Saturday, June 14, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Russia vs Korea Selatan

Prebiu Piala Dunia 2014: Russia vs Korea Selatan

Russia vs Korea Selatan
Wednesday, June 18, 2014 (6:00 AM)

Aku gelarkan perlawanan ini sebagai pertemuan antara "Pasukan Paling Degil di Eropah lawan Pasukan Paling Degil di Asia". Kenapa? Kerana sejarah silam bola sepak mereka membuktikan yang mereka bukanlah sekadar sebuah pasukan bola sepak biasa. Malahan mereka lebih dari itu. Semangat juang yang tinggi, tidak mudah menyerah kalah serta berjuang habis-habisan sentiasa ada dalam kamus hidup kedua pasukan hebat ini. Jadi, apakah yang membezakan kedua pasukan ini?

Pasukan Korea sangat tersusun di bawah asuhan Myung-Bo. Walaupun anggota pemainnya tidaklah se-GAH barisan Piala Dunia 2002, - dengan dua pemain pertahanan tengahnya masih kurang pengalaman serta pemain bintang mereka Son-Heung-Min masih belum mencapai tahap tertinggi dalam aksinya, tetapi roh untuk mengatasi pasukan Russia dalam perlawanan ini masih ada. Dan Korea Selatan juga sekali lagi akan bergantung harap kepada kepantasan pemain mereka dalam melakukan serangan balas yang akan diseliakan oleh Koo Ja-cheol dan disudahkan oleh penyerang mereka Park Chu-Young.

Russia bertuah memiliki Fabio Capello. Rekod beliau di peringkat kelab adalah sangat membanggakan dan tak perlu kita bahaskan. Namun malangnya dia masih gagal memberikan impak sebenar dalam arena antarabangsa.

Bertemu Korea Selatan nanti, Capello akan menggunakan formasi 4-1-4-1 dengan harapan untuk meledakkan gol terletak di bahu Alexander Kerzhakov. Jika Kerzhakov tidak dapat menjaringkan gol, dia juga berperanan untuk membuka ruang kepada pemain tengah seperti  Alexander Kokorin dan Aleksandr Samedov melakukan jaringan.

Peluang kedua pasukan untuk menang adalah sama rata. Hanya sedikit kesilapan yang akan menjadikan kekalahan dan air mata sebagai sarapan sayu pada pagi Rabu waktu Malaysia.

Pemain Tumpuan Russia : Alexander Kerzhakov
Pemain Tumpuan Korea Selatan : Son-Heung-Min
Ramalan : Russia 3 -2 Korea Selatan

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...