Tuesday, June 26, 2018

Australia Melawan Peru



Australia Melawan Peru
 
Sekali lagi ia menemukan dua pasukan buat pertama kalinya dalam sejarah FIFA. Australia perlu sedar yang mereka perlu segera berhenti bergantung harap kepada sepakan penalti dan Jedinak. Tiga mata juga tidak cukup untuk mereka. Ia perlu disertakan dengan kemenangan besar ke atas pasukan Peru. Boleh atau tidak Australia menjadi pasukan pertama dari Asia yang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik pada Piala Dunia 2018 ini?


Malam ini Australia akan turun tanpa kelibat bekas pemain import Negeri Sembilan, Andrew Nabbout yang tercabut bahunya. Tempat beliau akan diganti oleh Tomi Juric. Sementara itu Daniel Arzani mungkin akan menggantikan Robbie Kruse dibahagian sayap kiri selepas cemerlang ketika menentang Denmark.

Sementara itu, Peru pula bukanlah lawan yang mudah. Walaupun masih gagal memungut sebarang mata, mereka tetap berjaya mempamerkan prestasi dan persembahan yang membanggakan. Ini mungkin salah-satu kelebihan mereka dalam perlawanan ini. Tambahan pula mereka akan beraksi tanpa sebarang tekanan berbanding lawan mereka Australia.


Kemungkinan besar Peru akan turun bermain tanpa pemain berpengaruh mereka Jefferson Farfan yang tercedera ketika pertemuan dengan Perancis.

Rumusannya, Australia perlukan 3 mata untuk perlawanan ini dan mara ke pusingan seterusnya. Namun dalam masa yang sama berharap Perancis mampu menewaskan Denmark. Dengan rasa rendah diri aku merasakan Australia akan mendapat 3 mata dalam pertembungan ini. Australia 2 - 1 Peru.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...