Mesir Melawan Uruguay.
Mesti ramai yang teruja nak menengok aksi Mohammad Salah di pentas dunia selepas beliau menggegar 'scene' bola sepak dengan dahsyat sekali sepanjang musim lepas. Ya, bukan kita sahaja. Malahan Uruguay (baca Fernando Muslera) juga berharap Salah dapat cergas bagi beraksi dan bertempur 'kaki ke kaki' dengan mereka.
Arkib lama menyatakan Uruguay pernah menewaskan Mesir dalam satu-satunya pertembungan mereka pada Ogos 2006 dengan jaringan 2 - 0 di Alexandria. Rekod pertemuan Uruguay dengan pasukan dari Afrika di Piala Dunia juga amat baik (1 menang, 2 seri). Bagi Uruguay tentunya 13 penampilan di Piala Dunia dan menjuarainya sebanyak 2 kali (1930 & 1950) adalah ramuan sedap untuk menewaskan pasukan seperti Mesir.
Selain itu jangan dilupa juga Uruguay mempunyai Cavani dan Suarez. Cavani muncul sebagai penjaring terbanyak peringkat kelayakan dengan 10 gol. Manakala Suarez pula terlibat secara langsung dalam 7 gol daripada 13 yang dijaringkan di Piala Dunia (5 gol, 2 bantuan gol).
Salah jelas adalah tunggak pasukan Mesir apabila dia menjaringkan 5 gol daripada 8 yang telah Mesir lakarkan. Tetapi selain daripada Salah, kepakaran Hector Cuper juga amat ditagih dalam perlawanan pertama ini meskipun aa adalah Piala Dunia yang pertama bagi Cuper. Errrmmmmss...masih segar dalam ingatan kejayaan beliau membawa Mesir ke Perlawanan Akhir Piala Afrika 2017. Mampukah beliau mengejutkan Uruguay pula?
Ramalan: Mesir gagal menang dalam 6 perlawanan terakhir mereka sebelum ini. Ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan mungkin membezakan tahap keyakinan kedua pasukan ini. Sementara itu Uruguay pula kelihatan lebih mantap dan berkemampuan muncul pemenang dalam perlawanan ini. Satu gol sudah cukup buat Uruguay mendapat 3 mata dalam perlawanan pertama mereka. Tidak banyak. Mesir 0 - 1 Uruguay.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...