Costa Rica Melawan Serbia.
8.00 PM MYT.
Pasukan Serbia kali ini boleh digelar sebagai 'team veteran'. Pemain yang mereka senaraikan agak perlahan tak tidak mempunyai kepantasan untuk bersaing dengan pemain yang lebih muda dalam pasukan Costa Rica.
Mujur Serbia mempunyai seorang anak mude bernama Aleksander Mitrovic yang menyerlah musim ini. Beliau pada awal musim bermain untuk Newcastle United tetapi dipinjamkan ke Fulham selepas itu. Mitrovic menjaringkan 12 gol dalam 20 perlawanan untuk Fulham dalam separuh musim kedua 2017/18 untuk membantu kelab ini naik ke Liga Perdana Inggeris. Aleksander Mitrovic turut menyumbat 14 goal dalam 18 perlawanan terakhir untuk Serbia, termasuk hatrik ketika menumpaskan Bolivia 5-1.
Jangan dilupa juga kehadiran bekas pemain Chelsea yang power, Nemanja Matic yang akan menyusun atur nasib Serbia dalam perlawanan ini. Selain Nemanja Matic, Serbia juga mempunyai pemain seperti Adem Ljajic, Branislav Ivanovic, Tadic Dusan dan Aleksandar Kolarov yang sememangnya sentiasa bermain dalam perlawanan tahap tinggi di kelab yang mereka wakili. Secara peribadi aku berpendapat ini adalah antara faktor penting yang membezakan antara Serbia dengan Costa Rica.
Costa Rica pula sangat menyerlah pada 4 tahun yang lepas. Mereka menjuarai peringkat kumpulan mengatasi Uruguay, Italy dan England. Costa Rica kemudiannya mara sehingga pusingan suku akhir sebelum tumpas kepada Belanda melalui sepakan penalti.
Keylor Navas si penjaga gol Real Madrid masih menjadi harapan pasukan Costa Rica. Susuk inilah yang akan menjadi benteng terakhir pelindung maruah bangsa Costa Rica. Beliau akan ditemani oleh ketua pasukan, Bryan Ruiz. Manakala barisan serangan yang serba muda pula akan diketuai oleh pemain berpengalaman Joel Campbell.
Ramalan: Costa Rica tidak bermain baik dalam perlawanan persediaan ke Piala Dunia mereka. Tewas 1 - 2 kepada England dan kemudiannya 1 - 4 dengan Belgium. Sementara itu aksi Serbia pula lebih meyakinkan apabila mereka membelasah Bolivia tanpa ehsan. Jadi aku dengan penuh konfiden meramalkan Serbia akan menang perlawanan ini. Costa Rica 0 - 2 Serbia.
Monday, June 18, 2018
Costa Rica Melawan Serbia
Labels:
Piala Dunia 2018
Location:
Bahau, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...