Thursday, June 28, 2018

Jepun Melawan Poland | Senegal Melawan Colombia

Jepun Melawan Poland

Jepun berpeluang menjadi satu-satunya pasukan Asia yang layak ke pusingan kalah mati sekiranya menewaskan Poland pada malam ini. Berdasarkan rekod silam pula Jepun menang dalam 2 pertemuan ke atas Poland. Mereka menang 5-0 pada tahun 1996 dan 2-0 pada tahun 2002. Jika segalanya berjalan lancar untuk pasukan Jepun, ada kemungkinan mereka sekali lagi akan berjaya merekodkan kemenangan ke atas pasukan Poland.

Poland yang sudah tersingkir berpeluang menjadi pengacau dalam kumpulan H ini. Robert Lewandowski pastinya mahu menamatkan kempen Piala Dunia 2018 ini dengan jaringan gol selepas beliau ketandusan melakukannya dalam 2 perlawanan sebelum ini. Boleh ke tak boleh ni?

Jepun bukanlah pasukan yang gemarkan keputusan seri dan akan memastikan 3 mata menjadi milik mereka. Aku yakin mereka akan mara dan yang akan menanti Jepun nanti ialah England ataupun Belgium. Japan 2 - 1 Poland.

Senegal Melawan Colombia

Senegal dan Colombia adalah dua pasukan yang menghiburkan dalam Piala Dunia 2018 ini. Sedih juga apabila salah satu daripada mereka akan terkorban malam ini.
Kemenangan ataupun seri akan melayakkan Senegal ke peringkat seterusnya. Sekiranya tewas, mereka perlu bergantung kepada keputusan pertemuan antara Jepun dan Poland pula.

Colombia memerlukan 3 mata. Namun seri juga sudah memadai buat Colombia, tetapi mereka berharap pula yang Poland akan menang ke atas Jepun. Rumit nak mampos.

Oleh kerana tikam aku selalu tak tepat, makanya aku memilih kedua pasukan ini akan seri dengan skor Senegal 2-2 Colombia. Lantaklah siapa yang layak pun. Hah!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...