Maghribi Melawan Iran.
Sebagai maklumat, kedua pasukan tidak pernah bertemu di mana-mana perlawanan Piala Dunia. Di luar daripada Piala Dunia pula mereka hanya sekali bertembung dan mencatat keputusan seri.
Ini adalah Piala Dunia ke-5 buat Maghribi dan yang pertama sejak tahun 1998. 20 tahun penantian adalah satu penyeksaan buat seluruh warga Maghribi. Sekali imbas mereka mempunyai skuad yang mampu mengatasi Iran dalam perlawanan ini. Nama-nama seperti Amine Harit (Schalke), Hakim Ziyech (Ajax) dan Younes Belhanda (Galatasaray) dijangka akan menyerlah. Tumpukan perhatian kepada mereka ini.
Kemungkinan besar Hervé Renard akan menggunakan formasi 4-2-3-1. Munir Mohamedi di posisi penjaga gol. Barisan pertahanan akan dikawal rapi oleh Achraf Hakimi, Mehdi Benatia (kapten), Romain Saïss dan Hamza Mendyl. Kemudiannya El Ahmadi dan Mbark Boussoufa akan berdiri pegun di hadapan barisan pertahanan. Manakala Harit, Belhanda, Ziyech tenang merencana gerakan dari tengah bagi membolehkan si penyerang Ayoub El Kaabi melakukan tugas mudah menjaringkan gol.
Persembahan Iran juga amat menarik perhatian. Mereka tidak tewas dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Menang 12 perlawanan, seri 6 dan tidak bolos dalam 14 perlawanan daripada 18. Ia sekaligus membolehkan Iran layak ke Piala Dunia secara 'back-to-back' buat pertama kalinya dalam sejarah. Power.
Namun begitu pasukan Iran tidak pernah melepasi peringkat kumpulan apabila bermain di Piala Dunia. Menang hanya sekali, seri 3 dan kalah dalam 8 aksi mereka. Adakah tahun 2018 ini akan mengubah sejarah bola sepak Iran?
Ramalan: Bagi peringkat AFC, pasukan Iran mempunyai rekod baik di barisan pertahanan. Mereka tidak bolos dalam 1000 minit. Kekentalan barisan pertahanan mereka mungkin akan diuji apabila bertemu Maghribi nanti. Sementara itu, Maghribi pula jelas adalah pasukan yang lebih baik jika persembahan selama 12 bulan ini diambil kira. Iran dijangka akan bergelut bertemu Maghribi meskipun dengan kehadiran Carlos Queiroz di tepi padang. Maghribi 3 - 0 Iran.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...