Thursday, June 5, 2014

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2014 : PAHANG vs FELDA UNITED

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2014 : PAHANG vs FELDA UNITED

Sebenarnya terasa janggal pula bila JDT tak masuk akhir ni. Kahkahkah.

Finalis tahun lepas iaitu Kelantan dan JDT sudah habis dibaham oleh Pahang dan Felda United. Menjadikan dua pasukan ini sebagai calon utama untuk bergelar juara. Pada edisi 2012, Sime Darby telah melakukan kejutan untuk mara ke perlawanan akhir. Tapi tersungkur kepada Kelantan. Kini giliran Felda United pula. Tetapi mampukah pasukan ini melakar kejutan ke atas skuad Tok Gajah yang sememangnya pilihan untuk menjulang piala ini?

Persembahan Felda United sememangnya amat menarik perhatian aku. Mereka menewaskan Sarawak di suku akhir dan Kelantan pada aksi separuh akhir yang lalu. Paling manis sudah tentu kejayaan menewaskan Kelantan - pasukan Juara edisi 2013. Jadi, apakah resipi kejayaan pasukan Felda United sebenarnya? Isa Samad kah?

Aku sebutkan 3 nama. Irfan Bakti, Shukor Adan dan Edward Junior Wilson. Secara peribadi aku merasakan 3 nama inilah yang berjaya memacu Felda United sehingga ke pentas akhir. Bukannya Isa Samad ye kawan-kawan.

Seluruh dunia telah melihat bagaimana Irfan Bakti melakar taktik yang berjaya menjerat Kelantan di Kota Bharu sehingga berjaya mendahului 3-0 pada suatu ketika. Oleh itu, Irfan Bakt sekali lagi perlu memikirkan strategi baru untuk menentang Pahang yang serba hebat dan jitu. Dia boleh meletakkan Indra Putra Mahayuddin sebagai penggempur semulajadi untuk sekali lagi bergandingan dengan Edward Junior Wilson yang terbukti cemerlang ketika bertemu Kelantan. Dan juga Irfan Bakti masih memiliki Mohd Raimi Mohd Nor dan K. Soley yang dibawanya dari Selangor untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Pahang. Manakala berdiri teguh di barisan belakang ialah Shukor Adan dan Farizal Harun. Sekali imbas adunan untuk menjadi juara Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia itu sudah mula nampak dari kejauhan.

Paling menarik untuk dilihat ialah pertembungan dua Titanic Gergasi antara  Edward Junior Wilson dan Damion Stewart. Adakah Damion Stewart yang berat bontot  (tapi lebih laju dari Safiq Rahim) mampu mengekang kepantasan Edward Junior Wilson? TIDAK MAMPU. Sedangkan Nik Shahrul dan Khairul Fahmi pun di ayam-ayamkannya. Inikan pula Khairul Azhan dan Saiful Nizam a.k.a Poyeng? Sayur bayam le jawabnya. Cuma aku rasa hanya satu manusia sahaja yang mampu melindungi Pahang daripada dimalukan oleh Felda United. Siapa lagi kalau bukan Jalaluddin Jaafar. Ataupun dikenali sebagai Ryan Giggs Malaysia versi Islam.

Jika Zainal Abidin cerdik. Dia akan menurunkan Jalaluddin Jaafar bagi mengekang dan menyerap segala asakan dari pasukan Felda United. Selain itu, Pahang dan Zainal Abidin seperti biasa boleh mengharapkan pemain mudanya menggegar Shah Alam dengan aksi penuh bertenaga dari pemain seperti Fauzi Roslan, R. Gopinathan, Hazfiz Kamal dan juga bintang mereka Alex Akil. Kepantasan pemain muda ini akan dihiasi pula dengan penyerang kembar yang hebat iaitu Matías Conti dan Dickson Nwakaeme. Kedua pemain ini sangat tajam di hadapan gol. Jika terleka barang sesaat. Nescaya Felda United dalam bahaya.

Ramalan: Tidak sukar untuk meramal keputusan perlawanan ini. Felda United mungkin pasukan yang bagus jika segala yang dirangka Irfan Bakti mampu diterjemahkan oleh pemain-pemainnya. Cuma lawan mereka adalah pasukan Pahang yang pada dasarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi pengalaman barisan pemainnya yang muda dan lebih berkualiti berbanding Felda United. Pahang menang 2-0. Semuanya demi Pahang Darul Power!!!!

1 comment:

  1. saya singgah blogwalking kat sini, jemput admin baca artikel :

    Felixia Yeap perlu bantuan untuk padam foto seksi!
    http://syokbah.com/felixia-yeap-perlukan-bantuan/

    Berita Palsu Wanita Melayu Bertudung Dalam Gereja Tersebar
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/berita-palsu-wanita-melayu-bertudung.html

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...