Monday, June 9, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Honduras

Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Honduras

France vs Honduras  
Monday, June 16, 2014 (3:00 AM)

Ketiadaan Ribery pada Piala Dunia 2014 ini bermakna ia telah membuka pintu yang amat luas untuk Karim Benzema menyerlah bersama pasukan Perancis. Karim Benzema yang berusia 26 tahun, bekas pujaan dan legenda Lyon seperti yang kita semua tahu musim ini begitu cemerlang bersama Real Madrid. Membantu pasukan ini muncul juara Champions League buat kali ke-10 serta menyumbat 24 gol dalam musim ini secara keseluruhannya. Kebangkitan Benzema musim ini amat sesuai dengan keperluan bagi Perancis memadam episod buruk pada aksi Piala Dunia 2010 yang lepas. Sudah pasti harapan untuk merobek gawang gol pasukan lawan akan diletakkan di bahu Benzema sambil Giroud pula sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya percaturan taktikal memerlukan beliau beraksi.

Barisan pemain muda lain yang dimiliki oleh Deschamps seperti Pogba, Varane, Manggala dan Griezmann pula hanya menanti wisel permulaan sepak mula sahaja untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka sudah bersedia untuk menggegar dunia dan mengulangi pencapaian hebat tahun 1998. Adunan pemain yang berpengalaman serta pemain muda berbakat dalam pasukan Perancis ini dijangka dapat merampas 3 mata dari pasukan Honduras yang masih lagi tercari-cari kemenangan pertama sejak membuat penampilan pada 1982 dan 2010.

Luis Fernando Suarez akan menggunakan segala kekuatan fizikal pasukannya untuk mengastasi Perancis yang ternyata mempunyai kelebihan dari segi skill dan kemahiran. Ini kerana taktik ini terbukti berjaya ketika aksi persahabatan menentang England yang mana mereka berjaya mengikat bekas juara Piala Dunia 1966 itu dengan keputusan seri 0-0.

Honduras juga pasti akan mengharapkan pemain serangan mereka yang terdiri daripada Costly dan Bengtson sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit kerja kepada Lloris dan membuatkannya berpeluh pada pertemuan ini nanti.

Pemain Tumpuan France : Karim Benzema
Pemain Tumpuan Honduras : Noel Valladares
Ramalan France 3 - 0 Honduras

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...