Monday, June 18, 2018

Tunisia Melawan England | Sweden Melawan Korea Selatan

Tunisia🇹🇳 Melawan England.
2.00 AM (MYT)

Kedua pasukan ini pernah bertemu di Piala Dunia 1998. Keputusan ketika itu berpihak kepada Englan apabila mereka menang 2 - 0 di Marseille.

Maaf aku tertido pulak tadi sambil menaip. Kat mana kita tadi? Haaaa..England sudah tentu menjadi pilihan untuk menang. Barisan pemain serba muda dan bertenaga. Tiada superstar seperti Beckham. Kali ini England adalah pasukan yang bergerak sebagai satu organisasi.

Kekuatan dan kemampuan Tunisia pula masih menjadi misteri dan tanda tanya. Namun begitu ini adalah Piala Dunia ke-5 buat mereka. Yang pertama sejak Piala Dunia 2006.

Rekod England bertemu dengan pasukan dari Afrika juga sangat baik - Mereka tidak pernah tewas di Piala Dunia apabila beradu tenaga dengan pasukan dari rantau ini. Tunisia pula gagal menang dalam 11 perlawanan mereka di Piala Dunia.

Namun begitu Tunisia akan turun bermain dalam keadaan yang lebih tenang berbanding England yang seperti biasa menanggung tekanan dan bebanan setiap kali beraksi di kejohanan antarabangsa.

Sungguh indah andainya Tunisia berjaya melakukan kejutan. Tetapi rasanya ia tidak akan berlaku dalam perlawanan ini. Tunisia 1 - 3 England.


Sweden🇸🇪 Melawan Korea Selatan🇰🇷
8.00PM (MYT).

Roh Pahlawan Taegeuk sepatutnya sudah menyerap masuk dalam jiwa pemain Korea Selatan selepas melihat bekas juara dunia seperti Jerman, Argentina dan Brazil dimalukan lawan masing-masing. Menunggu Korea Selatan hanyalah Sweden. Apa yang mahu digentarkan? Henyak lanyak seawal wisel ditiupkan oleh pengadil. Pastikan Sweden lemas dan tewas dalam pertembungan ini. Hiaaaaap! Sweden 0 - 2 Korea Selatan.

#pialadunia2018


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...