Wednesday, June 4, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: England vs Itali.


Prebiu Piala Dunia 2014: England vs Itali.

England vs Itali.
Sunday, June 15, 2014 (6:00 AM)

Apa lagi yang kita mahukan apabila melihat kedua-dua pasukan bekas Juara Piala Dunia ini bertembung sesama sendiri pada pertemuan pertama peringkat kumpulan? Sudah tentu aksi bertaraf Super Dunia akan disajikan oleh kedua pasukan yang pada asasnya kita tahu mereka memiliki liga tempatan bertaraf 10 bintang. Bukannya seperti Liga yang hanya ada 14 pasukan negeri dan beberapa kelab yang hidup segan mati tiada siapa peduli.

Sekali lagi maruah England berada di kaki Wayne Rooney dan rakan-rakannya. Dan mereka bertekad untuk memastikan England tetap mampu menewaskan Itali. Sekali dengar macam mimpi. Tetapi jangan sesekali menidakkan skuad England kali ini. Daniel Sturridge, Gerard, Raheem Sterling, Joe Hart, Jagielka mahupun Alex Oxlade-Chamberlain yang hebat di pentas EPL (atau liga kampung) perlu membuktikan pemilihan mereka ke Brazil bukan satu perbuatan yang sia-sia. Walaupun mereka bukanlah sehebat John Terry ataupun Ashley Cole, namun bolehlah kita mengharapkan barisan pemain pilihan Roy Hodgson ini mampu melakukan kejutan ke atas pasukan Itali.

England seharusnya berjaga-jaga dengan kemantapan barisan pemain Itali. Dengan diketuai oleh Buffon sebagai ketua pasukan dan penjaga gol utama. Chiellini, Barzagli dan Bonucci di barisan belakang pertahanan. Paduan tua dan muda dibahagian tengah yang akan dikendalikan oleh Verrati dan Pirlo. Manakala serangan Itali akan diperkuatkan dengan Ciro Immobile, penjaring terbanyak Serie A dengan 22 gol yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan Borussia Dortmund selama 5 tahun. Siapa yang memerlukan Giuseppe Rossi?

Apapun teori dan khabar angin yang melanda kedua pasukan hebat ini, sedarlah bahawa ia adalah asam garam menjelang Piala Dunia yang harus peminat bola sepak seantero dunia terima dengan hati terbuka.

Pemain Tumpuan England : Raheem Sterling
Pemain Tumpuan Itali : Ciro Immobile.
Ramalan : England 1 - Itali 3


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...