain selepas aksi Belgium menentang Seleções de Portugal.

Senarainya adalah seperti berikut:

Toby Alderweireld, Michy Batshuayi, Christian Benteke, Dedryck Boyata, Yannick Carrasco, Koen Casteels, Nacer Chadli, Laurent Ciman, Thibaut Courtois, Kevin De Bruyne, Mousa Dembele, Leander Dendoncker, Marouane Fellaini, Eden Hazard, Thorgan Hazard, Adnan Januzaj, Christian Kabasele, Vincent Kompany, Jordan Lukaku, Romelu Lukaku, Dries Mertens, Thomas Meunier, Simon Mignolet, Matz Sels, Youri Tielemans, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen, Axel Witsel.

Lupakan Radja Nainggolan yang terlepas peluang bermain di Piala Dunia kerana kualiti pemain Belgium yang lain sudah cukup untuk menampung ketiadaan beliau. Marouane Fellaini kan ada?

Inilah peluang Belgium untuk menyerlah dan menjuarai Piala Dunia. Pemain kali ini sudah boleh dikatakan matang masak ranum dan boleh bersaing dengan apa juga pasukan. Aku meletakkan Belgium, Perancis dan Jerman dalam satu lingkaran kekuatan yang sama dari segi purata umur dan kualiti skuad.

Portugal (3 June), Mesir (7June) dan Costa Rica (12 June) akan menjadi lawan Belgium sebelum mereka dijadual menentang Panama (18 June) untuk perlawanan sulung Piala Dunia 2018.

Belgium akan mara sehingga separuh akhir. Kau ingat cakap aku ni.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...