Thursday, June 12, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Germany vs Portugal

Prebiu Piala Dunia 2014: Germany vs Portugal

Germany vs Portugal
Tuesday, June 17, 2014 (12:00 AM)

Cristiano Ronaldo pernah berkata dalam nada tegas sambil memusing-musing kunci keretanya di jari tengah. "Sudah tentu ia sangat bagus jika kami tidak perlu bertembung dengan mereka (Jerman). Tetapi selepas melihat kepada undian ini, takdir seolah-olah mempunyai satu agenda yang lain sahaja. Heh!!"

Namun, ia seperti satu takdir yang indah, Portugal sekali lagi dipertemukan dengan Jerman dalam satu kumpulan pada Piala Dunia 2014 ini semata-mata untuk menghiburkan kita semua yang ketagih kepada aksi bola sepak tahap tertinggi. Sebagai rekod, Portugal dan Jerman telah bertemu antara satu sama lain di tiga daripada empat kejohanan utama lewat ini. Dengan setiap pertembungan itu berpihak kepada satu pasukan sahaja. Maknanya tiada keputusan seri yang mereka catatkan apabila kedua pasukan bertemu.

Pada 2006, Jerman memenangi perlawanan untuk tempat ketiga Piala Dunia dengan keputusan 3-1. Ia dususuli dengan kejayaan Jerman meranapkan harapan Portugal di peringkat suku akhir Piala Eropah 2008 dengan skor 3-2. Empat tahun selepas itu, kedua pasukan ini diletakkan dalam kumpulan yang sama di Piala Eropah 2012. Perlawanan pada peringkat ini memihak kepada Jerman juga dengan keputusan 1-0. Jadi sekarang kita tahu kenapa Ronaldo tidak mahu bertemu dengan pasukan Jerman yang serba kuat ini.

Ini kerana pasukan Jerman - Juara Dunia 3 kali ini sering mempamerkan gaya serangan mereka yang tersendiri. Pada pusingan kelayakan sahaja anak buah Joachim Loew berjaya menyumbat 36 gol dan mencatatkan 9 kemenangan daripada 10 perlawanan. Menunjukkan mereka adalah antara pasukan pilihan untuk memenangi gelaran juara Piala Dunia kali ini.

Joachim Loew pastinya akan menurunkan Neuer yang akan dilindungi secara berjemaah oleh Lahm, Boateng, Hummels dan Mertesacker bagi menepis segala asakan daripada Silvestre Varela, Hugo Almeida dan juga Cristiano Ronaldo. Di bahagian tengah pula kita akan saksikan pertembungan klasik antara João Moutinho, Raul Meireles dan William Carvalho dengan gandingan elit dari Jerman yang terdiri daripada Kroos, Schweinsteiger, Ozil dan Muller. Sementara itu tugas berat buat Klose jika diturunkan sebagai penyerang tunggal kerana dia perlu berhadapan dengan Pepe dan Bruno Alves yang terkenal dengan corak permaianan yang keras.

Siapakah yang akan memungut 3 mata pertama dalam Kumpulan G ini? Hah?

Pemain Tumpuan Germany : Philip Lahm
Pemain Tumpuan Portugal  : Cristiano Ronaldo
Ramalan Germany 2 - 1 Portugal

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...