There was an error in this gadget

Sunday, June 22, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Italy vs Uruguay | Costa Rica vs England





Prebiu Piala Dunia 2014: Italy vs Uruguay

Wednesday, June 25, 2014 | 12:00 AM

Setahun yang lalu mereka bertemu dalam perlawanan tempat ketiga Piala Konfederasi di Brazil. Pertarungan yang mendebarkan itu berakhir dengan sepakan penalti selepas keduanya terikat dengan kedudukan seri 2-2. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Itali. Dan jika laga ini dijadikan paksi rujukan, sudah pasti kita akan disajikan dengan pertarungan yang penuh dengan seni bola sepak sebenar. Bukan seperti bola sepak terkial-kial dari pasukan England.

Secara peribadi amat sukar untuk aku memilih pasukan mana yang akan mengiringi Costa Rica ke pusingan seterusnya. Uruguay mungkin akan mendapati pasukan Itali lebih sukar untuk ditewaskan kerana mereka lebih berkemahiran berbanding England. Ditambah pula Itali memiliki jentera tengah yang mampu menyumbat gol. Aku cuma berharap agar Itali bermain dengan lebih aggresif untuk menyaingi pasukan Uruguay yang terkenal dengan corak permainan yang agak fizikal pada kali ini.

Jadi keputusan seri sudah memadai buat Itali layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pemain Tumpuan Italy: Giorgio Chiellini
Pemain Tumpuan Uruguay  : Luis Suarez
Ramalan : Italy 2 -2 Uruguay




Prebiu Piala Dunia 2014: Costa Rica vs England

Wednesday, June 25, 2014 | 12:00 AM


"Betul ke ayah dah boleh balik besok?"

"Ya...betol wahai anakku"

Begitulah serba sedikit perbualan sayu antara Steven Gerrard dan anak lelakinya sejurus sahaja England tewas kepada Uruguay.

Seperti yang kita tahu England sudah pun tersingkir awal dari kejohanan Piala Dunia 2014. Sesuatu yang aku sudah jangka dari awal lagi. Inilah padahnya apabila Roy Hodgson menggunakan terlalu ramai pemain dari kelab yang tidak memenangi piala. Terutamanya Kapitan mereka Steven Gerrard. Menjulang Piala Liga Perdana Inggeris pun tidak pernah. Bagaimana pulak dia nak membawa England memenangi Piala Dunia? Yang bersalah sebenarya ialah Steven Gerrard dan rakan sepasukannya dari Kelab Bersejarah tersebut. Bukannya Wayne Rooney yang sering sahaja menjadi mangsa kritikan media Inggeris. Kasihan Rooney..

Costa Rica sudah menukar status Kumpulan Maut ini kepada Kumpulan Kubur dengan penuh bergaya. Mula-mula Uruguay mereka tewaskan. Kemudiannya giliran Itali pula menjadi mangsa mereka. Dua Juara Dunia tersebut terkebil-kebil ditewaskan Costa Rica. Dan mereka sudah bersedia untuk mengebumikan England dengan cara yang paling memalukan dalam sejarah Piala Dunia.

Pemain Tumpuan Costa Rica : Bryan Ruiz
Pemain Tumpuan England  : Joe Hart
Ramalan : Costa Rica 3 - 1 England

1 comment:

  1. mengikut perkiraan syahid johan - brazil 1962 + 2002 = 3964, brazil 1970 + 1994 = 3964 Argentina 1978 + 1986 = 3964 Jerman 1974 + 1990 = 3964 Uruguay 1930 + 2014 = 3964, kebarangkalian uruguay untuk menang fifa 2014 berdasarkan angka ajaib 3964 ni ialah 1%. Mungkin angka 3964 ni akan memihak uruguay pada game vs itali ??

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...