Friday, June 6, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Switzerland vs Ecuador


Prebiu Piala Dunia 2014: Switzerland vs Ecuador  

Switzerland v Ecuador  
Monday, June 16, 2014 (12:00 AM)

Susah nak mencari individu yang mem-prebiu perlawanan kurang berstatus bintang seperti aksi kedua pasukan ini. Jadi aku secara sukarela tampil mengulas serba sedikit tentangnya.

Switzerland - pasukan muda (tiada pemain yang berumur melebihi 30 tahun) asuhan Ottmar Hitzfeld ini sebenarnya berpotensi melakukan kejutan dalam Piala Dunia kali ini. Ini kerana jika dilihat barisan pemain mereka yang terdiri daripada Xherdan Shaqiri, Josip Drmic, Stephan Lictsteiner dan Gokhan Inler yang rata-ratanya daripada mereka beraksi dengan kelab-kelab terbaik dari serata Eropah. Mungkin ini kelebihan yang wajar dipergunakan sebaik mungkin oleh Switzerland.

Persediaan pasukan Switzerland menjelang pertemuan dengan Ecuador juga nampak cemerlang. Mereka berjaya menewaskan Peru 2-0 dan Jamaica 1-0. Petanda baik untuk memangkin semangat pemain Switzerland bagi melakar 3 mata apabila menentang Ecuador  dalam perlawanan pertama kedua-kedua pasukan ini untuk kumpulan E.

Walaupun kurang pemain bintang dalam pasukan Ecuador, mereka sebenarnya masih ada kelebihan lain yang mesti kita pandang serius. Ini kerana pasukan Ecuador dijangka tiada masalah untuk beraksi pada kadar altitude bumi yang tinggi serta cuaca panas mebahang di Brazil. Berdepan dengan pasukan dari Eropah nampaknya memberi sedikit peluang kepada Ecuador untuk sekurang-kurangnya mengikat pasukan Switzerland dengan keputusan seri. Tapi ia bukanlah semudah seperti yang kita semua perkatakan dengan lidah.

Pemain Tumpuan Switzerland: Xherdan Shaqiri
Pemain Tumpuan Ecuador: Michael Antonio Arroyo
Ramalan Switzerland 3 - Ecuador 1

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...